Amsal · Proverbs

1:2
Untuk mengenal hikmah dan arahan; untuk menanggap kata-kata pemahaman;

Mengapakah Solomo menulis Amsal? Dia ingin kamu menerima faedah-faedah hikmahnya yang istimewa, pengalaman eksperimen-eksperimennya yang ajaib, dan pemerhatian-pemerhatiannya yang mencerahkan tentang tujuan dan apa yang menguntungkan manusia. Dia ingin memberi hikmah, arahan, dan pemahaman kepadamu.


Betapa hebatnya hadiah ini! Daud berkata Firman lebih manis daripada madu dan lebih berharga daripada emas yang tulen (Maz 19:10). Ayub menyanjunginya lebih penting daripada makanan yang diperlukannya (Ayb 23:12). Betapa bersyukur dirimu, hai pembaca? Raja yang paling berhikmah, dengan kerjasama yang sempurna dengan Raja segala raja, ingin mendidikmu secara persendirian dalam hikmah-hikmah kehidupan!


Allah memberi Solomo hikmah dan pemahaman lebih daripada sesiapa pun manusia (1Raj 3:9-12). Dan Allah telah memberi dia peluang untuk bereksperimen dengan benda-benda yang lain lebih daripada sesiapa pun manusia, sebab dia teramat bijaksana, kaya, berkuasa, menarik, dan memerintah di takhta yang aman dan damai yang membenarkannya kebebasan yang besar untuk menguji dan memerhati. Dia telah menulis buku Amsal untuk mengongsikan hikmahnya dan pemerhatian-pemerhatiannya dalam pepatah-pepatah yang singkat dan yang padat bagi keuntunganmu.


Solomo telah menulis untuk mengongsikan hikmahnya yang besar dan eksperimen-eksperimen sosialnya kepada anak lelakinya dan kepada bangsanya (Pkh 12:9-12). Buku Pengkhutbah, suatu filsafat kehidupan yang terpilih daripada situasinya yang luar biasa melalui inspirasi, menjelaskan eksperimen-eksperimen sosial dan pemerhatian-pemerhatiannya tentang tujuan kehidupan manusia. Dia telah memberi sesetengah daripada jawapannya yang berhikmah di dalam buku tersebut tetapi dia terutamanya mengajar rakyatnya, dan secara tidak langsung mengajar kamu, melalui banyak amsalnya.


Solomo harap untuk membantu anak lelakinya dan bangsanya untuk mengelak kebebalan dalam kehidupan dan memilih jalan takut akan Tuhan dan hikmah. Dia harap untuk menyediakan arahan dan pemahaman yang orang berhikmah dapat pakai untuk menjalani kehidupan yang lebih menyenangkan Allah dan yang lebih makmur. Dia ingin membantu mereka daripada jerat-jerat dan kesulitan-kesulitan kebebalan dan dosa.


Istilah-istilah amsal ini bertindih dan maksudnya tidak harus dipulaukan sama sekali daripada satu sama lain, tetapi kamu mungkin pertimbangkan erti yang istimewa kepada istilah itu. Nilai mengulangi kata-kata yang serupa ini adalah untuk menekankan lagi kualiti dan kuantiti apa yang sedang dijelaskan (Ams 1:1-6). Dalam kata yang lain, amsal-amsal ini dipadatkan penuh dengan segala aspek pembelajaran yang bernilai yang seseorang manusia dapat mengingini.


Dia ingin kamu mengenal hikmah, iaitu daya untuk penghakiman yang betul. Hikmah tahu apa untuk dilakukan dalam apa pun situasi. Ia tahu pemakaian wajar jalan yang terbaik untuk pengakhiran yang terbaik. Ia tahu pemilihan yang baik dan penolakan yang jahat, dan sebab-musabab untuk melakukan demikian (Yes 7:15-16). Dia akan memberitahu kamu nanti bahawa hikmah ialah apa yang utama dan kamu harus memilikinya (Ams 4:7).


Dia ingin kamu mengenal arahan, yang adalah pengajaran hikmah, pengetahuan dan pemahaman. Dia memainkan peranan guru; kamu memainkan peranan murid. Betapa baiknya keistimewaan ini! Arahan ialah disiplin pengajaran bagi pendidikan dan latihan (Maz 32:8; Yes 28:26). Tanpa buku Amsal, siapa yang akan mengarahkanmu untuk hidup dengan berjaya?


Dia ingin kamu untuk menanggap pemahaman, yang adalah kuasa untuk berbudi bicara dengan tepat (1Raj 3:9,11). Orang yang ada pemahaman menanggap dan mengerti suatu situasi, atau maklumat, untuk mengenalpastikan dengan wajar ciri-cirinya yang utama dan untuk sampai kepada pengetahuan betul tentang kesukarannya, implikasi-implikasinya, dan kesan-kesannya. Ia adalah untuk pandai membezakan apa yang betul dan apa yang salah, kebenaran dan kepalsuan, cahaya dan kegelapan, integriti dan pura-pura, dan sebagainya. Ia adalah untuk menanggap dan meluluskan apa yang cemerlang (Flp 1:9-11).


Walaupun kamu tidak banyak maju dalam arahan hikmah dan pemahaman dalam amsal yang singkat ini, kamu dapat melangkah maju ke pelajaran yang paling penting dan yang paling asas. Takut akan Tuhan ialah permulaan hikmah, dan pengetahuan akan yang kudus ialah pemahaman. Hai pembaca, adakah kamu takut akan Tuhan pada hari ini? Adakah kamu gementar terhadap Allah Alkitab yang kudus dan yang dahsyat dan mencari dengan segenap hatimu untuk mentaati dan untuk menyenangkanNya? Tiada pembelajaran, hikmah, atau pemahaman tanpa takut akan Tuhan.


Jika dasar ini sudah didirikan, maka apa yang seterusnya adalah untuk memakai diri sendiri menurut amsal-amsal ini. Pengkhutbah Solomo akan mengajarmu, tetapi pembelajaran mewajibkan murid yang sungguh minat, sangat berharap, tertumpu, mencari-cari, dan yang berdoa. Adakah kamu sedia untuk mempertimbangkan dan menyerap setiap amsal dengan kerinduan dan keamatan yang sama dengan usahamu mencari harta berharga yang terpendam (Ams 2:4)? Orang yang benar-benar ingin hikmah akan menyerahkan diri dengan dedikasi kepada matlamat yang hebat ini (Ams 18:1).


Sumber yang teragung hikmah dan pemahaman ialah apa yang diajar oleh Roh Kudus melalui kuasa Tuhan Yesus Kristus (Kol 1:9-11). Segala harta berharga hikmah dan pengetahuan ditemui di dalam Kristus Yesus (Kol 2:3), supaya kamu akan dengan sukacita tahu bahawa kamu telah menemui Seorang yang lebih besar daripada Solomo (Mat 12:42). Terpujilah nama Tuhan!