Amsal · Proverbs

1:23
Berpalinglah kalian kepada teguranku: lihatlah, aku akan mencurahkan rohku kepada kalian, aku akan mempertahukan kata-kataku kepada kalian.

Hari ini mungkin boleh menjadi saat perpalingan kehidupanmu. Puteri Hikmah memanggilmu untuk menerima berkat percuma arahannya. Kehormatan, kekayaan, damai sejahtera, dan kehidupan boleh dimilikimu, jika kamu menerima undangannya untuk ditegur dan menikmati jamuan yang telah dia sediakan bagi orang yang ingin menjadi berhikmah.

Jika kamu sudah berpaling kepada hikmah, ada tempat lebih tinggi yang menjadi undangan Puteri Hikmah. Kamu tidak mempunyai segala hikmah yang kamu perlu. Kamu belum sempurna. Seorang yang berhikmah akan mendengar dan menambahkan pembelajaran, dan dia akan mencapai kepada nasihat-nasihat yang berhikmah (Ams 1:5). Maju ke depan untuk lagi!

Puteri Hikmah berseru-seru kepada orang bebal untuk menamatkan jalan-jalan yang bebal dan yang membinasakan kehidupan (Ams 1:20-22). Berapa banyak lagi kepedihan dan masalah yang kamu harus ada, sebelum kamumenghargai tawarannya? Jika kamu memperlekehkan undangannya, dia akan menyebabkan mimpi ngerimu yang paling buruk terjadi (Ams 29:1). Dia akan membawa kerunsingan dan kesusahan kepadamu. Daripada membantumu pada waktu kesesakanmu, dia akan mengetawakanmu (Ams 1:24-32). Pertimbangkannya dengan serius, sebab inilah kebenaran yang pasti.

Berpaling mewajibkan dua perkara – henti bergerak menurut arah yang dipakai dan mula bergerak menurut arah yang baru (Rom 12:1-2; 1Tes 1:9). Kamu akan menghentikan tabiat-tabiat dan jalan-jalan bebal; kamu memulakan jalan-jalan yang berhikmah dan yang wajar. Kamu menolak didikan, tradisi, dan fikiran yang salah; kamu belajar dan mentaati kebenaran dan kesalihan. Kamu singkirkan dan mematikan hal dalam kehidupanmu yang Puteri Hikmah tidak luluskan; kamu menambahkan lagi hal yang diluluskan untuk menggantikan apa yang telah disingkirkan. Kamu menolak dosa; kamu memilih kekudusan.

Perubahan boleh mungkin sukar, dan ia mesti ada keinsafan; tetapi sedikit kesukaran dalam perubahan bukan apa-apa kalau dibandingkan dengan kesukaran yang menjelang jika kamu tidak berubah. Jika kawan-kawan yang dahulu mengolok-olok keutamaan-keutamaanmu yang baru, jangan peduli mereka. Tinggalkan mereka. Jangan biar apa pun menghalang perpalinganmu.

Hikmah yang dipersonifikasikan, iaitu puteri di sini, menjanjikan dua perkara – dia akan secara peribadi menyerahkan dirinya kepadamu, dan dia akan mengajarmu pengetahuan batiniah kata-katanya dan jalan-jalannya. Jika kamu menerima undangannya yang tulus, dia akan menjawab dengan kesayangan penuh untuk menyelamat dan menyempurnakanmu.

Namun melebihi gambaran personifikasi, kamu harus melihat Tuhan Yesus Kristus, Yang penuh dengan harta berharga hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3; 1Kor 1:30). Dia akan mencurahkan RohNya kepada orang yang berpaling kepadaNya, dan Dia akan mengajar hikmah yang sejati (Efe 1:17-18; 3:14-19; Kol 1:9-11; 1Kor 2:6-16; Yoh 14:15-27; 1Yoh 2:20).

Tetapi kebanyakan orang bergegas dengan gila menjalani kehidupan dalam kejahilan, kedegilan, dan pemberontakan; mereka menderita kesan-kesan kehidupan yang disfungsi dan yang pedih sekarang dan penghakiman kekekalan nanti. Mengapa? Kerana mereka mencemuh hikmah yang ditawarkan pada waktu yang berbeza dalam kehidupan mereka, dan Allah membutakan mata mereka supaya Dia dapat membinasakan mereka (Rom 1:18-32; 2Tes 2:9-12).

Apakah itu si bebal? Dia mempunyai gagasan yang lebih baik; dia melindungi dosa-dosanya; dia tidak akan menghentikan tabiat-tabiatnya; dia kekalkan persahabatan dengan kawan yang bebal; dia menyuapkan kebebalan dunia kepada dirinya sendiri; dia tidak suka berubah. Tuhan hikmah meremukkan orang bebal dengan kesan-kesan jiwa yang geram, hati yang terluka, perniagaan yang gagal, keluarga yang disfungsi, perkahwinan yang tiada kasih, roh yang pahit, dan kehidupan yang tidak berharapan. Orang bebal ketawa pada hari ini akan tawaran hikmah; tetapi hikmah akan ketawa pada hari esok akan kepedihan kecelakaan si bebal. Ya, Tuhan Allah, engkau sungguh besar, dan manusia sungguh bebal, angkuh, dan degil!

Pilihan dan kesan-kesannya sungguh jelas. Bagaimanakah sesiapa pun, lelaki atau perempuan, mungkin ragu-ragu akan ini? Bagaimana dengan kamu, hai pembaca? Jangan bergegas ingin cepat membaca kata-kata ini tanpa ketakutan akan masa depanmu, mendengar tawaran yang ikhlas, dan memalingkan hatimu sepenuhnya kepada Tuhan Yesus Kristus dan hikmah syurgawi. Ganjarannya sungguh hebat, tetapi demikian juga hukumannya!

Amsal ini tertuju kepada orang yang takut akan Tuhan, iaitu orang rohani. Walaupun peraturan hikmah dapat memanfaatkan semua orang, tetapi hanya orang benar dapat mendengar dan mengendahkan panggilan hikmah. Hanya orang yang telah dipalingkan oleh Tuhan dapat betul-betul berpaling daripada kebebalan mereka dan memeluk hikmah. Jika kamu dapat mempertimbangkannya, Tuhan sudah memalingkan hatimu (Yer 31:18; Lam 5:21). Sekarang berpalinglah!

Carilah hikmah. Belilahnya, dan jangan menjualnya. Doakan untuknya. Amalkannya. Tolaklah kawan bebal. Bencilah jalan-jalanmu yang berdosa. Cintailah kebenaran. Bencilah dunia dan gagasan-gagasannya. Pilihlah kewajaran. Singkirkan tabiat-tabiat buruk. Carilah dahulu kerajaan Allah. Matikanlah dagingmu.

Fahamilah dan hargailah keinsafan – itu jalan Allah untuk menarikmu kembali kepada diriNya – dan kamu harus lari mengusahakannya sejauh banyak dan secepat semungkin. Jika kamu menolak keinsafanNya dengan cukup lama, Dia akan meninggalkanmu kepada fikiranmu dan kehidupanmu sendiri, dan kamu akan fikir bahawa segalanya baik-baik sahaja, meskipun ia akan menjadi kesusahan yang paling teruk. Cuba fikir tentang Saul. Cuba fikir tentang Yudas.

Dekatilah Allah, dan Dia akan mendekatimu; itulah janjiNya (Yak 4:8). Bukalah pintu, dan Tuhan Yesus akan masuk untuk bersekutu dengan orang yang benar-benar bertaubat (Wah 3:19-20). Berjalan dengan Allah dalam hikmah syurgawi dan dalam keredaan merupakan suatu pilihan, dan menderita seksaan-seksaan kehidupan yang pedih dan kehidupan yang ditinggalkan Allah merupakan pilihan yang bertentangan.

Dengarlah nabi Yesaya memberi amaran kepada Israel, “Marilah sekarang, dan biar kita berhujahan bersama, firman TUHAN: walaupun dosa kalian merah seperti merah menyala, ia akan menjadi seputih salji; walaupun ia merah seperti kirmizi, ia akan menjadi seperti bulu domba. Jika kalian rela dan taat, kalian akan memakan hasil baik dari tanah ini: Tetapi jika kalian menolak dan memberontak, kalian akan dimakan oleh pedang: sebab mulut TUHAN telah mengucapkannya” (Yes 1:18-20). Berpalinglah kepada teguran Allah pada hari ini.