11:19
Bak kewajaran cenderung kepada hidup: demikian juga dia yang mengejar kejahatan mengejarnya bagi kematiannya sendiri.
Panjang umur cukup mudah dapat melalui Alkitab. Ia menjelaskan apa yang Allah anggap betul atau salah (Maz 19:7-11). Jika kamu berbuat apa yang betul di pandanganNya, kamu akan hidup dengan lebih baik dan dengan lebih lama; jika kamu menolak nasihatNya dan menjalani hidup yang berdosa, maka kamu akan menderita dan mati kerana itu (Maz 1:1-6). Semuanya terpulang kepadamu. Peraturan amsal ini adalah benar. Kamu tidak boleh mengubahkannya oleh apa-apa pun cara (Ams 11:21; 16:5).
Bagaimanakah kamu hidup? Dari manakah kamu mendapat nyawa? Mengapakah kamu masih hidup pada hari ini juga? Kehidupan bukan suatu peristiwa yang kebetulan! Kamu tidak diminta kalau ingin hidup, tetapi Allah memberimu nyawa sebagai Sang Penciptamu. Dialah Tukang Periuk, dan kamu tanah liat. Jika kamu tidak suka pengaturan ini, Dia mencadangkan supaya kamu berbantah-bantah dengan keping-keping tembikar lain seperti dirimu (Yes 45:9-10).
Pengikut fahaman evolusi menuntut babun [beruk besar] merupakan bapa leluhurnya, yang bermaksud binatang yang bodoh dan yang hodoh itu adalah paling dekat kepada mereka dalam rupa dan hikmah. Tetapi Allah menciptakan segala-galanya dan telah memberi kehidupan kepada manusia pertama, sama seperti anak pun boleh belajar dan faham (Kej 1:1; Ibr 11:1,3). Satu-satunya ledakan dahsyat [big bang] di sejarah alam semesta ini ialah apa yang Allah khabar, “Jadilah cahaya!”
Allah telah memberimu nyawa. Dan Dia telah memberi babun kehidupan mereka. Itu mengapa dirimu merupakan dirimu, dan babun kekal merupakan babun. Jika Allah memberimu nyawa, Dia ada hak untuk mengarah caranya kamu hidup; Dia ada hak untuk mencabut nyawamu; Dia ada hak untuk menambahkan hidupmu dengan berkat. Amsal ini benar. Masa depanmu bergantung kepada berapa elok ketaatanmu kepada kata-kataNya.
Peraturan ini sebegitu benar dan berat sehingga Solomo mengulanginya kerap kali – kewajaran melanjutkan nyawa, kedurjanaan menyingkatkan nyawa (Ams 3:2,16; 4:10; 8:36; 9:11; 10:16,27; 11:4; 12:28; 19:23). Sesudah kamu mengenal peraturan ini, maka tugasmu cukup jelas – belajar kewajaran daripada Alkitab dan hidup di dalamnya, dan kenalpasti dan menolak gaya hidup jahat dunia yang bebal di sekelilingmu. Mudah!
Jika kamu tidak percaya kepada amsal ini, kamu sudah bebal dan menghala ke maut. Lihatlah jangka hayat orang rapper dan orang rok, yang merajalela dalam kedurjanaan mereka yang terang-terangan. Bacalah amaran-amaran Alkitab terhadap kemabukan dan fikir bagaimana cara ia memendekkan kehidupan -kemalangan, organ hati yang rosak, kehilangan kerja gaji, lawan, ucapan yang memprovokasi, dsb. Mengapakah orang Rusia hidup 16 tahun kurang daripada orang Amerika? Salah satu sebabnya ialah penyalahgunaan vodka; negara punya fahaman ateis [orang yang tidak mengakui kewujudan Tuhan]; dan yang ketiga ialah fahaman komunis. Jadilah aktuari Alkitabiah [pakar menghitung risiko].
Bagaimanakah dosa membunuh? Dengan banyak cara! Ia menambahkan kemalangan melalui risiko yang bebal. Ia memprovokasi orang lain untuk marah dan berbalas dendam. Ia membawa hukuman mati bagi sesetengah jenayah. Ia mendedahkan manusia kepada penyakit. Ia membawa perkaitan dengan orang yang berbahaya. Ia membawa penghakiman yang luar biasa. Ia melesapkan sukacita, harapan, damai sejahtera, dan tenaga daripada jiwa.
Bagaimanakah kewajaran cenderung kepada kehidupan? Ia membawa kepuasan dan damai sejahtera bagi jiwa. Ia membawa berkat Allah yang luar biasa. Ia membawa kepada perkaitan dengan orang yang membantu dan yang berdamai sejahtera. Ia mengelak penyakit-penyakit dosa. Ia bukan jenayah yang layak untuk hukuman mati. Ia menjadikan orang bahaya pun untuk berdamai denganmu. Ia mengurangkan kemalangan melalui kehematan yang cermat.
Sesetengah pendosa mempunyai panjang umur, dan sesetengah orang benar mati muda. Bagaimanakah pula dengan itu? Akankah kamu mencemuh amsal ini (Ams 13:1; 14:6; 26:12)?Allah mempertimbangkan banyak faktor dalam kehidupanmu. Amsal ini merupakan salah satu faktor. Dia mungkin mencabut nyawa orang benar awal-awal kerana berbelas kasihan (Yes 57:1-2). Dia mungkin membenarkan orang durjana sebahagian kenikmatan berdosa sekarang sebelum seksaan di akhirat (Maz 17:14).
Dunia berbelanja berbilion-bilion untuk melanjutkan umur melalui perubatan, senaman, khasiat, dan faktor-faktor sampingan yang lain, tetapi orang berhikmah akan bersukacita dalam amsal ini dan menjadikannya matlamat yang utama dalam kehidupan (Pkh 12:13-14). Mereka akan suka janji Allah untuk memberi kehidupan yang baik dan yang panjang kepada orang yang akan hormat semata-mata ibubapa mereka (Kel 20:12; Ula 5:16; Efe 6:2-3). Mudah!
Kewajaran juga cenderung kepada hidup yang kekal, sebab perbuatan baik, kehidupan yang kudus, dan perangai yang berhikmah ialah bukti pemilihan dan bukti ditakdirkan ke syurga (1Tes 1:2-4; 2Pet 1:5-11). Mengejar kejahatan akan akhirnya membawa setiap pendosa ke lautan api untuk seksaan kekal di bawah penghakiman Allah yang kudus dan adil. Dosa ada kesan-kesan buruk dalam kehidupan ini dan di akhirat. Jika kamu telah berdosa dahulu dan sekarang ingin hidup dengan benar, bersyukurlah kepada Allah untuk Yesus Kristus, percayalah kepadaNya, dan hiduplah untukNya, Yang telah membayar bagi segala dosamu supaya kamu boleh hidup untuk selama-lamanya!