1:5
Orang berhikmah akan mendengar dan akan menambahkan ilmu; dan orang yang ada pemahaman akan mencapai kepada nasihat-nasihat yang berhikmah:
Salomo menulis amsal untuk orang muda dan orang pandir (Ams 1:4). Tetapi dia juga menulisnya untuk yang tua dan yang berhikmah, supaya mereka dapat memperoleh pembelajaran lanjut untuk memahami dan memakai kata-kata kitab ini (Ams 1:5). Oleh sebab itu, ada nilai yang besar untuk belajar amsal-amsal ini dan tafsiran-tafsirannya supaya mencapai pertimbangan-pertimbangan yang berhikmah. Jika kamu ingin berhikmah, di sinilah jalannya!
Amsal ialah kata-kata pujangga orang berhikmah, dan ia memerlukan tafsiran (Ams 1:6). Tetapi usahanya memang berbaloi, sebab ganjarannya ialah perolehan ilmu lanjut dan nasihat yang berhikmah. Dengan memahami amsal-amsal Salomo dan tafsiran-tafsirannya dalam kitab ini, dan dengan belajar kata-kata orang berhikmah dan kata-kata pujangga mereka, kamu akan mencapai nasihat-nasihat yang berhikmah. Orang akan datang kepadamu untuk bantuan dalam hal yang rumit, sebab kamu sudah peroleh hikmah dan pemahaman.
Apakah peraturannya untuk menambahkan ilmu dan mencapai nasihat-nasihat yang berhikmah? Pendengaran! Orang yang berhikmah dan yang ada pemahaman pun harus henti berfikir dan henti bercakap supaya dapat mendengar untuk menjadi lebih berhikmah. Umurmu atau hikmahmu tidak penting. Untuk belajar lebih dan untuk mencapai nasihat-nasihat orang berhikmah, kamu harus mendengar arahan daripada orang lain. Rendahkan dirimu di hadapan koleksi amsal yang berilham ini dan mula belajar nasihat-nasihat yang berhikmah. Pilihan ini ada di dalam tanganmu.
Hikmah diperoleh dengan memakai telinga, bukan mulut. Kamu ada dua telinga, tetapi satu mulut. Kamu harus tangkas mendengar, dan perlahan berucap (Yak 1:19). Namun, orang bebal lebih suka berucap, sebab dia ingin menunjukkan orang lain hikmahnya. Tetapi orang berhikmah akan menutup mulutnya dan memasang telinganya, supaya dia dapat mendengar arahan daripada guru-gurunya dan memperoleh hikmah mereka.
Mendengar adalah sukar bagi orang muda dan orang pandir, kerana mereka bebal dan tidak sabar. Kanak-kanak memperdayakan diri sendiri untuk memikir diri sendiri lebih tahu daripada ibubapa. Tanpa pengalaman dan pemahaman mereka ingin mengajar orang tua mereka. Tetapi orang tua juga ada masalah pendengaran, sebab mereka terlalu menghargai pengalaman mereka. Hanya suatu tinjauan yang ringkas dengan kitab Amsal ini, atau suatu kajian semula masalah-masalah di antara manusia, akan mendedahkan kejahilan yang sungguh meluas.
Orang hebat memahami akan waktu dan tahu apa yang harus dilakukan (1Taw 12:32). Mereka dapat menanggap keadaan-keadaan yang berubah dan respon yang sesuai kepadanya yang menyenangkan Allah dan manusia. Bagaimanakah mungkin mereka sampai kepada kedudukan yang disegani ini sementara mewarisi kekeliruan dan kejahilan melalui kelahiran? Mereka mendengar dan belajar daripada guru-guru utama mereka – ibubapa dan pastor.
Allah Yang Berbahagia mengilhamkan Alkitab, yang penuh dengan hikmah bagi kehidupan dan kekekalan. Dan dia juga menyampaikan ibubapa dan pastor untuk mengajar Alkitab kepada para pendengar yang rela (Ula 6:4-9; Efe 6:4; Mal 2:7; Efe 4:11-14). Tinggal giliranmu bertindak! Akankah kamu mendengar seperti Israel kepada Ezra, Kornelius kepada Petrus, dan orang Berea yang mulia kepada Paulus (Neh 8:1-12; Kis 10:33; 17:11)? Pilihan ini terpulang kepadamu`.