Amsal · Proverbs

1:25
Tetapi kalian menganggap kosong semua nasihatku, dan tidak mahu teguranku:

Allah Sang Pencipta menawarkan Puteri Hikmah sebagai pemimpinmu. Jangan harap untuk memperlekehkan kehendak Allah bagi kehidupanmu. Jangan memilih jalanmu sendiri daripada memilih jalan Allah bagimu. Bab pertama Amsal ada amaran yang keras bagi orang yang mengabaikan tawaran murah hati Allah akan hikmah dalam ciptaan, penyediaan nasib, hati nurani, nas-nas kitab, dan para guru (Ams 1:20-32).

Mimpi ngerimu yang paling teruk sedang datang, dan Allah dan Puteri Hikmah akan ketawa kepada kamu dan akan mengolok-olok kamu (Ams 1:26-27). Kamu sudah ada peluangmu. Padahal, kamu ada banyak peluang, tetapi kamu tidak minat dalam tawaran murah hati Allah akan hikmah (Ams 1:20-25). Kamu sedang bermimpi; kamu terlalu sibuk; kamu asyik bercakap daripada mendengar. Kamu menganggap nasihatNya sebagai kosong, dan kamu menolak teguran-teguranNya dan amaran-amaranNya. Sekarang ia terlalu lambat. Kamu bermasalah serius.

Sebelum kamu menghakimi ulasan ini sebagai terlalu kasar, bacalah amsal ini dalam konteks. Dapatkan pandangan Allah dan Puteri Hikmah punya penghakiman yang garang terhadap para pendengar yang biadap (Ams 1:20-33). Siapakah yang paling baik untuk dipakai menjelaskan petikan ini? Elia, Yohanes Pembaptis, Yesus, atau Paulus? Atau adakah kamu lebih suka para pengkompromi seperti Joel Osteen, Jimmy Dobson, atau Benny Hinn? Untuk mendapat sukatan penuh tukul dan api firman Allah, kamu harus meninggalkan pasukan pengakap perempuan (Yer 23:28-29).

Jika kamu menghadiri gereja yang kontemporari atau memperoleh agamamu daripada seorang penginjil dari saluran televisyen, kamu tidak tahu Allah Yang Maha Besar dan Yang Dahsyat Alkitab (Ula 7:10; 10:17; Maz 47:2; 66:5; 99:3; Ibr 10:31; 12:29). Kamu sudah diberi minum susu tepung jenis yang dicairkan oleh seorang pengasuh yang mesra politik, ketika amaran amsal ini layak diteriak oleh salah seorang nabi Allah yang liar. Mimpi ngeri kamu yang paling teruk sedang datang. Siapakah yang akan mendapat perhatianmu?

Allah Yang Maha Kuasa di syurga menawarkan hikmah melalui ciptaan alamiah, ibubapa, Alkitab, dan para pengkhutbahNya. Dia tidak akan memaksamu untuk mendengar mereka – kamu boleh melayang fikiranmu, memberontak, dan berbuat sewenang-wenangnya – tetapi Dia akan mengisarmu kepada tepung kerana menolak mereka (Ams 1:20-33; 29:1; Mal 2:1-3; Mat 21:43-46; Luk 8:18). Dia tidak percaya dalam hak peribadimu; Dia mengisytiharkan dirimu sendiri bertanggungjawab untuk cara layananmu terhadapNya (Ams 12:1; 28:9; Ima 26:18).

Jika kamu berkahwin kerana cinta, daripada berkahwin kerana takut akan Tuhan, Dia akan mengetawakan kamu punya 50 tahun perkahwinan yang neraka (Ams 31:30; 30:21-23). Jika kamu memilih Benny Spock atau Jimmy Dobson punya gagasan-gagasan didikan anak, maka Dia akan mengetawakan malapetakamu dan keaibanmu sementara budak yang rosak akhlak menghina kehidupanmu (Ams 17:25; 29:15). Jika kamu memandang hina peraturanNya untuk bekerja keras pada suatu kerja yang menjemukan, Dia akan ketawa sementara skim cepat kaya dan skim pasaran jaringan yang membinasakanmu dari segi kewangan(Ams 12:11; 13:11).

Jika kamu pilih untuk berbuat zina terhadap banyak amaranNya, Dia akan ketawa pada maut dan neraka yang berikutan (Ams 2:18; 5:3-13; 7:24-27; 9:17-18). Jika kamu tidak taat atau mengolok-olok ibubapamu, meskipun melalui air muka, Dia akan ketawa sementara burung-burung helang memakan biji matamu (Ams 20:20; 30:17). Jika kamu menekankan wajah fizikal melebihi akhlak, maka dengarlah untuk ketawaNya sementara dunia melayanimu seperti babi yang berdengus dengan adanya barang kemas pada hidungnya (Ams 11:16,22). Jika kamu memperlekehkan para penguasamu, Dia akan mengetawakan kecelakaan dan kebinasaanmu yang sedang menjelang (Ams 24:21-22)!

Dia yang ketawa terakhir ketawa terbaik! Kamu mungkin sedang ketawa sekarang pada usaha-usaha ibubapa dan pastor untuk mendapatkanmu supaya mempertimbangkan jalan-jalanmu dan mengubahkan kehidupanmu. Kamu mungkin dengan bangga fikir kamu sudah faham segalanya dan tidak perlu mendengar mereka. Tetapi Allah akan tidak lama lagi akan ketawa ejek terhadapmu, sementara kebimbangan dan kengerian mengambil alih jiwamu sehingga musnah sama sekali, seperti puting beliung memusnahkan segalanya yang ada di depan jalannya (Ams 1:26-30; Maz 2:1-5; 37:13).

Hai pembaca! Bagaimanakah kamu layan tawaran-tawaran Allah akan hikmah? Adakah ciptaan alamiah merendahkan hatimu setiap hari tentang kewujudan Allah? Adakah kamu taat dan menghormati ibubapamu? Adakah kamu setiap hari memakai masa untuk membaca Alkitab dan merenung? Adakah kamu mengambil perhatian dan tertumpu dengan minda yang siap sedia untuk mendengar para pengkhutbahNya menjelaskannya kepadamu? Jika kamu malas dalam satu atau lebih bahagian ini, ada masalah yangmenjelang. Dia tidak akan membantumu, meskipun kamu merayu untuk bantuan (Ams 1:26-30; 28:9).