Amsal · Proverbs

1:22
Berapa lama lagi, hai orang pandir, akan kalian mengasihi kepandiran? dan para pencemuh bergemar di dalam cemuh mereka, dan orang bebal membenci pengetahuan?

Apakah yang telah kamu buat pada hari ini untuk mendapatkan hikmah? Jika kamu tidak melakukan banyak, maka amsal ini ada kena padamu. Adakah kamu bodoh dan malas semata-mata? Atau terlalu angkuh untuk menerima arahan daripada orang lain? Atau hanya bebal mencintai dirimu sendiri? Amsal ini akan menunjukkan mana di antara ciri-ciri ini merupakan cela dalam akhlakmu. Soalan-soalan amsal ini sungguh penting: kerana jika kamu berterusan dalam kejahilanmu, Puteri Hikmah akan tidak lama lagi mengetawakan malapetakamu (Ams 1:24-32)!

Puteri Hikmah menawarkan hikmah kepada orang yang mahu menyambutnya (Ams 1:20-23). Harus mengapa seseorang menolak tawaran percuma hikmah dan pemahaman, yang merupakan hal-hal utama dalam kehidupan (Ams 4:7)? Kamu telah datang ke dunia ini pandir sepenuh-penuhnya, seorang pencemuh, dan membenci pengetahuan. Tetapi kamu tidak perlu kekal dalam keadaan jahat demikian. Bertaubat, dan sambutlah tawaran murah hati Puteri Hikmah (Ams 9:1-12).

Seorang pandir bodoh kerana gabungan keadaan kurang pandai, malas, dan/atau sikap tidak peduli. Mereka meninggalkan perbuatan memikir kepada orang lain. Orang pandir sungguh puas untuk makan, bekerja, bermain, dan tidur. Mereka tidak dapat menanggap nilai hikmah. Perbuatan mengejar hikmah berbunyi terlalu keras, maka mereka mandi dalam kepandiran mereka sehingga mereka menghembus nafas yang terakhir.

Adakah kamu pandir? Adakah kehidupanmu berasaskan bangun, pergi kerja, makan, berehat, dan pergi tidur? Adakah perbuatan mencari makan sesuatu perbuatan yang sungguh besar bagimu? Adakah kamu membiarkan orang lain mengkaji hal-hal dan menyediakan jawapan? Adakah masalah rumit menakutkanmu? Adakah kamu lebih suka senaman jasmani lebih daripada belajar? Jika kamu telah menjawab ya bagi satu atau lebih soalan-soalan tersebut, kamu pandir.

Tetapi Puteri Hikmah memanggil orang pandir, “Berapa lama lagi akan kalian mengasihi kepandiran? Mengapakah kamu berpuas hati untuk kekal bodoh?” Firman Allah dapat menjadikan orang pandir berhikmah, jika dia bertaubat akan kepandirannya, merayu kepada Allah untuk hikmah, dan menyelami Alkitab (Ams 1:4; Maz 19:7; 119:130). Jika kamu mengabaikan tawarannya, maka kamu akan hidup dan mati dalam kepandiran dan menanggung kesan-kesannya.

Para pencemuh ialah orang yang angkuh yang memandang hina orang yang cuba memperbetulkan atau mengajar mereka. Mereka bernyala-nyala dengan keangkuhan, pemberontakan, dan kedegilan. Sementara mengembang dengan keangkuhan, mereka mencemuh dan membenci apa pun usaha untuk menegur diri mereka. Mereka penuh kekejian tidak hormat kepada kekuasaan. Mereka merupakan perangai yang paling cabul dalam Amsal. Mereka paling dibenci Allah dan manusia (Ams 6:16-17; 9:7-8; 24:9; 26:12).

Adakah kamu pencemuh? Adakah kamu berselisih dengan guru-guru yang menekankan kuasa mereka, terutamanya ketika memperbetulkanmu? Adakah kamu mencari kesilapan dalam seorang penegur untuk supaya dapat dipakai sebagai dalih kepada pemberontakanmu? Adakah kamu menikmati kata-kata sindiran, menuduh orang lain, atau menabur hasutan untuk mendapat pengikut-pengikut? Adakah kamu membenci kekuasaan, kerana kamu percaya bahawa kamu sekurang-kurangnya berhikmah setaraf dengan sesiapa pun orang yang ditemuimu? Dapatkah kamu mengolok-olok ibubapa atau guru, hanya kerana kamu tidak bersetuju? Kamu merupakan pencemuh.

Tetapi Puteri Hikmah memanggil para pencemuh, “Berapa lama lagi akan kamu bergemar dalam cemuhmu? Mengapakah kamu senang hati untuk menjadi seorang pencemuh yang cabul?” Walaupun orang berhikmah diajar untuk tidak mempeduli dan menolak para pencemuh, namun Puteri Hikmah menawarkan hikmah kepada binatang liar ini juga (Ams 9:7-8; Mat 7:6). Jika mereka menolak tawarannya yang berbelas kasihan, maka Allah di syurga akan menghancurkan mereka di bawah kakiNya.

Orang bebal adalah degil dan malas, walaupun tidak angkuh dan kejam seperti pencemuh. Sementara mengasihi diri sendiri, mereka tidak nampak apa pun keperluan untuk mendengar sesiapa pun atau berubah dalam kehidupan mereka. Selepas diajar, mereka dengan lekas kembali kepada muntah mereka dan mandi dalam kebebalan mereka (Ams 26:11). Mereka membenci pengetahuan dengan menolak arahan kerana mengasihi fikiran mereka sendiri (Ams 18:2).

Adakah kamu seorang bebal? Fikirkah tentang dirimu bahawa kamu mempunyai kepala yang sungguh pandai di atas bahumu dan tidak memerlukan guru? Yakinkah kamu betul? Adakah kamu suka mendengar bunyi suaramu sendiri? Adakah kamu dikenali sebagai orang yang pandai membalas daripada pandai mendengar? Adakah kamu marah ketika kamu tidak mendapat keinginanmu? Fikirkah kamu bahawa dirimu boleh menjadi guru yang baik? Adakah kamu suka melayari Internet untuk mencari sesuatu yang baru seperti orang Atena yang bebal? Kamu orang bebal.

Tetapi Puteri Hikmah juga memanggil orang bebal, “Berapa lama lagi akan kamu membenci pengetahuan? Mengapakah kamu menolak pembelajaran apa yang betul?” Walau pun orang berhikmah diajar untuk membungkamkan orang bebal dan tidak mempedulikan mereka, Puteri Hikmah juga menawarkan kelimpahan hikmah kepada orang dungu (Ams 14:7; 23:9; 26:4-5). Jika mereka tidak mengendahkan tawarannya yang sungguh membantu, maka mereka akan menjalani suatu kehidupan yang disfungsi dan yang mati kematian yang tidak berharapan.

Hai pembaca, di manakah kamu berada di dalam dacing ini? Adakah kamu seorang yang kepandiran? Atau seorang yang bebal benar? Atau seorang pencemuh yang angkuh? Jika kamu tidak pernah mengerah sebarang usaha untuk mencari hikmah pada hari ini, maka kamu salah seorang daripada yang tiga golongan orang ini. Dalam keadaan apa pun, Puteri Hikmah sedang menawarkan hikmah kepadamu. Jika kamu menolak tawarannya, dia akan menolakmembantumu ketika malapetaka datang untuk merosakkan kehidupanmu (Ams 1:24-28).

Firman Allah Yang Maha Hidup ada di hadapanmu. Ia dapat menjadikanmu berhikmah (Maz 119:98-100; 2Tim 3:16-17). Tetapi kamu harus membaca dan merenung firmanNya untuk menjadi berhikmah. Dia telah mengutus guru-guru kepadamu, dari sejak ibubapa sampai kepada pastor (Pkh 12:9; Yer 3:15; 1Tes 5:20). Tetapi kamu harus dengan rendah hati tunduk kepada ajaran-ajaran mereka dan mempraktikkannya. Dia telah menawarkan hikmah kepada orang yang akan merayu dengan rendah hati kepadaNya (1Raj 3:5; Yak 1:5). Bilakah kali terakhir baru-baru ini ketika kamu berdoa memohon untuk hikmah?

Mengapakah kamu berterusan dalam jalan-jalanmu yang pandir, yang mencemuh, atau yang bebal? Apakah lagi yang diperlukan untuk menarik perhatianmu? Apakah lagi yang diperlukan untuk membuat dirimu meninggalkan kepandiranmu, sikap mencemuh, atau kebebalanmu? Mungkinkah penceraian mencukupi? Mungkinkah sebuah rumah tangga yang disfungsi mencukupi? Mungkinkah seorang anak yang memberontak mencukupi?Masalah kerjaya atau masalah kewangan? Suatu tempoh dilempar ke dalam penjara? Kekurangan kawan dan gereja? Kecemasan perubatan? Kematian seseorang yang dikasihi? Puteri Hikmah menawarkan hikmah. Lebih baik kamu menyambutnya.