Amsal · Proverbs

1:4
Untuk memberi kearifan kepada yang pandir, dan pengetahuan dan budi bicara kepada pemuda.

Mengapakah Allah memberi ilham, dan Solomo menulis buku Amsal? Disinilah sebahagian jawapan itu (Ams 1:1-4). Amsal-amsal ini membekalkan kearifan kepada orang yang pandir, dan pengetahuan dan budi bicara kepada muda-mudi. Semua manusia dilahirkan pandir, jahil dan bebal; tanpa pembetulan dan arahan, mereka akan kebingungan dan dihukum oleh kehidupan. Tetapi pengkhutbah yang berhikmah itu mencatatkan pemerhatiannya dan pembelajarannya di dalam pepatah-pepatah yang pendek untuk mengajar hikmah bagi kehidupan.

Orang yang pandir kekurangan pemahaman dan hikmah. Mereka itu bebal, mudah terpengaruh, lurus bendul, dungu dan bodoh. Mereka kurang berkemampuan untuk cepat-cepat dan tepat-tepat mengesan, mengerti, menaakul dan memilih dengan berhikmah. Amsal-amsal Solomo yang berharga itu boleh memberi kearifan, atau kebijaksanaan kepada orang sedemikian. Kearifan atau kebijaksanaan itu ialah kemampuan mantap untuk cepat-cepat menanggap, memahami, dan menghakimi perkara meskipun perkara itu sungguh halus perbezaannya. Orang yang arif ialah orang yang berpengetahuan, cerdik dan berhikmah.

Orang muda bermula sebagai bayi. Mereka tidak tahu apa-apapun. Mereka menghisap susu seperti anak anjing, dan mereka memerlukan kain lampin untuk mengelak mengotori tempat. Mereka memakai setahun untuk belajar berjalan, setahun lagi untuk bercakap, dan setahun lagi untuk belajar memakai bekas najis. Pada umur lima, mereka belajar mengayuh basikal dan pada umur lima belas hampir-hampir belajar memandu. Mereka mengidam-idamkan mengahwini seorang model, menjadi seorang olahragawan bersama-sama Harimau Malaysia, dan memandu kereta Ferrari. Pada umur dua puluh tahun, mereka bebal, mudah terpengaruh, bertindak melulu, dan lurus bendul. Mereka kekurangan penguasaan diri (mendisiplinkan diri sendiri) dan kurang berpengalaman.

Mereka main keras-keras dan tidur lama-lama, tetapi menganggap kerja itu keras dan lama. Jika bekerja keras pun, mereka tidak tahu bagaimana bekerja pintar. Mereka pandai memakai wang tetapi tidak pandai menyimpan wang. Mereka mengesan perempuan cantik dengan serta-merta tetapi tidak dapat menyukat akhlaknya. Mereka boleh mengahwini seorang isteri tetapi tidak tahu bagaimana memimpin isteri. Mereka boleh menjadi bapa tetapi kekosongan pengetahuan mendidik anak.Mereka boleh mencari pendapatan tetapi tidak tahu bagaimana melabur pendapatan itu.

Apa yang terjadi kepada muda-mudi ini yang bebal dan jahil? Penzinaan, kemuflisan, jenayah, banyak hutang, kemurungan, penyakit, penceraian, penagihan dadah, perselisihan, penjara, perkahwinan yang pedih, bahan-bahan lucah, kemiskinan, pengangguran, menubuh perniagaan yang sia-sia, dan kematian pada usia muda! Semua ini dapat dielakkan dengan belajar dan mengamalkan amsal-amsal ajaib Solomo.

Pengetahuan di sini adalah untuk mengenal apa yang wajar, berkesan, salih, menguntungkan, betul dan selamat. Ia adalah untuk mengenal Allah, mengenal takut akan Allah, dan tahu bahawa Allah memberi balas baik kepada mereka yang tekun mencarikanNya. Pengetahuan sebegini tidak boleh datang daripada dunia; ia harus datang daripada syurga; dan Allah memberikannya kepadamu melalui buku Amsal. Kaum pemuda memerlukan pengetahuan berharga sebegini.

Budi bicara itu membezakan antara yang baik dengan yang salah. Ia tahu bagaimana, bila, dan mengapakah sesuatu harus dilakukan atau tidak dilakukan. Ia dapat menanggap situasi benar dan mengambil kesempatan atas peluang yang diberi kepadanya, atau mengelak bahaya-bahayanya. Dengan hikmah, budi bicara itu membezakan dan mengasingkan faktor-faktor di dalam apapun hal untuk menghakimi dengan betul baik-buruknya atau kemoralannya. Kaum pemuda memerlukan budi bicara untuk memperbetulkan kebebalan dan mengatasi kekurangan pengalaman mereka.

Orang muda, kamu memerlukan amsal-amsal ini. Tanpanya, kamu akan disakiti di dalam kehidupan dan tidak akan mencapai potensi yang kamu dapat capai dengannya. Dengannya, kamu dapat menjadi hebat di pandangan Allah dan pandangan orang yang baik. Kamu betul-betul dapat menjadi berjaya dan makmur. Pelajaran-pelajaran ini bukan sukar. Kamu harus buat pelaburan setiap hari untuk mempelajarinya dengan baik-baik, mengekalkan hikmahnya, dan memakaikannya kepada keputusan-keputusan dan situasi tertentu di dalam kehidupanmu sendiri.

Bapa, adakah kamu binggung akan apa yang harus diajarkan kepada anak-anakmu? Ajarlah mereka amsal-amsal Solomo! Ia telah diilhamkan dan dituliskan bagi tujuan ini. Apapun yang telah kamu pelajari di dalam kehidupan hanya sah pada kadar ia bersetujuan dengan Amsal dan keseluruhan Alkitab. Apa yang Ben Spock dan Kementerian Pendidikan percaya harus diajarkan itu ialah suatu bencana. Ajarlah mereka hikmah berilham dari syurga bagi kebahagiaan dan kemakmuran kamu dan keluargamu.

Jika kamu fikir bahawa kamu sudah arif, berpengetahuan dan berbudi bicara, maka amsal-amsal ini bukanlah bagimu. Kamu orang bebal dan pencemuh yang memperdayakan diri sendiri dan memperbenarkan diri sendiri, dan kamu akan menemui takdirmu tidak lama lagi. Allah, hikmah dan orang berhikmah akan mengetawakan bencanamu (Ams 1:20-32). Jika kamu fikir diri sendiri sebagai berwibawa sementara tidak, kamu hanya telah menipu dirimu sendiri (Gal 6:3). Berilah kemuliaan kepada Allah dan bertaubat bagi keangkuhanmu itu.

Tetapi jika kamu dapat mengakui kepandiranmu dan keperluanmu untuk pengetahuan dan budi bicara, maka amsal-amsal ini adalah bagimu. Oleh rahmat Allah dan oleh pemakaian tekun peraturan-peraturan ini di dalam kehidupanmu, kamu boleh menjadi amat berhikmah dan menyelamatkan dirimu daripada jalan-jalan orang bebal. Apa yang akan kamu buat pada hari ini? Sebab hari ini ialah hari pertama untuk seluruh hayatmu dan mungkin juga hari terakhir! Kamu tidak dapat kembali semula kepada hari ini untuk memakai hikmah pada hatimu.