Amsal · Proverbs

11:20
Mereka yang berhati rewel ialah kekejian kepada TUHAN: tetapi kaum yang jujur dalam jalannya ialah kesukaannya.

Betapa besar perbezaannya! Sesetengah orang merupakan kekejian kepada Allah, dan yang lain ialah kesukaanNya. Perbezaan ini tentang bagaimana Allah Yang Maha Besar memandang manusia adalah ketara. Bagaimanakah pandangan Yang Maha Tinggi terhadap dirimu? Adakah Dia memandang keji dirimu kerana hatimu yang memberontak dan yang degil? Atau adakah Dia bersukacita dalam dirimu kerana perilakumu yang benar? Kesan-kesannya di sini sungguh besar. Selidikilah dirimu sendiri!

Walaupun ini merupakan amsal yang biasa dalam strukturnya, ia mengajar pelajaran yang sungguh penting. Jangan nak bergegas membaca kata-kata ini. Allah Yang menguasai syurga dan bumi melayani manusia menurut fikiran hati dan perangai mereka. Dia musuh orang durjana, tetapi dia kawan orang yang mengasihi dan menjalani hidup kesalihan. Ia hikmahmu untuk mempertimbangkan peraturan ini.

Apakah hati yang rewel? Perkataan “rewel” bukanlah perkataan “lancang”. Kedua-duanya ada maksud yang sungguh berlainan. Rewel bermaksud buruk, tidak munasabah, jelek, cabul, dan tidak dapat dikawal. Ia menjelaskan orang yang nakal, suka berbuat jahat, dan yang durjana. Orang yang ada hati yang rewel sedang kerap kali berfikir dan bertindak bercanggahan dengan firman Allah.

Orang yang demikian ialah kekejian kepada Allah. Itu bermaksud TUHAN membenci, mual, dan memandang hina akannya. Wajah seseorang mencerminkan kemurahannya atau kebenciannya akan orang lain. Wajah Allah, “menentang mereka yang berbuat jahat, untuk memutuskan ingatan mereka daripada bumi” (Maz 34:16). Ia sesuatu yang teruk ketika Allah menetapkan wajahNya untuk menentang mana-mana orang (Ima 17:10; 26:17). Dan ini termasuk orang yang dengan memberontak menegakkan patung-patung di dalam hati mereka (Yeh 14:7-8).

Yang jujur dalam jalan mereka adalah bertentangan dengan yang rewel. Mereka merendahkan diri mereka sendiri di hadapan firman Allah dalam setiap keputusan. Mereka memilih kewajaran, tidak kira apa pun kosnya. Mereka mahu berbuat apa yang betul, jujur, dan adil dengan integriti. Mereka menghadapi godaan kehidupan, mereka memilih apa yang wajar di pandangan Allah. Perbezaan di antara hati dalam klausa pertama dan jalan dalam klausa kedua mengajar bahawa tindakan-tindakan manusia mencerminkan hatinya (Mat 15:17-20).

Wajah Allah menghala kepada manusia jujur, dan Dia memberkati mereka. Matanya ada tertuju kepada mereka, dan telingaNya terbuka kepada doa-doa mereka (Ayb 36:7; Maz 33:18; 34:15). Dia bersuka di dalam mereka bagi kebaikan (Maz 84:11). “Sebab mata TUHAN sibuk ke depan ke belakang menerusi seluruh bumi, untuk menunjukkan dirinya kuat bagi pihak orang yang hatinya sempurna terhadapnya” (2Taw 16:9).

Isu amsal ini ialah apa yang akan kamu buat dengan hatimu dan kehidupanmu. Jika kamu membabi buta ke depan dengan sikap memberontak atau sikap degil, sementara memandai, TUHAN akan memandang hina akanmu. Jika kamu mengaku dan mengakui kebebalanmu dan menyerahkan segala jalanmu kepada Tuhan, Dia akan bersuka di dalammu dan menyebabkanmu untuk menunggangi tempat-tempat yang tinggi di bumi (Ula 32:13-14).