1:24
Oleh sebab aku telah memanggil dan kalian telah menolak; aku telah menghulur tanganku, dan tiada yang peduli;
Sesetengah undangan bukanlah jenis tawaran yang kamu boleh tolak! Jika kamu tidak peduli atau menolaknya, kamu sedang merayu untuk murka pihak yang sedang mengundang itu. Jika seseorang bos mengundangmu kepada suatu pertemuan atau seorang raja ke makan malam, kamu lebih baik hadir. Demikian juga tawaran Allah untuk hikmah. Puteri Hikmah memanggil kepada manusia, dan mereka lebih baik menerima undangannya, sebab kalau tidak dia akan mengolok-olok mereka pada waktu kecelakaan mereka (Ams 1:20-33). Allah tidak berhutang untuk memberi jawapan atau untuk membantu manusia yang mengabaikan kebenaran atau bermain dengan dosa (Ams 66:18; Yes 9:1-2).
Kebenaran dan hikmah bukanlah hak: ia keistimewaan. Dia menawarkan kebenaran dan hidup kekal di Taman Eden; Adam dan Hawa memilih bohong iblis dan maut. Mereka telah membuat pilihan yang buruk. Dia memberi mereka kesan-kesan itu. Kebanyakan melakukan pilihan yang sama setiap hari – bohong iblis dan padah maut lebih baik daripada kebenaran Allah dan hidup yang kekal. Oleh sebab itu, Dia kudus dan adil untuk menyembunyikan kebenaran daripada manusia (Amo 8:11-14; Mat 11:24-26; 13:10-17; Rom 11:7-10; dsb.).
Dia mengisytiharkan kebenaran setiap siang dan malam melalui langit dan berkat-berkat kehidupan (Maz 19:1-6; Kis 14:17). Manusia tidak dapat berdalih, kerana Dia dengan terang-terang menyatakan DiriNya kepada minda mereka (Rom 1:20). Masalahnya ialah hati mereka! Mereka membenci kekuasaan Allah dan memandang hina hukum-hukumNya. Dengan itu, mereka memberontak sampai bersembahyang berhala atau mempercayai kesesatan evolusi untuk menyingkirkan Allah. Allah dengan adil membutakan mereka dan mendawai semula fikiran mereka untuk mendera satu sama lain dengan percabulan seksual (Yes 44:9-20; Rom 1:21-32).
Dia mengisytiharkan kebenaran melalui nas-nas kitabNya yang berilham, yakni Alkitab, yang dikhutbahkan oleh orang-orang yang terpilih (Maz 19:7-11; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17). Tetapi manusia membenci Alkitab untuk sebab-sebab yang sama – kekuasaan Pencipta yang berdaulat dan peraturan-peraturan yang mengongkong nafsu-nafsu dalaman yang ingin gila dipuaskan. Dengan penghakiman yang benar, Dia menyampaikan pendayaan supaya mereka percaya akan bohong lalu dilaknat (2Tes 2:9-12).
Raja Ahab menolak nabi Allah, yakni Mikhaya, jadi TUHAN memberi kepada Ahab apa yang diinginkannya – suatu bohong yang mengampu dirinya (1Raj 22:1-18). Kemudian Mikhaya dengan cukup jelas menceritakan pilihan Allah untuk menyampaikan roh pembohong supaya menggerakkan Ahab ke medan perang lalu dibunuh di sana (1Raj 22:19-40). Allah adil. Jika kamu menghargai apa pun di dalam hatimu lebih daripada kebenaranNya, Dia akan memperdayakanmu (Yeh 14:1-11). Jika kamu fikir kamu dapat hidup tanpa hikmahNya, Dia akan membutakanmu daripada itu lalu membinasakanmu (Yes 29:9-16).
Israel telah diberi tawaran berkat atau kutuk Wasiat Lama (Ula 28:1-14; 28:15-68). Dan mereka telah diberi tawaran berkat atau kutuk Wasiat Baru (Mat 21:33-46; 22:1-7). Paulus membuat suatu perbandingan yang besar bagi mereka sebagai suatu amaran kepada orang Ibrani (Ibr 3:7-19; 4:1-11). Berhati-hati!
Bagaimanakah kamu memakai hari ini untuk mencari kehendak Allah untuk kehidupanmu? Hikmah memanggil kepadamu daripada amsal ini dan daripada seluruh Alkitab. Akankah kamu melabur 1% daripada hari ini, iaitu 14 minit dan 24 saat, untuk belajar? Jika tidak, berhati-hati! Esok mungkin terlambat. Allah Yang Maha Hidup dan Yang Sejati tidak keberhutangan menunggu untuk kamu menjadi serius (Ams 29:1; Wah 2:21-23).