1:10
Anakku, jika orang berdosa memujuk-mujukmu, janganlah kamu turuti.
Orang yang baik menahan godaan untuk berdosa. Orang yang lebih baik menahan usaha orang lain yang mengajaknya untuk berdosa. Betapa besar keuntungannya atau betapa menarik seseorang jahat atau betapa menarik sesuatu benda pun, orang yang lebih baik tidak akan menyerah. Mereka akan berpegang teguh kepada apa yang betul dan benar tidak kira apapun kesannnya.
Para pendosa tidak puas-puas berdosa dan sedang sendiri pergi ke neraka. Mereka ingin melibatkan orang yang lain di dalam kejahatan mereka. Melibatkan orang yang tidak bersalah dalam aktiviti-aktiviti berdosa dan dalam persahabatan mereka itu membantu mereka menyakinkan minda jahat mereka, dan iblis pun memakai mereka untuk mencemar dan membinasakan orang kudus Allah.
Konteks petikan ini mengisahkan suatu kumpulan orang yang tidak berhati perut yang sedang memujuk-mujuk seorang lelaki muda yang tidak tahu apa-apa ke dalam geng mereka (Ams 1:11-14). Mereka menawarkannya persahabatan, kesatuan, kejayaan, dan kekayaan. Sang pengkhutbah memberi amaran kepada anak lelakinya untuk menjauhkan diri daripada mereka, sebab mereka itu kejam dan menujui kebinasaan (Ams 1:15-19).
Orang yang kuat tidak akan bersetuju dengan para pendosa bagi apapun sebab. Mereka terikat kepada apa yang benar, dan kebebalan orang bebal itu menjadikan mereka geram. Mereka benci yang jahat (Maz 101:3; 139:21-22). Mereka langsung tidak mengendahkan apa yang difikirkan orang jahat atau apa yang ditawarkan di dalam rancangan jahat mereka itu.
Bagaimanakah para pendosa memujuk-mujuk – menggoda, menarik, atau memikat – orang kudus? Memang ada beberapa cara, dan kepelbagaian cara mereka itu memberi kita pelajaran-pelajaran ajaib untuk bertambah di dalam hikmah dan pemahaman. Untuk menjadi berhikmah dan bijaksana, kamu harus belajar untuk mengenalpastikan godaan-godaan para pendosa itu lalu menolaknya.
Pertama, adanya keluarga. Celakalah mereka yang menyanjungi keluarga melebihi Alkitab, sebab merekalah yang akan berkompromi dengan kesalihan benar untuk memanjakan keluarga. Betapa murahnya pengkhianatan itu! Bagi kepentingan keluarga? Bukankah ini suatu jamuan yang mengelirukan iaitu perjamuan para pendosa dengan orang kudus? Yesus telah mengajar murid-muridNya untuk membenci keluarga kalau dibandingkan denganNya (Luk 14:26). Doktrin Yesus memisahkan keluarga untuk menguji kasihmu bagiNya (Mat 10:34-37). Jika kamu tidak meninggalkan keluarga bagi Yesus Kristus dan kebenaranNya, kamu tidak layak bagiNya. Oleh sebab Eli memilih anak-anak lelakinya, Allah telah membinasakan zuriatnya untuk selama-lamanya (1Sam 3:13).
Kedua, adanya takut akan manusia. Jika kamu khuatir akan fikiran dan perbuatan orang lain, kamu memasang jerat bagi jiwamu sendiri (Ams 29:25). Kamu akan berkompromi dengan Alkitab supaya dapat memenangi perkenan mereka. Jika ia melibatkan kanak-kanak, kita memanggilkannya sebagai tekanan rakan sebaya, namun kalau ia melibatkan orang dewasa sendiri, kurang apapun yang dikatakan. Betapa menjijikan ketakutan ini! Mengapakah kita tidak lebih suka menyatakan, “Tuhan itu penolongku, dan aku tidak takut apa yang dapat manusia buat terhadapku” (Ibr 13:6)? Petrus, yang mulia dan berani di dalam niatnya itu berkompromi teruk di hadapan orang yang cuma seorang hamba perempuan, dan Pilatus, yang telah diwaspadakan oleh isterinya dan juga insaf di dalam hatinya itu tidak dapat melepaskan Yesus apabila berhadapan dengan orang Yahudi.
Ketiga, adanya pergaulan. Sesetengah orang terlalu memerlukan kawan sehingga mereka sanggup melakukan apa pun untuk mengekalkan kedudukan mereka itu. Kesatuan yang tersirat di dalam amsal ini sungguh berharga bagi mereka. Bersendirian itu sungguh menakutkan bagi mereka ini yang lemah. Mereka memerlukan masyarakat untuk menerima dan menyokong mereka untuk terus hidup. Para percayawan di antara kaum Yahudi tidak mengakui Yesus kerana takut kehilangan keahlian di saumaah (Yoh 12:42). Allah mengutuk perhubungan berkompromi bersama para pendosa ini (Yes 8:9; 2Taw 19:1-2). Dia sedang mencari orang yang akan membuat pendirian yang teguh bertentangan dengan pendirian orang ramai seperti Yosua dan Kaleb!
Keempat, kejayaan yang dicadangkan atau ditawarkan itu sungguh menarik. Lelaki muda itu diberitahu bahawa dia dapat memenuhi rumahnya dengan harta benda yang berharga, jika dia menyertai geng yang ganas ini (Ams 1:13). Berapa banyak orang yang sudah berkompromi di dalam pendirian mereka hanya untuk memajukan kerjaya mereka itu? Sungguh memualkan bidang kerjaya itu! Hanya 30 keping wang perak diperlukan untuk membeli jiwa Yudas dan menjual Tuhan Yesus Kristus. Hanya sedikit perak dan dua helai persalinan kain yang diperlukan untuk membeli jiwa Gehazi. Betapa murahnya!
Tarikan dunia itu dapat disimpulkan kepada tiga jenis dosa – nafsu daging, nafsu mata, dan keangkuhan hidup (1Yoh 2:15-17). Iblis telah memakai ketiga-tiga tarikan ini terhadap Hawa, dan telah berjaya (Kej 3:6); dia memakainya juga terhadap Tuhan, tetapi Yesus telah menolak ketiga-tiganya. Dapatkah kamu mengenalpastikan tawaran-tawaran para pendosa ini dan mengenal kelemahanmu baginya?
Gereja-gereja pada hari ini menawarkan bufet ciptaan-ciptaan yang manis bagi Kristian duniawi dan orang yang tak terjanakan semula. Mereka bermegah dalam pertumbuhan mereka dan dalam kepelbagaian program mereka untuk memuaskan nafsu setiap umur dan jantina. Mereka berusaha kuat untuk memujuk kamu menyertai mereka. Jangan izinkan!
Para pembaca, adakah kamu berteguh di dalam gunung batu Firman Allah? Akankah kamu kekal di sana tak kira siapa yang memujukmu atau apa yang ditawarkan kepadamu? Adakah kamu mengenal jiwamu sendiri dan kelemahan-kelemahannya? Telitikan dirimu sendiri, dan lemparkanlah apa pun godaan jauh-jauh.
Tuhan Yesus telah digodai iblis tiga kali (Luk 4:1-13). Adakah dia berkompromi sedikit pun? Mustahil! Dan apakah balasan Yesus setiap kali digodai? Sudah tertulis! Adakah kamu mengasihi Adam yang kedua ini bagi keunggulan yang tak terbandingkan yang mengatasi Adam yang pertama itu? Kami memujiMu, ya Allah!
Hikmah itu menuntut supaya kamu menamatkan perhubungan dengan orang berdosa yang tidak diperlukan dan/atau dengan orang berdosa yang menggodaimu (Ams 1:15)! Rujuklah kepada ulasan di dalam 13:20. Pendirian Daud untuk hidup benar termasuk perbuatan memutuskan perhubungan dengan sesiapa pun pendosa yang berada di antara orang kenalannya, walaupun ia mungkin ahli keluarganya sendiri (Maz 101:4-8). Siapkah kamu dan relakah kamu bersendirian menentang semua pujukan orang jahat?