14:10
Hati itu mengenal kepahitannya sendiri; dan orang asing tidak masuk campur dengan sukacitanya.
Hanya kamu yang mengenal duka dan sukamu sendiri. Orang lain mungkin mengambil berat atau menyatakan mereka mengenalmu, tetapi mereka betul-betul tidak mampu dan tidak dapat berbuat sedemikian. Dan jika kamu ingin bersimpati dengan yang lain dan menolong mereka, kamu harus perlahankan diri dan memandang lebih dalam. Akhirnya, Yesus lah yang mengenal kawan-kawannya dengan sempurna.
Kamu adalah seorang individu yang tersendiri, sama seperti setiap emping salji berlainan. Kedalaman kepahitan dan kemuncak kesukaan perasaanmu itu tidak dapat dikenali atau dihargai sepenuhnya oleh orang lain. Hatimu, jiwamu, mindamu, dan hati nuranimu membentuk suatu set peribadi perasaan dan fikiran yang hanya dikenali oleh kamu dan Pencipta kamu. Orang lain tidak dapat mencari atau menjelaskan perasaanmu yang benar.
Siksaan dan kesakitan di dalam jiwamu oleh keadaan sekeliling, ketakutan, rasa salah, atau rasa tidak berharapan itu adalah milikmu sendiri dan tidak dapat dirasakan atau difahami oleh seseorang yang asing, iaitu sesiapapun yang diluar daripadamu. Seseorang yang asing, atau sesiapapun yang diluar jiwamu, tidak dapat menanggap dan menghayati kesukaan hatimu seketika kamu dipersonakan oleh keadaan sekeliling, oleh harapan, oleh kasih, atau oleh kejayaan.
Tidak ada seorang kawan pun yang mengenal perasaanmu sepenuhnya, meskipun betapa dia bersimpati. Tiada ahli psikologi yang dapat menyukat kepedihanmu atau kegembiraanmu, atau punca yang menyebabkan ia begitu. Tiada pastor yang dapat menjelaskan dengan sepenuh-penuhnya keraguanmu atau keinginanmu. Kamu bersendirian di dalam alam jiwamu sendiri. Faktor-faktor bergabung yang membentuk perasaan orang lain sangat berbeza daripada kamu, atau sesiapapun yang lain.
Amsal ini ialah sesuatu pemerhatian oleh Solomo tentang kewujudan manusia. Paulus mengesahkannya, “Sebab siapa gerangan yang mengenal hal-hal seorang manusia, kecuali roh manusia itu yang ada di dalamnya?” (1Kor 2:11). Setiap peribadi adalah seorang individu tersendiri dengan perasaan, iaitu kedua-dua perasaan negatif dan perasaan positif yang tidak diketahui orang lain. Kajian yang teliti akan mendedahkan tiga pelajaran yang didapati di dalam pemerhatian am ini.
Pelajaran pertama adalah untuk menerima hakikat bahawa orang lain tidak dapat menanggap sepenuhnya kedukaan atau kesukaanmu, yang mungkin akan menyebabkan kekeliruan atau pengabaian. Ampunilah mereka. Dan yang bertentangan itu juga benar: kamu tidak dapat betul-betul mengenal atau bersimpati dengan orang lain. Ampunilah mereka juga bagi perasaan mereka yang mendalam yang mengubahkan penampilan atau perangai mereka. Hikmah memberi ruang oleh sebab keindividuan ini.
Oleh sebab itu, apabila kamu berurusan dengan orang lain, kepekaan dan toleransi yang cukup banyak harus ada, sebab kamu tidak tahu penyebab, sifat, atau kedalaman perasaan yang mungkin mempengaruhi mereka. Dengan demikian, kasih Alkitabiah sangat perlu (1Kor 13:4-7), pedoman penting itu sungguh tidak boleh diabaikan (Luk 6:31), dan empati [kemampuan memahami dan merasakan perasaan orang lain] haruslah diamalkan (Rom 12:15; Ibr 10:24; 13:3).
Pertimbangkanlah beberapa contoh. Eli langsung tidak nampak kepahitan jiwa Hana (1Sam 1:10-16).Gehazi tidak dapat menanggap kepedihan perempuan Sunem itu (2Raj 4:27). Ketiga-tiga kawan Ayub merupakan penghibur yang teruk (Ayub 13:4; 16:2). Tuhan punya tiga murid yang terpilih itu mengabaikan Manusia Penuh Kesedihan itu di dalam waktu paling sengsaranya (Mar 14:32-42). Dan Paulus kena mempertahankan diri sendiri kepada orang Korintus (2Kor 12:15).
Mikal memandang hina Daud bagi sembahyangnya yang tidak terbatas itu, sebab jiwa Mikal yang cetek dan badaniah itu tidak dapat menanggap kesukaan dan kasih Daud kepada Allah (2Sam 6:16,20). Dia suka perwira tentera itu (1Sam 18:20), tetapi memandang hina semangat keagamaannya (1Sam 13:14). Dia telah hilang suaminya dan kedudukannya oleh sebab ketidakpekaannya itu (2Sam 6:21-23). Mikal sepatutnya menghargai keamatan pujian Daud itu.
Berfikirlah akan orang lain dan jadilah peka kepada perasaan dan fikiran mereka, baik ia negatif mahupun ia positif. Ada lebih daripada apa yang hanya dapat dinampak. Pandanglah lebih dekat! Celakalah orang yang isterinya menitis air mata baik luaran mahupun dalaman oleh sebab kepedihan perkahwinan (Mal 2;10-16; Kol 3:19; 1Pet 3:7)! Celakalah perempuan yang suaminya ditolak kasih dan keintiman yang diingini tubuh suaminyaitu (1Kor 7:1-5)!
Celakalah kepada ibubapa yang kritik dan bersikap terlampau menguasai itu (Ams 4:3; 31:2; Kol 3:21)! Celakalah majikan-majikan yang tidak peka (Ams 29:21; Ula 24:14-15; Efe 6:9)! Celakalah kepada pastor yang berbuat kasar dengan ahli-ahli gereja (1Tes 2:7; 1Pet 5:3)! Celakalah orang yang mengabaikan orang miskin (Ams 21:13; 29:7; Ayub 31:13-22)! Celakalah orang yang gagal memikiran semula kesalahannya dan memperbetulkannya (Mat 5:21-26)!
Orang Kristian, ada pelajaran yang lebih baik! Walaupun tiada orang yang lain yang dapat mengaitkan diri dengan rohmu, ada seorang Kawan yang boleh. Yesus Kristus, Allah di dalam daging, merasakan semua kesakitanmu, dan Dia telah mengalami kesemua godaan yang kamu hadapi (Ibr 4:12-15). Dia boleh membantu kamu di dalam saat yang paling gelap (Ibr 2:18), dan Dia boleh memberi damai sejahtera yang melampui segala akal (Fil 4:7).
Satu-satunya sukacita benar yang dapat dialami manusia ialah kurnia Allah oleh RohNya (Gal 5:22-23; Rom 15:13; Peng 5:20). Tiada sengih-sengih bebal atau berbuih di dalam mulut dengan sukacita ini, sebab Allahlah yang berbicara langsung kepada jiwamu pada paras yang orang lain tidak dapat mengesan. Pemeteraian kamu sebagai anakNya termasuk mengisi jiwamu dengan kasihNya (Rom 5:5; 8:15-16).
Orang yang berjalan dengan Allah boleh menari di dalam bencana ekonomi (Hab 3:17-19), dan mereka boleh menyanyi di dalam penjara yang dalam, walaupun telah ditelanjangkan dan dipukul (KPR 16:22-25). Mereka boleh menemui hiburan dalaman meskipun rakan-rakan mereka ingin melempar batu kepada mereka (1Sam 30:6). Hadirat Allah dan persekutuan dengan hati manusia boleh mengatasi apa-apapun (Maz 27:1-6; 46:1-5; 73:23-38).
Pertimbangkan Ibrani 4:12 tentang Firman Allah. Banyak yang salah anggap ini sebagai firman yang tertulis, iaitu Alkitab. Tetapi tiada apa di dalam ayat itu yang berkenaan dengan Alkitab, dan konteks itu membuktikan bahawa nas itu berbicara tentang Yesus Kristus (Ibr 4:13-14). Dia boleh membezakan antara jiwa dan rohmu. Dia mengenal fikiran dan niat hatimu. Pergilah kepada Dia (Ibr 4:15-16).
Adakah kamu menanggung kerisauan? Amsal ini mengajar bahawa orang lain tidak dapat tahu akannya. Tetapi jika kamu menaruh kerisauan kamu kepadaNya, Dia membela kamu dengan cara yang tak terbandingkan (1Pet 5:7). Adakah kamu sedang berjerih-perih? Orang lain tidak dapat membantu banyak. Tetapi Dia boleh memberi ketenteraman kepada jiwamu (Mat 11:28-30). Dia boleh menjadi kesukaanmu yang berkelimpahan dan ganjaranmu yang berkelimpahan (Kej 15:1; Maz 43:4). Kamu dapat bercakap dengannya pada bila-bila waktu siang dan malam, dan Dia akan selalu mendengar dan membantu (Maz 62:8; 142:2).
Apabila kamu rasa ditenggelamkan, Allah sendiri boleh menjadi Kawanmu (Maz 61:2; 142:3). Dia mengumpul semua titisan air matamu di dalam botol: Dia tidak akan terlepas suatu titisan pun, baik dalaman mahupun luaran (Maz 56:8). Kamu boleh meluahkan hatimu kepadaNya (Maz 62:8). Sementara Dia dapat membantu di dalam kepahitan jiwamu, dan Dia boleh memberi sukacita syurgawi, siapakah lagi yang kamu perlukan (Maz 73:25-26)? Janganlah bergantung kepada yang lain bagi hiburan dan sukacitamu, sebab hanya Dia yang benar-benar mengenal dan mengasihimu.