1:12
Mari kita menelan mereka hidup-hidup seperti kubur; dan dengan keseluruhannya, seperti mereka yang jatuh ke dalam lubang:
Orang bebal dan para pendosa adalah yakin secara angkuh. Dalam amsal ini suatu kumpulan penjahat cuba menarik seorang pemuda supaya menyertai mereka sambil bermegah-megah dalam kepastian kejayaan. Pencuri yang malas dan suka membunuh seperti ini, dengan cita-cita dan kejahilan angkuh yang mengembang dalam diri mereka, sudah melangkaui apa pun harapan atau bantuan (Ams 26:12,16).
Solomo tahu kawan jahat merupakan bahaya yang paling besar bagi anak lelakinya dan bagi semua teruna, jadi dia memulakan kitab Amsal dengan memberi amaran mengenai mereka (Ams 1:10-19). Amsal ini adalah sebahagian daripada perumpamaan suatu geng perompak yang suka membunuh, yang dengan optimistik membentangkan rancangan mereka untuk menarik anggota baru. Solomo mengakhiri perumpamaan ini dengan jaminan kebinasaan mereka (Ams 1:17-19).
Para pembunuh sedang berbicara dalam amsal ini. Walaupun pokok percakapan mereka jarang diluahkan di hadapan orang ramai, Solomo telah mendedahkan niat sebenar mereka dan tujuan amarannya. Sementara penuh dnegan niat jahat dan keganasan, mereka cuba mencari mangsa yang ada harta (ams 1:11-14). Mereka akan membunuh orang yang tidak bersalah dengan mudah dan menelan mereka sepenuhnya seperti liang kubur. Kumpulan yang bersatu hati ini akan membunuh dengan lekas; tiada apa pun tentangan; apa pun bukti jenayah mereka akan mereka binasakan. Kejayaan memang pasti!
Keyakinan angkuh dan kata-kata dusta para penjahat ini sudah usang. Para pendosa dari dahulu selalu ingat bahawa jenayah mereka mudah dan tanpa apa pun kesan. Mereka pasti akan kejayaan niat jahat mereka. Para pemuda yang bebal dan yang betul-betul bendul akan terpengaruh dengan rancangan sombong mereka lalu menyertai mereka. Para pemuda ini tidak melihat kebinasaan pasti yang sedang menantikan para pemberontak durjana sedemikian.
Daud yakin bahawa dia dapat membunuh Uria dalam peperangan supaya merampas isterinya, tetapi dia sudah lupa bahawa ada Allah yang melihat perbuatan itu dan dapat merampas anak lelakinya yang dari Batsyeba (2Sam 12:14-23). Dia tidak pernah ingat bahawa ia dapat membawa kepada perbuatan-perbuatan sumbang mahram Amnon dan hasutan dan pengkhianatan Absalom.
Yudas ingat bahawa tiga puluh mata wang perak untuk mengkhianati Yesus adalah suatu keuntungan yang mudah. Tetapi pengakhirannya adalah berbeza – dia kembalikan wang itu dan telah diperolok-olok oleh para subahatnya. Dalam kesombongannya, dia tidak melihat Syaitan meninggalkannya dengan isi perutnya terburai di suatu ladang (Kis 1:18)., Dia tidak pernah membayangkan bahawa kutuk dahsyat dalam Mazmur 109:6-20 adalah baginya dan jenayahnya.
Para orang Yahudi membenci Yesus, jadi mereka menuntut supaya Pilatus menyalibkanNya. Ketika Pilatus harap untuk mengelak penumpahan darah orang yang tidak bersalah, mereka merayu untuk itu supaya darahNya ditimpa ke atas diri mereka dan anak-anak mereka (Mat 27:24-25). Allah dan Titus memastikan itu memang terjadi dengan seksaan dan kesesakan yang paling teruk dunia akan melihat atau akan pernah melihat (Mat 21:33-41; 22:1-7; 23:29-36; 1Tes 2:15-16).
Jalan para pelanggar adalah sukar (Ams 13:15), tetapi jalan perbuatan membunuh adalah lebih sukar. Solomo telah menulis, “Orang yang melakukan keganasan kepada darah sesiapa pun akan melarikan diri ke lubang kubur; biar tidak seorang pun menghentikannya” (Ams 28:17). Anggota-anggota geng segala jenis amalan keganasan akan dibinasakan. Alkitab telah memberi amaran bahawa nyala lilin orang durjana akan dipadamkan (Ayb 21:17; Ams 24:20).
Pelajaran amsal ini adalah bagimu untuk dengan bijak menaakuli tuntutan-tuntutan sombong para pendosa lalu menolak mereka. Mereka adalah pendusta yang jahil dan pembohong yang berniat jahat, dan hanya orang bebal akan percaya kepada mereka. Alasan-alasan keangkuhan mereka adalah kesombongan durjana dan keinginan untuk memperdayakan orang bebal lain untuk menyertai mereka. Sikap curigamu dan penolakanmu harus dipakai kepada geng, gereja, atau sesiapa pun yang ada agenda yang menentang Alkitab. Biar Allah benar, tetapi setiap orang lain pembohong (Rom 3:4).