1:6
Untuk mengerti sesuatu amsal, dan tafsirannya; ungkapan orang berhikmah dan kata-kata pujangga mereka.
Allah telah mengilhamkan kitab Amsal bagimu. Ia Alkitabiah untuk mengajar hikmah kepada yang pandir dan yang muda (Ams 1:1-4). Ia juga akan menaikkan taraf orang berhikmah kepada tahap pengetahuan yang lebih tinggi (Ams 1:5-6). Tetapi hikmah dalam Amsal harus dikaji dengan cukup teliti dengan kata-kata pujangga Salomo yang singkat. Orang yang cuai dan yang malas akan berputus asa sebelum dapat belajar apa pun (2Tim 3:6-7; 4:3-4).
Tiada teori yang boring atau yang keras di sini yang susah untuk difaham atau dipakai. Sebaliknya, ada pemerhatian-pemerhatian yang singkat dan yang padat tentang kehidupan yang dapat memberimu pencerahan yang besar ke dalam pengalaman manusia dan peraturan-peraturan yang pasti untuk kejayaan. Orang yang mulia dan yang berhikmah sedar akan kurniaan yang hebat ini lalu meluangkan masa untuk belajar kata-kata ini daripada orang yang paling berhikmah dalam sejarah (Ams 1:5-6).
Raja Salomo juga seorang pengkhutbah – dia memakai hikmahnya, pengalaman sosialnya, dan penemuan-penemuan filsafat untuk mengajar rakyatnya pengetahuan (Pkh 12:9-11).Dia menganggap kitab-kitab amsalnya sebagai suatu pencapaian yang besar. Dia menjadikan projeknya ini sebagai suatu keutamaan, mengenalpastikan amsal-amsal yang paling baik, dan mengaturkan semuanya. Dia memakai hanya kata-kata yang terbaik dan mengehadkannya kepada kebenaran mutlak yang diperkenan Allah. Dia memilih lebih kurang 500 amsal dalam kitab Amsal daripada 3,000 yang telah ditulisnya dan amsal lain yang ditemuinya (Ams 30:1; 31:1; 1Raj 4:32).
Usaha diperlukan untuk belajar hikmah daripada Amsal. Ia tidak serupa dengan petikan daripada suara orang politik, anekdot-anekdot yang dipakai di kebanyakan mimbar, kata-kata media massa yang kerap kali kebudakan dan yang sensasi, dan kata-kata buku teks sekolah. Amsal ialah kata-kata pujangga: ia merupakan teka-teki (Yoh 16:25,29). Pelajarannya kabur. Ia harus ditafsirkan dan dipakai, kerana kalau tidak, kamu akan melangkaui pelajaran yang telah ditanam di bawah permukaan kata-kata yang padat itu. Harta karun lod ibu hikmah sedang menantikan sesiapa pun yang akan menggali dengan tekun amsal-amsal Salomo.
Kamu telah dilahirkan dengan beberapa kecacatan, yang harus kamu atasi dengan bantuan Allah. Semua manusia telah dilahirkan dengan hati yang rosak di dalam diri mereka (Ams 14:12; 28:26; Yer 17:9). Segala pembelajaran yang ditawarkan oleh dunia ialah kesia-siaan (Yes 8:20; 1Kor 1:19-20; 1Tim 6:20-21). Tinggal hanya beberapa guru hikmah sahaja (Amo 8:11-12; 2Tim 3:6-7; 4:3-4). Lagi pula, kamu dilahirkan pada generasi zaman kini yang malas dan yang tidak sabar. Daripada memakai buku-buku McGuffey's Eclectic Readers, kamu telah dilatih dengan Dick and Jane dan Dr. Seuss! Amsal-amsal lebih sukar bagi generasi MTV, kebanyakan di antara mereka yang telah diajar pembacaan menerusi pandangan atau menerusi Ebonics.
Daripada menolak kesukaran mentafsirkan amsal, sebaliknya bersukacitalah kerana menemui jarahan besar hikmah yang rahsia yang terbenam di antara kata-kata (Ams 2:4-5; Maz 119:162). Daripada berduka kerana ini memerlukan usaha, sebaliknya jadilah teruja tentang cabaran intelek dan faedah jiwa sementara menyelami dan memakainya di dalam kehidupanmu (Ayb 23:12; Maz 119:96, 104, 111). Walaupun ia sukar, kebanyakan orang lain tidak akan belajar hikmah untuk bertanding denganmu. Rebutlah peluang ini!
Inilah kata-kata Allah. Inilah kata-kata Raja dan ahli filsafat yang paling berhikmah yang pernah hidup. Amsal-amsal ini akan menyelamatkanmu daripada masalah dalam kehidupanmu. Amsal-amsal ini akan membawa kebahagiaan dan kejayaan. Amsal-amsal ini akan mengajar kamu hikmah – daya penghakiman yang betul dalam segala situasi yang akan dihadapimu. Amsal-amsal ini akan memberimu pengetahuan tentang mengapa hal berlaku kepada orang sepertimana ia berlaku. Kamu akan memiliki pemahaman mengatasi orang lain. Kamu akan ada kemampuan mengajar kebenaran dan hikmah kepada orang lain (Ams 11:30; 22:17-21).
Mengapakah Allah mengilhamkan kata-kata pujangga yang sukar untuk difahami? Kerana kejayaan, kebenaran, dan hikmah bukanlah hak. Ia merupakan keistimewaan oleh rahmat Allah bagi mereka yang cukup rendah hati untuk belajarnya dengan tekun (Ams 1:7; 2:1-9). Hikmah mengolok-olok orang yang tidak sungguh-sungguh mahu (Ams 1:24-33; 8:36). Tetapi hikmah menawarkan dirinya dengan percuma kepada orang yang ghairah akannya (Ams 8:17).
Yesus kerap kali berbicara dalam perumpamaan, yang merupakan amsal-amsal yang panjang semata-mata.Mengapa? Untuk mengelirukan kebanyakan orang daripada para pendengarnya, yang tidak layak untuk kebenaran (Mat 13:10-17). Jika kamu mengabaikan peluang-peluangNya untuk belajar kebenaran dan memperoleh hikmah, Allah Yang Maha Mulia di syurga telah berjanji untuk merampas apa pun sedikit pemahaman yang kamu fikir kamu ada (Luk 8:18; Yes 66:4).
Kamu telah diberi amaran. Kamu harus membaca satu amsal sehari dan dengan tekun cuba memahaminya. Hikmah ditawarkan dengan percuma (Ams 8:1-11; 9:1-12). Dan hikmah harus menjadi matlamat yang utama dalam kehidupanmu (Ams 4:5-9). Abdikanlah dirimu untuk memperoleh hikmah Allah (Ams 18:1-2). Kasihi dan pelajari kata-kata pujangga ini yang memberi nilai dan kenikmatan yang tinggi.