14:13
Dalam gelak ketawa pun hati itu berdukacita; dan akhir kemeriahan itu ialah kepiluan.
Dunia ini sedang ketawa diri mereka ke neraka. Masyarakat gila akan lawak jenaka, kartun, komidi, sitkom, parti, kemabukan, dan benda kimia untuk mengubahkan mood. Ketawa dipakai untuk menutupi kekosongan hati dan untuk memperdayakan orang lain bahawa segalanya baik. Tetapi kesunyian sesudah yang semberono itu lesap sungguh meremukkan hati.
Kehidupan tidak seronok. Kematian ialah masa depan yang teruk benar. Neraka tidak lucu. Suatu parti atau kebebalan mabuk tidak dapat menghapuskan kenyataan pedih akan kehidupan disfungsi, harapan yang tidak digenapi, kepastian maut, dan kemungkinan terlaknat kekal. Manusia tidak boleh berbuat lebih untuk melupakan kepedihan dan masalah mereka. Ketika ketawa itu berakhir, hati merasa lebih pilu dalam dukacita.
Apakah ketawa yang ada dukacita di sebaliknya? Apakah kemeriahan yang berakhir dalam kepiluan? Ini tidak mungkin ketawa dan kemeriahan orang benar, sebab kebahagiaan mereka mengalir daripada hati yang dipenuhi dengan kepuasan, harapan, sukacita, dan damai sejahtera. Amsal ini mesti berkaitan dengan ketawa orang durjana, yang sedang diterangkan dalam amsal sebelum dan amsal kemudian (Ams 14:12,14).
Pertimbangkan kehidupan orang bebal. Solomo menaakuli kehidupan paling elok yang dapat ditawarkan dunia, dan dia menyimpulkan semuanya sebagai kesia-siaan dan kegemasan roh (Pkh 1:14). Kehidupan terlalu singkat; ia tidak pernah mencapai harapan; ia dipenuhi dengan kesesakan dan dukacita; jiwa tidak berpuas hati dengan seberapa banyak jumlah apa pun; maut adalah manis kalau dibandingkan dengan penghakiman yang mengekorinya (Pkh 12:13-14).
Tidak hairanlah dunia ini menciptakan taman-taman hiburan. Merenung adalah untuk menimbang dan memikir. Menghibur adalah untuk menggantikan aktiviti-aktiviti terkawal itu dengan kesemberonoan dan karut. Maka mereka berbelanja besar untuk menikmati kebebalan untuk mencari kepuasan, tetapi mereka harus tidur pada malam itu dengan pengetahuan bahawa itu merupakan peralihan perhatian yang mahal dan yang tidak munasabah dan langsung tidak berkesan. Kesemuanya kekosongan.
Tidak kira apa pun yang orang bukan percayawan berkata, mereka tidak bahagia. Itu mudah dikesan. Yang ada keadaan yang paling elok, yang dunia paling mengagumi, ada kesengsaraan yang paling besar. Pertimbangkan bintang-bintang Hollywood. Kehidupan kasihan mereka dengan penceraian, bunuh diri, kemabukan, dadah, dan gejala-gejala disfungsi yang lain menyatakan apa yang sebenar. Mereka kekosongan, sengsara, dan sedang mencari. Alkitab memanggil mereka “ombak yang bergelora di laut, yang membuih-buihkan keaiban mereka sendiri; bintang-bintang yang merayau, yang bagi mereka telah tersimpan kehitaman kegelapan untuk selama-lamanya” (Yud 1:13).
Ketika hatimu penuh berduka kerana insaf, kerana menyelidiki diri sendiri, atau kerana kerugian, mencari ketawa bukanlah penyelesaiannya, sebab ketawa luaran terkekek-kekek tidak mendatangkan apa pun kebaikan kepada jiwa seseorang. Tambahan lagi, Solomo berkata bahawa menyanyi lagu kepada orang yang pedih hati merupakan perbuatan yang kejam (Ams 25:20). Hati yang insaf dan yang tersesak harus mencari penghiburannya dalam Allah, dan bukan dalam ketawa, sebab kemeriahan yang sebegitu palsu dan pura-pura akan membawa lebih kesedihan dan kekecewaan.
Penggubah lagu “Amazing Grace” [Ajaib Rahmat] juga telah menulis, “Nikmat si duniawi lesap, semua kegemilangannya; sukacita apa yang kekal hanya anak Sion mengenalnya”. Hai pembaca, adakah kamu tahu kebenaran kata-katanya? Carilah Allah syurgawi pada hari ini. Orang yang telah cuba kedua-dua jalan hidup bersumpah lebih ingin kehidupan yang benar (Maz 73:25-26; Pkh 12:13-14).