Amsal · Proverbs

1:3
Untuk menerima arahan akan hikmah, keadilan, dan penghakiman, dan kesaksamaan;

Harus mengapakah kita baca Amsal? Solomo di dalam pengenalan Amsal memberi sekurang-kurangnya sembilan sebab (Amsal 1:1-4). Dia senaraikan hikmah, arahan, pemahaman, penghakiman, keadilan, kesaksamaan, kearifan, pengetahuan, dan budi bicara sebagai matlamat membaca Amsal, dan semua ini adalah penting bagi kehidupan yang berjaya. Di sini, kita ada empat matlamat – hikmah, keadilan, penghakiman, dan kesaksamaan. Inilah empat perkara yang harus kamu belajar.

Kamu telah dilahirkan jahil dan mementingkan diri sendiri. Hatimu mewarisi keinginan yang rosak dan buruk daripada Adam, yang merosakkan kemampuan untuk menanggap dan menaakul dengan betul. Sehingga Allah menjanakanmu semula dengan hati yang baru, kamu tidak akan berhikmah atau betul, sebab keinginanmu itu tetap mementingkan diri dan buruk. Selepas penjanaan semula, kamu memerlukan arahan supaya dapat mengejar apa yang ketinggalan itu.

Di sinilah arahan yang berilham daripada orang yang paling berhikmah. Buku Amsal akan mengajar hikmah, keadilan, penghakiman, dan kesaksamaan kepada orang yang terjanakan semula. Tetapi kamu harus menerima arahan itu, dan hanya pembaca yang rendah hati dan suka menunduk itulah yang mampu berbuat sedemikian. Keangkuhan semulajadi di dalam manusia berjuang untuk menentang diperbetulkan dan diajar oleh orang lain, sebab dia menganggap diri sendiri berhikmah dan betul.

Apakah itu hikmah? Hikmah ialah kuasa untuk menghakimi dengan betul. Ia merupakan kemampuan penaakulan untuk membezakan sepenuhnya suatu kesulitan atau situasi dan mencapai kesimpulan betul akan perangai atau tindakan yang salih dan betul di dalam balasannya. Hikmah tidak berhubungkait rapat dengan kepandaian, sebab hikmah berlangsung pada tahap yang lebih tinggi daripada daya menghafaz atau kelajuan mengira fakta-fakta yang mudah. Hikmah nampak melebihi apa yang nyata untuk mendapat tahu sifat sebenar sesuatu hal atau situasi.

Apakah itu keadilan? Keadilan ialah pemilihan yang adil dan benar. Keadilan selalu mengutuk yang jahat dan membela yang benar. Ia tidak mengelirukan kedua-duanya atau berkompromi di mana-mana dua arah itu. Ia tahu apa yang benar dan menuntut akannya dengan integriti yang amanah. Buku Amsal mengajar keadilan dengan mentakrifkan apa yang betul dan apa yang salah.

Apakah itu penghakiman? Penghakiman sungguh berkait rapat dengan keadilan dan kerap kali dipakai bersama-samanya di dalam Alkitab. Apabila kita berkata, “Dia ada daya penghakiman yang baik,” kita bermaksud bahawa dia ada kemampuan untuk mengenalpastikan kesalahan dan memilih apa yang betul. Kegilaan semasa, ketakutan, perawakan, atau peralihan perhatian yang lain tidak akan memberi kesan kepada penghakiman. Dia akan terus memotong masuk kepada inti pati sesuatu hal dan menghakimi dengan betul (Yoh 7:24).

Apakah itu kesaksamaan? Kesaksamaan ialah fikiran dan perbuatan yang adil dan yang tidak berat sebelah. Seseorang yang ada kesaksamaan tidak dapat digerakkan oleh emosi, persahabatan, atau suapan untuk berkompromi. Dia tidak akan memutarbelitkan kebenaran atau menyerong ke apapun arah yang lain. Dia adil dengan sungguh teliti di dalam memberi baik ganjaran mahupun hukuman. Dia sama berkeras terhadap keluarga dan rakan-rakannya sendiri seperti terhadap musuh-musuhnya (1Tim 5:21).

Walaupun mungkin ada pertindihan antara keempat-empat matlamat ini di dalam Amsal, pengulangan ini tidak menyakiti kita, sebab ia hanya menekankan lagi nilai teramat besar buku ini. Hikmah, keadilan, penghakiman, dan kesaksamaan ialah hal-hal yang ajaib untuk dimiliki, dan setiap pembaca yang mulia akan mendambakannya dengan keinginan yang kuat. Semua itu di hadapanmu di dalam buku ini. Ia jarang diajar di mana-mana tempat yang lain di dalam dunia. Bersyukurlah kepada Allah bagi peluangmu yang bahagia ini dan terimalah peluang-peluang ini!

Yesus dari Nazaret itu ada keempat-empat ciri ini dengan kelimpahan yang tak terhingga (Yes 11:4; Luk 2:52; Kol 2:3)! Musuh-musuhNya sendiri berkata, “Tidak pernah ada orang yang berbicara seperti orang ini” (Yoh 7:46). Dan apabila dibicarakan di hadapan musuhnya, iaitu semua ahli agama dan ahli politik bergabung, mereka tidak dapat mengemukakan satu kesilapan pun di dalam kehidupanNya yang sungguh nyata kepada orang awam (Mar 14:55-59). Pada hari ini, Dia berdaulat di kemuncak kekuasaan alam semesta, dan Dia melakukannya di dalam kebenaran yang sempurna (Maz 45:6-7; Wah 19:11).