12:2
Orang yang baik memperoleh keredaan TUHAN: tetapi orang dengan rancangan durjana akan dikutukinya.
Allah boleh membangunkan pengemis dari kawasan kumbahan najis dan meletakkannya di takhta kemuliaan, dan Dia boleh menjadikan raja yang paling besar di sejarah dunia untuk memakan rumput, secara literal (2Sam 7:8; Dan 4:27-33). Allah yang sejati mengganjari perangaimu dalam kehidupan ini – pertimbangkan Daud dan Nebukadnezar sebagai contoh; dan Dia mengganjari itu di akhirat – pertimbangkan Lazarus dan orang kaya itu (Luk 16:19-31).
Hai pembaca, ia baik jika kamu membaca doa pujian Hana (1Sam 2:1-10). Hana tahu TUHAN ialah Allah pengetahuan dan bahawa Dia menimbang perilaku manusia. Hana memujiNya bagi karyaNya yang besar untuk menyanjungi salah seorang dan merendahkan yang satu lagi. TUHAN memakmurkan Hana dengan sungguh banyak berbanding dengan musuhnya (1Sam 1:4-8,17-20; 2:18-21,26).
Keredaan TUHAN adalah ajaib. Ia lebih baik daripada dongeng sentuhan emas raja Midas, lebih baik daripada persahabatan dengan Bill Gates, dan lebih baik daripada pingat kehormatan tertinggi daripada Presiden Amerika Syarikat. Tiada apa pun yang sepertiNya di dunia ini atau di akhirat (Maz 4:6-8; 16:11). Bagaimanakah kamu mungkin dapat menyukat suatu keadaan Tuhan sebagai Sahabatmu, Penghiburmu, Dermawanmu, dan Pelindungmu?
KeredaanNya sahaja mengubahkan segalanya dalam kehidupan seseorang. Dapatkah kamu dengan sepenuh-penuhnya memahaminya? Bagaimanakah kamu mungkin dapat menjelaskannya? Jika Dia memberkati jiwamu, tubuhmu, perkahwinanmu, anak-anakmu, kerja tanganmu, dan arah tujuan akhiratmu, maka apakah lagi yang lebih besar daripada itu (Maz 1:1-6; 73:23-27; 128:1-6; 144:11-15)? Terima kasih, ya Allah Yang Berbahagia dan Bapa kami!
Tetapi keterkutukanNya ialah sesuatu yang sungguh buruk. Ia jauh melebihi apa pun malapetaka yang peribadi atau yang alam semula jadi, kerana Allah Sang Pencipta menjadi musuhmu dan akan menyeksamu di dalam kehidupan ini dan di akhirat. Dia boleh menyeksa jiwamu dengan ketakutan dan gementar yang tak terkatakan (Ula 28:65-68). Kanser yang membawa maut dan penghapusan nyawamu adalah lebih lega daripada apa yang Dia mampu buat kepadamu. Dapatkah kamu menyukat kengerian TUHAN Allah yang mengejarmu sampai ke kekekalan (Maz 35:5-6)?
Yesus memberitahu murid-muridNya bahawa kesakitan dan maut bukan apa-apa. Mengapa takut akan manusia, Dia bertanya? Mereka tidak boleh berbuat apa pun kepedihan yang serius atau yang kekal. Dia mengajar mereka bahawa satu-satunya Orang yang harus mereka takut ialah takut kepada BapaNya, Yang mampu membunuh tubuh dalam kehidupan ini dan kemudian melempari kedua-dua tubuh dan jiwa ke neraka untuk seksaan yang kekal. Kamu patut takut kepadaNya, Yesus telah memberi amaran (Luk 12:4-5).
Apakah yang memungkinkan perbezaan ini, yakni balasan Allah yang bagaikan jarak timur dan barat ini? Pilihan-pilihanmu pada hari ini memungkinkan itu, hai pembaca. Ya, itulah betul! Pilihan-pilihanmu pada hari ini akan mungkin baik di pandanganNya, atau ia mungkin durjana. Kamu fikir kamu boleh berbuat apa yang kamu ingin buat? Kamu fikir kamu ada hak untuk kehidupanmu sendiri? Kamu fikir kamu boleh melindungi dirimu daripadaNya? Kamu fikir kamu boleh mengelak kesan-kesan dosamu? Kamu fikir Dia tidak melihat? Tidak peduli? Fikir semula, hai orang bebal!
Orang yang baik dijadikan baik oleh rahmat Allah (Maz 14:1-3; Gal 5:22-23), tetapi rahmat Allah harus dipakai untuk menjadi orang baik yang dinyatakan amsal ini (1Kor 15:10; 2Kor 6:1). Orang baik mendapat keredaan Allah Yang Maha Besar dengan memegang teguh kepada hikmah dan mentaatinya (Ams 8:5). Orang bebal menolak hikmah dan dengan berbuat demikian bersalah terhadap jiwanya sendiri dan sebaliknya memilih maut (Ams 8:36).
Perbezaan yang ketara di antara dua orang itu ialah balasan mereka kepada hikmah – arahan-arahan Allah untuk hidup yang terkandung dalam Alkitab. Hai pembaca, sudahkah kamu gementar di hadapan firman Allah? Akankah kamu mengambil cukup masa pun untuk membaca dan pertimbangkan amaran dalam amsal ini? Akankah kamu berbuat apa pun tentangnya? Apakah yang akan kamu buat untuk lebih mentaati Allah? Pada hari ini?
Kalau kamu menolak hikmah, maka Allah akan mengoyakmu bercerai-berai, dan tiada sesiapa pun yang akan dapat menyelamatkanmu (Maz 50:22; Hos 5:14; 13:8)! Dia akan menunggangbalikkan kehidupanmu (Maz 146:9). Dia akan menghancurkan mukamu dan mematahkan gigimu (Maz 3:7; 58:6). Jika kamu sesekali pun fikir Allah sudah berubah, cubailah Ibrani 10:26-31; 12:28-29; dan 13:8. Ketika Dia datang dalam kemarahan, orang-orang akan merayu untuk gunung-gunung menimpa diri mereka dan ingin menyembunyi di dalamnya (Wah 6:16-17). Janganlah jadi si bebal!
Awas, supaya jangan kamu fikir gagasanmu dan sukatanmu itulah yang dipakai untuk menentukan orang yang baik. Jangan biar sesiapa pun, bahkan emakmu sendiri, untuk mengangkat-angkatmu untuk memikir bahawa kamu orang yang baik. Allah Yang Maha Kudus tidak peduli apa pun fikiran yang bebal sedemikian. Dia akan hanya memberi keredaan kepada orang yang gementar di hadapan firmanNya dan memegang perintah-perintahNya dengan hati yang merendahkan diri (Maz 112-1-4; Yes 66:2).
Perbezaan dalam balasanNya cukup besar; ia tidak dapat disukat. Dapatkah kamu melihatnya dengan jelas? Dia boleh memberkatimu dengan sebegitu melimpah dan dengan sebegitu murah hati, dan Dia juga boleh membinasakanmu dengan sebegitu teruk dan dengan sebegitu memedihkan.
Adakah keredaan TUHAN membawa apa pun perubahan dalam kehidupan Yusuf? Suatu perubahan yang teramat besar! Bagaimana dengan Abraham? Rut? Ester? Ayub? Daud? Daniel? Maria? Magdalena?
Adakah keterkutukan TUHAN membawa apa pun perubahan dalam kehidupan Saul? Betapa seksa kepedihannya itu! Bagaimana dengan Kain? Lot? Eli? Nabal? Yehoram? Uzia? Yudas? Herod?
Rendahkanlah dirimu di pandangan Tuhan, dan Dia akan mengangkatmu (Yak 4:10). Ada keredaan yang berharga untuk diperoleh daripada TUHAN Allah. Sesetengah orang berjalan denganNya sebagai Sahabat mereka, ada orang yang lain pula yang langsung berjalan masuk ke syurga tanpa mati, dan ada lagi orang yang mendapat prihatin dan perlindungan Allah di sekeliling diri mereka ke mana jua mereka pergi dan apa pun yang mereka buat. Lakukanlah kebaikan, dan kamu akan menyayangi kehidupan dan melihat hari yang baik (1Pet 3:10-12)!