Amsal · Proverbs

10:31
Mulut orang benar mengeluarkan hikmah: tetapi lidah yang rewel akan dipotong keluar.

Masa depanmu bergantung kepada mulutmu dan lidahmu. Dapatkah kamu belajar untuk mengawal pertuturanmu untuk mengajar orang lain, atau adakah kamu terjahanam untuk mati sebagai orang gagal dan pengalah? Orang baik memakai mulut mereka dengan berhati-hati – mereka hanya sebut apa yang berhikmah untuk membantu. Orang durjana menggerakkan lidah mereka dengan bebal dan dengan babil – mereka melukakan orang lain. Allah akan menghakimi mereka dengan kasar bagi dosa besar mereka.

Di sinilah amsal yang tipikal dengan beberapa kiasan. Bagaimanakah mulut mengeluarkan hikmah? Ia membentuk kata-kata yang merupakan pertuturan berhikmah. Mulut di sini ialah metonim untuk percakapan, yang jalan bercakap itu digantikan dengan percakapan sendiri. Siapakah yang adil? Mereka merupakan anak-anak Allah yang benar, yang adil dan benar di dalam tindakan mereka dan berhikmah dalam kata-kata mereka.

Bagaimanakah kamu dapat berbicara hikmah dengan lebih baik? Kamu boleh memberi pujian, dan berterima kasih kepada orang yang layak untuk itu. Kamu dapat menghibur, menggalak, dan mendorong orang yang berdukacita. Kamu dapat memperbetul, mengajar, dan memberi amaran kepada yang tidak tertib. Kamu dapat memberkati, menyanjungi, dan bersembahyang kepada Tuhan dengan kedengaran. Kamu boleh memberi kata-kata kebenaran yang pasti kepada orang yang menanya soalan (Ams 22:17-21).

Ada rahsia untuk berbicara kata-kata berhikmah – ia harus pertama-tama di hatimu. Barang apa hatimu penuh ialah apa yang akan dituturkan (Mat 12:34-35). Apakah kandungan peti hatimu? Jika kamu fikir dengan berhikmah tentang orang dan perkara, maka kamu akan berbicara dengan berhikmah tentang mereka. Tetapi jika kamu ada hati yang durjana yang suka curiga jahat, kamu akan ada pertuturan yang babil dan yang durjana.

Apa maksudnya lidah yang rewel? Ia merupakan pertuturan yang babil. Lidah di sini ialah metonim untuk pertuturan, di mana alat untuk pertuturan dipakai untuk melambangkan pertuturan. Orang jenis apa yang ada lidah yang rewel? Orang durjana! Adanya kata-kata yang hilang, dipanggil sebagai elipsis, di klausa yang kedua, yang dapat dikesan dengan memakai klausa yang pertama. Orang benar berbicara dengan berhikmah; orang durjana berbicara dengan rewel.

Apakah pertuturan rewel? Rewel ialah adjektif yang bererti, “Cenderung untuk menentang apa yang dituntut atau apa yang munasabah; babil, sukar untuk berurus dengan orang demikian, dan sukar untuk disenangkan”. Lelaki sedemikian memualkan, dan perempuan sedemikian adalah jelek; bumi tidak dapat tahan dengan mana-mana orang jenis itu. Kamu pernah mendengar pertuturan sedemikian dahulu. Adakah kamu berbuat salah dengan pertuturan sedemikian? Lelaki (atau perempuan) dengan hati yang jahat tidak boleh bertutur dengan cara yang dapat diterima orang; kerana ia babil (Ams 10:32).

Mereka kritikal, melampau, kasar, negatif, mempersendakan, dan tidak bersyukur. Mereka suka mengadu, mengumpat, memfitnah, membisik, bergurau, membawa mulut, dan merungut. Merekaterkenal dengan tabiat suka berborak bebal, pertuturan kotor, subjek yang duniawi, berlawak jenaka, dan mengoceh – membebel kosong berterusan. Mereka menjengkel dan menggeramkan kebanyakan orang, kerana mereka jarang berkata apa pun yang membina atau berhikmah, namun mereka kurang dapat berhenti bercakap. Mereka memualkan dan menjelekkan.

Amsal ini memberi lebih ajaran. Ia menyatakan bahawa lidah yang rewel akan dipotong keluar. Memotong lidah mungkin berbunyi kejam dan kasar, tetapi Allah telah memilih untuk mengisytiharkan keseriusanNya. Allah dan orang baik akan menghakimi orang yang tidak berbicara dengan berhikmah atau dengan cara yang dapat diterima. Allah akan menghakimi mereka di dalam kehidupan ini dan di kehidupan kemudian, dan orang baik akan menolak mereka. Sementara amsal ini ada dua klausa yang selari, ia juga memberi maksud bahawa Allah dan orang baik akan memberkati orang benar bagi pertuturannya.

Pertimbangkan amsal ini dengan metonim-metonimnya digantikan dan elipsis-elipsisnya dibekalkan perkataannya. Orang benar akan diberkati kerana menuturkan kata-kata yang dapat diterima dan yang menguntungkan, tetapi orang durjana akan dibinasakan kerana menuturkan kata-kata yang babil dan yang salah. Perbezaannya sungguh signifikan. Masa depanmu bergantung kepada pertuturanmu. Yesus telah berkata bahawa kamu akan dihakimi dengan perkataanmu (Mat 12:36-37).

Hai pembaca, pertimbangkan pertuturanmu. Kesan-kesan buruk pertuturan yang rewel adalah besar. Maut dan hidup ada di dalam kuasa lidahmu (Ams 18:21). Orang lain dikecewakan dan terluka ketika kamu berbicara dengan rewel, dan Allah Yang Maha Benar di syurga akan menghukummu kerana berbicara dengan cara demikian kepada mereka. Jika kamu tidak dapat berbicara apa pun yang berhikmah, maka tutuplah mulutmu. Pakailah kurnia berharga pertuturan sebagai alat untuk membina orang lain dengan kata-kata yang berbudi dan yang berhikmah yang memuliakan Allah.