Amsal · Proverbs

12:1
Sesiapa yang mengasihi arahan mengasihi pengetahuan: tetapi dia yang membenci teguran adalah kebinatangan.

Adakah kamu suka diajar? Adakah kamu suka diperbetulkan? Adakah kamu suka diberitahu kamu salah? Adakah kamu menghargai orang yang memberitahumu bagaimana ia harus dibuat? Adakah kamu bersyukur untuk peringatan untuk berubah? Lelaki dan perempuan yang berhikmah dan yang mulia akan dengan teguh menjawab, “Ya!”

Untuk bertumbuh dalam pengetahuan, salah seorang harus mengajarmu. Kamu harus menundukkan mindamu dan kehendakmu kepada mereka. Kamu memperakui kelebihan mereka dalam pengetahuan. Kamu memperakui kekuranganmu. Ini memerlukan kerendahan hati, yang kebanyakan orang tiada. Hanya jiwa-jiwa yang mulia dapat dengan rela menunduk dan diajar oleh orang lain. Untuk mengasihi pengetahuan, kamu harus suka untuk diajar oleh orang lain.

Untuk bertumbuh dalam pengetahuan, kamu harus memperakui kejahilan atau kesilapan. Sebab ia sama ada kamu tidak tahu kebenaran tentang sesuatu subjek, ataupun kamu memegang kedudukan yang palsu bagi topik itu. Kamu mungkin juga telah mengajar orang lain dengan salah, dan kamu harus memperakui bahawa kamu telah mengajar mereka kesalahan. Hanya jiwa-jiwa yang mulia dapat memperakui kejahilan atau kesilapan, sebab kebanyakan orang akan mempertahankan reputasi mereka tidak kira apa pun.

Untuk bertumbuh dalam pengetahuan, kamu harus berubah. Kemajuan mewajibkan perubahan, tetapi perubahan sungguh merendahkan diri dan adalah sukar. Perubahan bermaksud membiarkan orang lain melihat bahawa kamu salah; perubahan bermaksud mengubahkan tabiat-tabiat yang sudah lama dimantapkan dari dahulu; perubahan bermaksud menjelaskan tindakan-tindakan barumu kepada orang lain. Hanya jiwa yang mulia dapat berubah, sebab korban untuk berubah terlalu besar bagi kebanyakan orang.

Jika kamu tidak suka diajar, maka kamu adalah seperti binatang. Jika kamu geram ketika diperbetulkan, maka kamu adalah seperti binatang. Jika kamu benci diberitahu kamu salah, maka kamu seekor binatang yang tidak berakal.

Kebinatangan. Apa yang berkaitan dengan binatang, atau kejahilan binatang, dan bertentangan dengan manusia. Apa yang berkaitan dengan, menyerupai, atau bercirikan binatang: kekurangan kepandaian atau kegagalan untuk memakai penaakulan: lembab, tidak berakal, tidak beradab, bodoh.

Terima kasih, Pengkhutbah Salomo, kerana tidak mahu menyenangkan orang secara politik. Terima kasih kerana mengajar dengan terus terang bahawa menahan arahan adalah bebal dan kebinatangan. Terima kasih kerana memerintahkan orang untuk mengasihi arahan dan teguran bagi amsal ini. Hai pembaca, janganlah jadi seperti binatang yang jahil (Maz 32:9; Ams 26:3). Bangkit untuk bersyukur kepada Allah kerana telah mengutus guru untuk mengarah dan menegurmu.

Ibubapa mengajar kanak-kanak, dan hanya kanak-kanak yang kebinatangan menahan atau membenci itu. Ibubapa tahu jauh lebih daripada kanak-kanak mereka, ada pandangan yang berjangka masa panjang, dan mengambil peduli tentang hal yang betul. Hanya budak bodoh yang tidak mempedulikan atau membenci arahan dan teguran daripada ibubapanya. Satu-satunya harapan bagi kejayaan dalam kehidupan adalah untuk belajar kerendahan hati dan menerima arahan di bawah ibubapa-gurunya.

Tuan mengajar hamba, dan hanya hamba-hamba yang kebinatangan menolak atau membenci diberitahu bagaimana untuk melakukan sesuatu tugas. Tuan lebih berbakat, dan mempertaruhkan lebih banyak, melihat gambaran yang menyeluruh, sudah melakukan tugas itu lebih lama, dan ada hak untuk melakukan apa menurut jalannya sendiri. Hamba-hamba hanya pekerja, dan mereka harus berbahagia untuk mendengar, belajar, dan untuk melakukan itu menurut jalan tuan, terutamanya hamba-hamba Kristian.

Para pastor mengajar ahli-ahli gereja, dan hanya ahli gereja yang kebinatangan tidak mempeduli itu, menahan itu, atau membenci itu. Pastor ialah orang utusan Tuhan alam semesta, dan dia membawa hikmah dan kebenaran yang berilham daripada Alkitab. Orang Berea adalah mulia dengan adanya persediaan minda untuk menerima khutbah (Kis 17:11). Paulus memerintahkan supaya, “Janganlah memandang hina nubuat-nubuat”.

Hai pembaca, kunci yang paling hebat kepada kemajuan dan kejayaan, dalam apa pun aspek kehidupanmu, ialah penghargaan dan penerimaan arahan dan teguran. Adakah kamu membaca itu? Adakah kamu percaya itu? Akankah kamu menunjukkan itu dalam kehidupanmu? Jika kamu tidak suka menerima ajaran dan mengubahkan kehidupanmu ketika ditegur, maka kamu adalah seperti seekor binatang di pandangan Allah dan orang yang berhikmah.

Yesus Kristus dapat banyak mengajarmu dan menjadikanmu sempurna. Dan itu akan hanya terjadi jika kamu sudah sedia untuk menerima arahan, dan jika kamu suka teguran. Jika kamu sudah rendah hati dan ghairah untuk diajar olehNya, Dia akan mengutus guru-guru untuk menambahkan pengetahuanmu, seperti yang telah dia buat bagi sida-sida Etiopia, Saulus dari Tarsus, dan Kornelius (Kis 8:26-40; 9:1-22; 10:1-6).