14:11
Rumah orang durjana akan digulingkan: tetapi khemah orang jujur akan makmur.
Betapa berjayanya keluargamu? Berapa lama ia dapat bertahan? Apakah pengaruh yang akan ia ada bagi hal kebenaran dan hikmah? Allah dan manusia akan menggulingkan rumah orang durjana, tetapi mereka akan memberkati dan memberi keredaan mereka kepada penambahan harta milik orang benar. Salomo telah melihat keluarga orang durjana muncul dan lesap, tetapi dia nampak benih salih orang benar berterusan dalam kemakmuran untuk banyak generasi (Maz 37:34-40). Di sinilah amsal yang mengutuk orang durjana dan menggalakkan orang jujur.
Orang durjana membina rumah – Kediaman yang kukuh, yang besar, dan yang kekal – untuk memperoleh kemasyuran nama mereka (Maz 49:6-14). Mereka percaya kepada kemakmuran mereka, kepandaian mereka, kekuatan mereka, dan reputasi mereka untuk menyelamatkan diri mereka. Orang jujur mungkin bermula dengan hanya sebuah khemah – suatu khemah yang mudah rosak dan yang sementara sahaja. Tetapi Allah akan merobohkan rumah orang durjana dan memberkati khemah orang jujur. Nasib yang diterbalikkan ini adalah oleh pengisytiharaan para penjaga, atau malaikat – Allah memberi keredaan kepada orang jujur!
Dosa ialah perosak keluarga. Jika kamu mahu keluargamu untuk bertahan dan untuk makmur, kamu perlu mencari kesalihan dan kekudusan seperti orang jujur. Kamu perlu memasang keutamaan Tuhan dahulu dalam setiap insan dalam rumah tanggamu (Maz 101:3-8; 128:1-6; 144:11-15). Tetapi orang durjana langsung tidak akan fikir tentang Allah; mereka mahu berbuat hal sendiri; mereka tiada had dalam dosa (Maz 10:4; 58:3). Tuhan memberi jaminan melalui amsal ini bahawa Dia akan menggulingkan orang demikian dan rumahnya.
Pertimbangkan rumah Eli, imam Israel. Allah telah berjanji bahawa rumahnya akan bertahan untuk selamanya sebagai imam-imamNya yang terpilih, tetapi Eli tidak mahu menghentikan anak-anak lelakinya daripada berdosa. Jadi, Allah menggulingkan keluarganya dalam sehari (1Sam 2:12-36; 3:1-18). Dua anak lelakinya yang bebal itu telah dibunuh dalam pertempuran; Eli jatuh ke belakang dan mematahkan lehernya ketika dia mendengar berita itu, dan anak menantu perempuannya pula mati ketika melahirkan anak (1Sam 4:1-22). Tuhan menggulingkan rumah orang durjana.
Pertimbangkan Yusuf. Abang-abangnya menjual dia sebagai hamba abdi pada umur tujuh belas tahun; dia dituduh dengan palsu atas cubaan merogol isteri tuannya, dan dia dilempar ke dalam penjara. Sudah tentu kehidupannya dan harta miliknya telah sampai ke tahap yang paling rendah. Tetapi dia menolak godaan isteri tuannya. Allah menaikkan pangkat Yusuf dari penjara dan menempatkannya di atas takhta pemerintahan Mesir, dan memakmurkan dua anak lelakinya supaya menjadi dua suku kaum Israel – pewarisan dua kali ganda! Khemah orang jujur memang makmur!
Banyak contoh lain akan rumah digulingkan dan khemah menjadi makmur dapat diberikan, namun ada hal perhitungan yang lebih besar yang kebanyakan orang tidak peduli – maut dan Hari Penghakiman. Pengemis Lazarus tiada rumah di dunia ini, tetapi dia menjadi makmur di syurga, sementara orang kaya yang hidup mewah di dunia ini digulingkan dan diseksa di neraka (Luk 16:19-31).
Apakah yang dapat kamu buat? Ajarlah anak-anakmu dan cucu-cucumu Alkitab supaya mereka dapat takut akan Allah dan memegang perintah-perintahNya, sebab peraturan-peraturanNya ialah kehidupan, hikmah, dan kewajaran salasilah keluargamu (Ula 4:5-8; 6:4-9; 32:46-47; Maz 34:11; 78:1-8; Yoe 1:1-3; Efe 6:4). Pastikan keutamaan-keutamaan mereka ialah Yesus Kristus dan syurga, supaya jangan mereka menjadi penyembah perut yang memikirkan hal-hal bumi (Flp 3:18-19; Kol 3:1-4; Ibr 11:8-10,13-16). Doakanlahmereka setiap hari.