10:32
Bibir orang benar mengenal apa yang boleh diterima: tetapi mulut orang jahat berbicara kebabilan.
Berfikir sebelum berbicara. Adakah kata-katamu sesuai bagi situasi itu? Akankah ucapanmu membantu dan menyenangkan mereka yang sedang mendengar? Orang yang salih tahu apa untuk dikatakan dan bagaimana untuk menyampaikannya. Dia memastikan kata-kata dan ucapannya boleh diterima oleh orang lain, dan mereka mengasihinya kerana berbuat begitu.
Tetapi orang jahat buat bertentangan – dia mengikut gerak hati dan mengeluarkan dari mulutnya apa sahaja yang ada dalam akal fikirannya yang bertentangan dan bebal. Dia tidak mengambil peduli apa yang orang lain hendak atau perlu mendengar. Kata-katanya menyinggung orang lain, jadi mereka kiranya sebagai orang biadap dan menjelikkan, lalu mengelakkannya.
Cara kamu bercakap mengisytiharkan perangai kamu. Cara kamu bercakap menentukan betapa banyak pengaruh kamu. Cara kamu bercakap menandakan berapa banyak kawan yang kamu ada. Cara kamu bercakap adalah hal utama untuk ditelitikan pada Hari Pengadilan (Mat 12:36; Efe 5:3-7).
Sungguh nyata bahawa setiap orang ingat pengucapannya sendiri adalah baik dan betul (Ams 21:2). Keangkuhan manusia dan kebebalan semulajadi menjadikan kamu menganggap bahawa semua orang suka cara kamu bercakap. Dan bekalan keangkuhan dan kebebalan memang cukup banyak dalam setiap anak Adam. Hanya melalui belas kasihan Allah, belajar berbaik budi dan berhikmah, dan pengekangan lidah dengan tegas membolehkan manusia berbicara secara sesuai untuk diterima orang lain.
Ucapan itu adalah untuk pendengar – jadi, apa yang diambil kira ialah tanggapan dan pendapat mereka, bukan kamu punya. Orang lainlah yang menentukan apa yang kamu ucapkan itu boleh diterima atau tidak. Ia adalah tugas kamu untuk belajar apa yang diharapkan mereka, supaya kamu boleh mengucapkan kata-kata yang boleh diterima. Jika kamu fikir bahawa mengikut adat kebiasaan adalah lemah atau kompromi yang berdosa, kamu terlalu bebal dan terlalu mementingkan diri untuk belajar hikmah. Paulus memastikan sebanyak semungkin supaya elak menyinggung sesiapapun (1Kor 9:19-23; 10:32-33).
Sementara kamu harus berkenan kepada Allah dengan setiap perkataan, Dia menyukat ucapanmu dengan cara bagaimana ia menyenangkan orang lain. Mulut yang babil benci peraturan ini, sebab mereka ingin menonjolkan diri sendiri tanpa apapun pertimbangan orang lain. Mereka boleh rasa orang lain mengelak dan geram terhadap mereka, jadi mereka berbuat alasan dan membenarkan diri sendiri. Tetapi disinilah suatu tahap piawai bagi kebenaran: apakah pendapat orang lain tentang cara kamu bercakap? Jika orang biasanya mengelak kamu, atau kamu kekurangan kawan, kamu belum belajar cara untuk bercakap.
Kata-kata yang diucapkan dengan sesuai adalah suatu perkara yang indah (Ams 25:11). Seseorang yang memakai perkataannya dengan baik layak untuk dicium, sebab ucapan yang boleh diterima memang jarang dan menyenangkan (Ams 24:26). Ucapan yang baik adalah ajaib (Ams 15:23,26; 16:13,24; 22:11; Peng 12:10; Kol 4:6). Setiap pembaca harus menjadikan matlamat tertingginya untuk mempunyai ucapan yang berkenan – berkenan kepada kedua-dua Allah dan manusia (Luk 2:52).
Orang benar akan belajar untuk berjawab, tetapi orang bebal mencurahkan keluar kejahatan di dalam hati dan akal fikiran mereka (Ams 15:28,2; 16:23; 13:16; 29:11). Sementara belajar untuk berjawab termasuk fakta-fakta yang betul, pengetahuan yang berkenaan, dan balasan yang bijak kepada hal yang ditangani, pertimbangkanlah dengan betul bahawa belajar pun bermakna kamu harus mengenal pendengar-pendengar kamu dan apa yang mereka anggap sebagai boleh diterima (KPR 17:22-31; 23:6).
Bibirmu mengucapkan apa yang sedia ada dalam hatimu, menurut Yesus (Luk 6:45). Hati orang benar suka apa yang baik dan boleh diterima, jadi pilihan perkataan-perkataan mereka adalah menyenangkan kepada Allah dan manusia. Tetapi hati orang jahat adalah rosak dan mementingkan diri sendiri, jadi, ucapannya menjelikkan dan biadap. Hanya dengan perubahan hati barulah ucapannya akan beroleh baik. Dan hanya Tuhan yang dapat mengubahkan hati melalui penjanaan semula untuk membebaskannya daripada kuasa iblis.
Kasih orang Kristian, iaitu kasih kepada orang lain, tidak berkelakuan tidak wajar, dan tidak biadap (1Kor 13:5). Jika kamu mengasihi yang lain, kamu akan mengubahkan ucapanmu supaya menyenangkan mereka. Kamu akan mendengar dan perhatikan apa yang boleh diterima dan yang baik, dan kamu akan belajar untuk melakukannya sendiri. Kamu tidak akan berterusan di dalam tabiat dan amalan yang menyinggung orang, sebab melakukan sebegitu adalah mementingkan diri sendiri dan adalah kebencian yang angkuh. Ini menentang takrif kasih yang diilhamkan Allah didalam bab ini yang ditulis oleh Paulus.
Ucapan adalah satu cara Yesus memuliakan Allah, BapaNya. Dia mempunyai lidah orang berpelajaran, dan Dia tahu bagaimana mengucapkan kata-kata yang sesuai pada waktunya kepada orang yang letih lesu (Yes 50:4). Walaupun mengkhutbahkan doktrin-doktrin yang keras, orang yang biasa pun mendengarkan Yesus dengan senang (Mar 12:37). Di kampungNya di Nazaret, musuh-musuhNya pun berasa kagum akan ucapanNya yang baik budi (Luk 4:22). Dan pegawai-pegawai yang telah diutus untuk menangkapNya pun melaporkan, “Belum pernah seorang manusia berkata seperti orang itu” (Yoh 7:46).
Ucapan adalah satu cara untuk memuliakan Tuhan Yesus Kristus, sebab perkataan yang menyenangkan akan menjadi suatu kesaksian yang baik tentang budi baik dan kemuliaanNya (Kol 4:6). Perbezaanmu daripada dunia ini akan menjadi sangat besar, sebab dunia salah dengan kenajisan, percakapan bebal, dan gurau senda, yang tidak lama lagi akan membawa penghakiman Allah ke atas diri mereka sendiri (Efe 5:3-7). Biarlah setiap orang pembaca belajar untuk berbicara dalam cara yang boleh diterima.