Amsal · Proverbs

1:9
Sebab ia akan menjadi hiasan indah bagi kepalamu, dan rantai yang mengalungi lehermu.

Seorang pemuda boleh menjadi seperti putera yang mulia dengan mahkota pada kepalanya dan rantai pada lehernya. Ada dua syarat – ibubapa untuk mengajarnya hikmah Allah, dan ketaatannya kepada arahan itu. Jika mana-mana satu tiada, pemuda itu akan membesar dengan kerosakan dan keaiban. Satu-satunya penawar dalam kes sedemikian ialah rahmat Allah yang sungguh berkuasa, campur tangan oleh guru-guru yang lain, dan/atau ketekunan setianya untuk mengatasi kecacatan supaya dapat berjaya.

Amsal ini ialah metafora yang berkuasa. Daripada memakai “seperti” atau “seumpama” untuk menandakannya sebagai perumpamaan, Solomo menjadikannya suatu kenyataan yang lebih kuat dengan mengajar bahawa ketaatan kepada arahan ibubapa akan memberi seorang pemuda kehormatan nyata yang biasanya diberi kepada putera (Kej 41:42). Ketaatan tidak akan betul-betul memperoleh barang kemas bagi penampilan seorang pemuda di hadapan orang ramai, tetapi ia akan memberinya rahmat dan hikmah yang dengan mulia menghiasi pemuda di pandangan Allah dan manusia.

Solomo memperkenalkan tujuan Amsal (Ams 1:1-6), menjadikan dasar hikmah takut akan Tuhan (Ams 1:7), dan mengenalpastikan kepentingan ketaatan orang muda kepada ibubapa mereka (Ams 1:8-9). Dia meneruskan bicaranya untuk memberi amaran terhadap persahabatan dengan orang durjana (Ams 1:10-19), dan dia menjelaskan kesan-kesan yang teruk kerana menolak hikmah yang ditawarkan (Ams 1:20-33). Di bab yang pertama kitab ini, ditemui batu-batu dasar bagi kejayaan dalam kehidupan.

Arahan berhikmah ibubapa ialah inti kejayaan bagi orang muda. Tanpanya, dia memasuki dunia seperti bayi yang jahil, dan dia kurang maju dari situ tanpa pengalaman dan hikmah ibubapa dicurahkan ke dalam hati dan mindanya. Dia sebenarnya tidak membesar! Dia kekal cacat dan terbantut sekadar dengan pengabaian ibubapanya. Dia banyak kali bertindak balas dengan isu kehidupan seperti si budak yang rosak dimanja. Akhlak dibentuk ketika kanak-kanak atau umur muda (Ams 19:18; 22:6,15). Celakalah orang muda yang ada ibubapa yang bebal, malas, atau durjana.

Orang muda belajar hal-hal yang penting dalam kehidupan dengan memandang dan mentaati ayah yang salih. Dia belajar untuk seimbangkan kekuasaan dan kasih sayang, memaksimakan perkahwinan, memperoleh kejayaan profesional, memimpin rumah tangga, menghormati kekuasaan, mengurus wang, mengelak pelacur dan kemabukan, berjalan dengan Allah, berdoa, memakai Alkitab, dan mengampuni kesalahan orang lain. Tanpa didikan ini, dia kekurangan budi baik, kerendahan hati, kesabaran, belas kasihan, dan penguasaan roh dan lidahnya. Dia tidak akan mencapai keindahan keputeraan dan kemuliaan seseorang yang ada perkenan Allah dan manusia.

Apakah pelajaran-pelajarannya setakat ini? Seseorang punya kejayaan bergantung kepada arahan berhikmah daripada ibubapa. Ibubapa ada keberhutangan dalam Allah untuk mendidik anak-anak mereka dalam takut akan Tuhan (Ams 23:13-14; 29:15; Ula 6:4-7; Efe 6:4). Dan anak-anak diikat untuk membayar semula ibubapa untuk kemurahan besar dan khidmat yang telah diterima anak-anak ketika lemah dan kebergantungan (1Tim 5:4).

Tetapi arahan yang berhikmah hanya setengah daripada apa yang diperlukan. Seseorang pemuda harus mentaati peraturan dan amaran ibubapanya supaya dapat faedah daripada usaha-usaha ibubapa. Seseorang anak yang bebal dan yang degil sudah terjamin berkeliaran di ambang kegagalan dan kemurungan. Satu-satunya cara dia dapat bertumbuh dan menjadi makmur di hadapan Allah dan manusia adalah untuk menghayati nasihat ibubapanya dan mentaatinya dalam kehidupannya (Ams 3:1-2; 4:10-13,20-22; 5:1-2; 6:20-24; 7:1-5; 23:19-23; Efe 6:1-3). Matlamat menjadi putera di hadapan Allah dan manusia hanya dapat dicapai dengan ketaatan teliti kepada ibubapa yang baik.

Hai ayah! Adakah kamu mendidik anak-anakmu dalam pemeliharaan dan teguran Tuhan, seperti Daud, Abraham, dan orang lain (Ams 4:3-4; Kej 18:19; Maz 34:11; 78:1-8; Efe 6:4)? Kesan-kesan mengabaikan anak-anakmu, tak kira apa pun alasannya, akan menyebabkan masalah untuk generasi kemudian.

Hai anak muda! Adakah kamu mentaati apa yang ibubapamu ajar kepadamu? Adakah kamu dengan rendah hati menerima arahan, walaupun ia berbeza daripada dunia yang cabul ini (Ams 15:31; Ula 4:5-10)? Adakah kamu cukup kuat dan tertumpu untuk menyangkal tekanan rakan sebaya dan pengaruh-pengaruh berdosa (1Kor 15:33)?

Hai lelaki tua! Jika kamu ada ibubapa yang hebat dan yang telah mengajarmu takut akan Tuhan, hormatilah mereka, dan bersyukur kepada Allah bagi mereka. Jika kamu tidak ada ibubapa sedemikian, maka, kamu harus merayu kepada Allah untuk bantuan dan mengerahkan lebih tenaga untuk belajar apa yang bernilai yang tidak dipelajarimu ketika kanak-kanak.

Mahkota yang paling hebat dan rantai-rantai kemuliaan sudah tersimpan di syurga bagi mereka yang bertahan mengharungi cubaan dan mengejar kehidupan kewajaran seperti yang dijelaskan oleh Yesus Kristus dan para rasulNya (1Kor 9:25; 2Tim 4:8; Yak 1:12; 1Pet 5:4; Wah 2:10). Ada Seorang Putera di syurga yang lebih baik daripada putera di bumi dengan tak terhingga. Berjaga-jagalah dalam perjalanan kehidupanmu. Jangan melangkaui ganjaranmu (2Yoh 1:8).