Amsal · Proverbs

1:11
Jika mereka mengatakan, Jom ikut kami, dan biarlah kita mendekam menantikan darah, biarlah kita senyap-senyap menghendap orang yang tidak bersalah dengan tidak semena-mena:

Kawan-kawan yang jahat suatu bahaya yang besar bagi orang muda-mudi. Tekanan rakan sebaya itu membentuk mereka, meskipun ada yang kuat dan berazam, dan akhirnya binasalah mereka. Daud memulakan Mazmur dengan amaran ini (Maz 1:1). Solomo juga memulakan Amsal dengan cara yang sama (Ams 1:10-19). Amaran itu telah menyatakan, “Anakku, jika orang berdosa memujuk-mujukmu, janganlah kamu turuti” (Ams 1:10). Untuk mengelak menjadi tersalah bentuk, bencilah yang jahat!

Raja Solomo, ayah yang berhikmah itu, menggambarkan amarannya ini jelas-jelas dengan suatu contoh perlawaan masuk kumpulan orang yang tidak berhati perut. Kekejaman dan ketamakan mereka hampir tak terbandingkan (Ams 1:11-13); kepastian kebinasaan mereka itu tidak membimbangkan mereka (Ams 1:17-19). Kurang orang akan terpujuk oleh tawaran untuk membunuh orang yang tidak bersalah tanpa apapun sebab. Tetapi pujukan untuk dosa yang lain pun bukan lebih baik.

“Jom ikut kami.” Perkataan yang pertama adalah seperti seruling Pied Piper – sukar untuk menahan dan akhirnya membinasakan. Jom, ikut kami ke beberapa tempat hari ini. Jom, kami telah merancangkan aktiviti-aktiviti yang telah kamu tertinggal. Jom, kami selalu melakukan perkara-perkara yang mengujakan. Buat apa harus kamu bosan dengan kehidupanmu yang lurus dan tegas? Ada banyak untuk dibuat dan tempat untuk pergi yang akan memenuhi hidupmu dengan keseronokan dan keterujaan. Harus mengapakah kamu duduk di rumah? Banyak yang sedang berlaku! Jom!

“Jom ikut kami.” Perkataan yang kedua menyatakan tentang penerimaan, keredaan, penyertaan, persahabatan dan kesatuan. Kita dapat bersama. Kamu dapat menjadi sebahagian suatu kumpulan kawan yang rapat. Kamu tidak perlu bersendirian sudah. Kita akan bekerjasama menggabungkan kemampuan dan sumber-sumber kita; kita akan menjadi kebal. Harus mengapakah kamu hidup bersendirian? Kamu tidak akan mencapai apapun sekiranya hidup bersendirian! Kita boleh masuk pintu yang lebar itu bersama-sama!

“Jom ikut kami.” Perkataan yang ketiga mengisytiharkan tarikan kuat untuk berhubungkait. Kami terkenal. Kami popular. Kami telah mencapai perkara-perkara yang besar, dan akan mencapai lebih lagi. Kami mempunyai gereja yang paling cepat bertumbuh di bandar. Kami kenamaan. Kami berpengaruh. Kami mempunyai sejarah silam dan tradisi. Kamu kosong sahaja di dalam kumpulan kecilmu itu.

Umpan itu sudah ditawarkan. Siapakah yang dapat menahan, “Jom ikut kami”? Solomo telah mendedahkan orang berdosa dengan terang-terang menyatakan aktiviti-aktiviti jahat mereka. Orang jahat jarang mengisytiharkan matlamat-matlamat cabul mereka sebegitu di depanmu, tetapi semua dosa dan pemberontakan itu sama sahaja di depan Allah, tak kira betapa hangat sambutannya secara sosial. Kebanyakan orang akan menolak tawaran yang tidak berhati perut sedemikian, jika ia telah dinyatakan, tetapi ia kerap kali disembunyikan.

Perempuan muda yang tergoda oleh lelaki duniawi tidak merancang untuk membunuh bayi di dalam kandungannya, tetapi banyak yang akhirnya menyambut pisau penggugur kandungan itu juga. Daud, dengan mudahnya mendapat Batsyeba secara intim, tetapi tidak pernah merancang untuk membunuh salah seorang daripada rakan-rakannya yang paling setia. Banyak penguasa-penguasa Yahudi yang percaya kepada Yesus Kristus tidak dapat meninggalkan saumaah, jadi oleh perkaitan mereka itu, mereka turut terjebak di dalam kesalahan pembunuhan yang paling tidak berhati perut di dalam sejarah manusia (Yoh 12:42-43).

Wahai lelaki muda! Wahai perempuan muda! Jika orang berdosa memujuk-mujukmu, janganlah kamu turuti (Ams 1:10). Janganlah kamu menurut jalan mereka; elakkanlah kakimu daripada memijak jalan mereka (Ams 1:15). Jangan pedulikan daya tarikan, tawaran, atau ugutan mereka itu. Janganlah menipu diri sendiri. Mereka akan merosakkanmu (1Kor 15:33). Terjamin! Akhirnya, dengan apapun cara, kamu akan mendapati tanganmu itu telah menumpahkan darah. Jauhkan diri! Jauhkan diri jauh-jauh! Jauhkan diri sekarang (Ams 4:14-15; 9:6; 13:20; Maz 1:1-6; 26:4-5)!