14:12
Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya merupakan jalan-jalan maut.
Kamu musuh sendiri yang paling teruk. Kamu akan menyebabkan lebih kepedihan dan lebih masalah kepada dirimu sendiri daripada sepuluh musuh. Jiwamu sendiri ialah bahaya yang paling teruk di dalam kehidupanmu. Dengan amaran-amaran sedemikian, manusia tidak akan mahu percaya kepada fikiran mereka sendiri, kan? Tidak! Sementara kamu sedang membinasakan dirimu sendiri, kamu akan fikir apa yang kamu sedang buat adalah betul sepenuh-penuhnya. Kamu tidak akan nampak kebinasaan.
Amsal-amsal yang lain juga mengajar amaran ini. “Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya merupakan jalan-jalan maut” (Ams 16:25). “Jalan orang bebal adalah betul di matanya sendiri: tetapi dia yang mengendahkan nasihat adalah berhikmah” (Ams 12:15). “Dia yang percaya kepada hatinya sendiri ialah orang bebal: tetapi sesiapa yang menjalani hidup dengan berhikmah, dia yang akan diselamatkan” (Ams 28:26).
Sesetengah pilihan membawa maut. Pertimbangkan anak-anak Daud. Amnon fikir ia betul untuk merogol adiknya sendiri: dia mati kerana itu (2Sam 13:1-39). Absalom fikir ia betul untuk mencuri kerajaan ayahnya: dia telah mati kerana itu (2Sam 15:1-6; 18:1-18). Adonia fikir ia betul untuk memakai ibu Salomo untuk merayu untuk Abisag: dia telah mati kerana itu (1Raj 2:12-25).
Sesetengah pilihan membawa kematian jiwa. Simson fikir ia betul untuk berdating dengan orang yang bukan percayawan, tetapi perempuan itu meninggalkan Simson dalam keadaan buta dan terbinasa, sementara mengirik di penjara (Hak 16:1-21). Salomo fikir ia betul untuk berkahwin dengan orang bukan percayawan, tetapi mereka memalingkan hatinya kepada sembahyang berhala (1Raj 11:1-13). Rehabeam fikir ia betul untuk lebih menyukai para penasihat yang muda, tetapi dia kehilangan sepuluh suku kaum kerana itu (1Raj 12:1-19).
Sesetengah pilihan membawa maut kekekalan – atau maut yang kedua – yang merupakan seksaan kekal di lautan api (Wah 20:14). Semua pembohong akan ada bahagian mereka di lautan api (Wah 21:8), dan demikian juga dengan semua penzina (Wah 21:8). Sementara itu kejutan kepada kebanyakan orang, yang takut dan yang tidak percaya akan juga berada di sana mendampingi para orang keji dan para pembunuh (Wah 21:8). Satu-satunya keselamatan daripada maut ini adalah untuk adanya nama tertulis di dalam kitab kehidupan yang menyenaraikan orang yang bagi mereka Yesus mati (Wah 2:11; 20:6,15).
Hatimu penuh dengan perdayaan melebihi segala sesuatu (Yer 17:9). Ia berbohong kepadamu lebih daripada semua orang lain, tetapi kamu percaya kepada hatimu. Ia sungguh-sungguh durjana, dan dengan demikian kamu tidak boleh menanggapi bahayanya terhadap dirimu, kalau tidak disampingi amaran-amaran Alkitab. Nas ini berakhir dengan kesimpulan, “Siapakah yang dapat mengenalnya?”
Mengapakah kamu dengan naluri dan dengan yakin fikir bahawa gagasan-gagasanmu lebih baik daripada orang lain? Ini kebebalan angkuh sikap mengasihi diri sendiri dan narsisisme. Inilah perdayaan terkutuk yang menganggap diri sendiri lebih unggul daripada yang lain. Ini disebabkan keangkuhanmu, iaitu dosa iblis (1Tim 3:6). Kamu sampai ke bumi ini dengan pandai mengotorkan diri sendiri beberapa kali setiap hari dan hanya dapat hidup kerana ibubapa buat segala-galanya bagimu, tetapi tambah beberapa tahun kamu sudah fikir kamu lebih tahu daripada mereka dan daripada semua orang yang lain!
Hai anak, kamu fikir kamu boleh menderhakai ibubapa. Kamu yang kalah (Ams 30:17)! Hai isteri, kamu fikir kamu boleh menahan dirimu daripada suami. Kamu yang kalah (Ams 30:21-23)! Hai suami, kamu fikir kamu boleh mengabaikan isterimu. Kamu yang kalah (Ams 5:15-23)! Hai teruna, kamu fikir kamu boleh main cinta dengan perempuan sundal. Kamu yang kalah (Ams 7:25-27)! Hai ibubapa, kamu fikir mendidik anak terlalu sukar. Kamu yang kalah (Ams 29:15)! Hai Pastor, kamu fikir kamu boleh mengubahkan firman Allah atau sembahyangNya. Kamu yang kalah (Ams 21:16)!
Daripada ingin merasa dan berfikir, kamu sebaliknya harus ingin mendengar dan belajar. Gagasan-gagasan yang dijanakan dari dalam sanubari selalunya kurang unggul dengan apa yang ditemui dalam Alkitab, yang merupakan hati dan minda Allah. Kamu boleh sebenarnya mendengar orang punya hati durjana yang terperdaya dan yang sungguh-sungguh durjana ketika orang itu menuturkan hal seperti, “Aku ada damai tentang itu”, atau, “Aku fikir bahawa jalan itu salah”, atau, “Aku tidak rasa bahawa apa yang demikian adalah betul”, atau, “Hatiku memberitahuku bahawa kamu salah”. Betapa karutnya itu!
Keselamatan hanya ada kalau kamu tidak percaya kepada hatimu; kalau mentaati guru-gurumu, ibubapamu, dan para penasihatmu; kalau membawa setiap fikiran untuk ditawankan kepada ketaatan Alkitab; dan dengan segala ketekunan menjaga hati supaya kekal di ketaatan Alkitab (Ams 4:23; 2Kor 10:4-6). Jangan sesekali biar mindamu memikir di luar firman Allah (Maz 119:128). Itu bermaksud bahawa kamu harus belajar Alkitab, dan belajarnya dengan baik (Maz 119:11). Jangan sesekali mengizinkan fikiran cabul bahawa kamu boleh terlepas kalau derhaka (Ula 29:18-20).