Amsal · Proverbs

14:15
Orang pandir percaya akan setiap perkataan: tetapi orang berhemat memandang rapi ke mana dia pergi.

Sikap curiga ialah nilai murni. Sikap berhati-hati ialah tanda kemuliaan. Menuntut bukti ialah hikmah. Hanya orang bebal dan yang bodoh percaya segala yang mereka dengar atau baca. Seorang lelaki yang berhikmah dan yang berjaya akan menyelidiki hal-hal dengan teliti, sebelum dia membuat keputusannya. Dia memahami risiko dan ganjaran sebelum dia pilih suatu rancangan tindakan. Dia tidak membuat apa pun dengan nasib atau harapan semata-mata.

Amsal adalah untuk keselamatan dan kejayaan. Ia salah satu yang terbaik. Hafalnya. Ia akan kerap kali menyelamatkanmu (Ams 22:3). Kamu hidup pada zaman yang buruk. Manusia lebih percaya kepada apa yang berbunyi benar daripada pemahaman yang sihat. Ledakan maklumat mengemukakan bertubi-tubi data yang baru setiap hari. Juru jual talian telefon, katalog pos peti surat, iklan, infomersial, iklan timbul kejut, dan Internet melemparkan pendapat, cadangan, dan produk kepadamu. Allah mengilhamkan Solomo untuk menyelamatkanmu dengan pepatah yang ringkas ini.

Orang pandir adalah mudah terperdaya. Mereka tidak cerdik. Mereka tidak ada kemahuan atau kemampuan untuk menyoal dan mengkritik maklumat yang baru. Jika ia berbunyi baik, dan ia sesuatu yang diingini mereka supaya benar, maka mereka akan percaya itu. Jika orang lain ghairah akan itu, mereka akan teruja. Jika ia dalam cetakan, mereka akan percaya ia benar. Jika pihak yang nampaknya berkuasa menyatakan itu, mereka percaya itu dengan sepenuhnya, meskipun tanpa bukti. Jika orang asing menyatakan bahawa ia mujarab bagi diri sendiri, maka itu menjadi bukti yang cukup untuk membelinya.

Orang berhemat adalah berhikmah. Mereka ada budi bicara. Mereka tidak mudah diperdayakan. Mereka curiga akan apa pun yang berbunyi terlalu baik, terlalu mudah, terlalu kemas. Pepatah, “Ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan”, ialah pedoman hidup mereka. Mereka tidak mudah kagum akan apa yang tercetak, kata-kata oleh pihak berkuasa, atau kesaksian-kesaksian daripada orang asing. Mereka mahu bukti, dan itu haruslah sah. Jika orang mudah teruja, mereka menyimpulkan bahawa ia tentulah salah. Pendapat majoriti, di masyarakat ini yang jahil dan yang cabul, menakutkan mereka jauh-jauh.

Belajar untuk menolak segalanya tanpa bukti, dan belajar asas-asas untuk melaksanakan penilaian terhadap bukti. Suatu kesaksian bukanlah bukti tentang apa pun; suatu lukisan bagaimana kuda melalui evolusi ialah khayalan. Sistem pendidikan awam mengabaikan logik dan retorik: mereka mahu kamu cukup mudah terpengaruh supaya dapat percaya kekuasaan mereka, yang merupakan para pendidik, media massa, dan para penghibur. Iaitu orang yang tidak satu di antara mereka pun, pada zaman penolakan Alkitab ini, ada sedikit pemahaman tentang kebenaran dan kesalahan. Lihatlah ulasan Amsal 13:16.

Manusia mudah terpengaruh kepada tipu muslihat dari beberapa segi. Orang tua mendambakan rawatan untuk masalah keuzuran dan penyakit, maka mereka membeli majalah yang dipenuhi dengan spekulasi kesihatan, iklan yang menipu, dan kesaksian mukjizat. Orang muda pula ingin tampil seperti Hercules, maka mereka menelan sebegitu banyak tepung tambah berat daripada kedai sama yang dilawati nenek tua itu! Sudah tentulah, pada jangka masa dua puluh tahun, mereka akan mencuba suatu formula tepung yang baru untuk membuang berat badan itu!

Sesetengah orang terjerat dalam penipuan kewangan, kerana mereka mahu untung berjuta-juta dengan mudah! Orang lain kegilaan konspirasi dan mengelak juruwang elektronik di kedai barang runcit, kerana takut menerima tanda binatang itu! Orang yang kegilaan keselamatan berhenti terbang dalam pesawat, kerana dalam penerbangan mereka, di antara 100,000 setiap hari, mungkin ada seorang penumpang yang memiliki kasut yang terpasang bom! Dan kaum ibu pula main bunyi ombak bawah sedar kepada anak-anak mereka yang sedang tidur supaya mengajar mereka untuk berenang!

Banyak orang memegang kepercayaan bahawa evolusi itu sains, walaupun ia melanggari kaedah-kaedah sains yang utama. Banyak orang membeli loteri judi dengan anggapan bahawa mereka ada peluang nasib kerena mereka nampak seorang pemenang di kaca televisyen. Banyak orang bersembahyang kepada Joel Osteen kerana dia berulang-ulang kali menyatakan bahawa mereka semua boleh menjadi jutawan yang senyum seperti dirinya. Banyak orang membakar jenazah saudara mara kerana rumah pengebumian menyatakan bahawa ia lebih baik daripada pengebumian. Banyak orang menjadi vegetarian [orang yang pantang daging] kerana guru yang kurus lemah mereka menyatakan bahawa ia boleh mendekati allah.

Bagaimanakah kegilaan bunga Tulip di Holland terjadi pada tahun 1637? Atau terjadinay buih dot.com pada tahun 1997-2000? Bagaimanakah Amerika menterbalikkan pendapat mereka tentang hal sodomi dalam hanya satu generasi? Mengapa menuduh bank untuk krisis bunga tinggi pada gadai janji hartanah pada 2007-2009, meskipun mereka itulah yang telah menerima pinjaman wang itu? Bagaimanakah mungkin sesiapa pun mahu membeli tiket untuk menonton wayang Heaven Is For Real? Bagaimanakah jualan berjaringan masih dapat wujud sementara 98% kehilangan wang kerana membeli barang yang terpasang harga melampau untuk dijadikan untung 2% orang atasan?

Banyak orang Kristian mengamalkan pembaptisan bayi, walaupun langsung tidak disebut pun dalam Alkitab. Orang Karismatik di banyak tempat menuntut diri sebagai rasul, walaupun Paulus merupakan rasul yang terakhir. Tuntutan SDA [Seventh Day Adventist] yang menjadikan mereka terkenal ialah nubuatan palsu mereka akan kedatangan Tuhan pada tahun 1844, namun mereka masih ada berjuta-juta pengikut. Orang Katolik di Misa memakan biskut wafer yang dituntut mereka merupakan tubuh, darah, jiwa, dan keilahian Yesus Kristus tanpa apa pun bukti Alkitab atau bukti saintifik.

Hai ibubapa, ajarlah anak-anakmu untuk curiga. Ia boleh dijadikan seronok. Tunjukkanlah mereka iklan palsu yang kamu dapat tentang cuti belayar yang percuma ke Tahiti. Tunjukkanlah mereka cetakan yang halus akan syarat-syarat yang mewajibkanmu untuk pergi ke kota Mexico untuk bertolak dan kontrak untuk menyewa kondo yang mahal di empat benua di dunia untuk empat tahun. Ajarlah mereka untuk membaca cetakan yang halus, dan mengajar mereka untuk memandang sepenuh kitaran, iaitu maksud circumspection [kewaspadaan] (Efe 5:15).

Ajarlah anak-anakmu salah satu pelajaran kehidupan yang paling utama – tiada apa yang percuma. Ajarlah satu pelajaran lagi – tiada orang asing yang mengasihi mereka. Juru jual dan infomersial ada satu matlamat sahaja, untuk mengambil wang dari kocek mereka bagi keuntungan sendiri. Ajarlah mereka bahawa Alkitab ialah satu-satunya buku untuk percaya secara mutlak. Ajarlah mereka bahawa Allah ialah satu-satunya Peribadi yang boleh dipercayai sepenuhnya. Peringatkan mereka bahawa hanya Allah dan orang salih yang memang ada niat tulus akan kejayaan masa depan mereka.

Tontonlah Berita Malam bersama-sama, dan tunjukkanlah mereka cakap ceceh si pemberita, tidak kira siapa pun orang itu. Lihatlah sandiwara Benny Hinn di KKR [Kebaktian Kebangkitan Rohani] dia. Beritahu mereka bahawa dia tidak pernah menyembuhkan sesiapa pun dan menapis setiap pesakit beberapa kali sebelum mereka dapat sampai ke pentas. Bacalah kisah Raja Tanpa Baju kepada mereka, dan jelaskan betapa kerap kali anak-anakmu kena menyatakan, “Tetapi raja tidak memakai apa pun pakaian!” di dunia ini yang dicabuli tularan tekanan rakan sebaya.

Kamu hidup pada masa yang membahayakan di zaman akhir (2Tim 3:1). Maklumat sungguh didambakan. Sekolah dan ijazah, buku dan media yang lain, berganda bilangannya dengan tidak terhingga. Manusia pula sudah mabuk dengan maklumat, tetapi tiada kebenaran! Paulus memberi amaran, “Selalu belajar, dan tidak mampu mendekati pengetahuan akan kebenaran” (2Tim 3:7). Dan keadaan itu tidak akan bertambah pulih, kerana dia telah menyatakan, “Tetapi manusia jahat dan para penggoda akan bertambah semakin buruk, sementara menyesatkan, dan disesatkan” (2Tim 3:13).

Hai kaum suami, lindungilah isterimu. Syaitan mencuri minda Hawa untuk hanya sepuluh saat di Taman Eden, dan Paulus memberi amaran tentang munculnya orang jahat beragama yang mahu memerangkap orang tolol – lemah dan mudah terpengaruh – perempuan (2Tim 3:6). Lindungilah bejanamu yang lebih lemah itu (1Kor 14:34-35; 1Pet 3:7). Apakah rawatannya? Keyakinan dan pengetahuan Alkitab dan seorang pastor yang akan berkhutbah terutamanya kepadamu dan membekalkan galakan dan doktrin untuk memimpin keluargamu (Maz 119:128; 2Tim 3:14-4:4)!

Di sinilah hikmah yang bernilai. Dalam kehidupan, ada kebenaran dan kesalahan. Orang berhikmah akan menguji segala sesuatu, menolak apa yang salah, dan dengan teguh memegang kebenaran. Paulus telah mengajar peraturan ini ketika dia menulis, “Ujilah segala sesuatu; berpegang teguhlah kepada apa yang baik” (1Tes 5:21). Orang Berea disebut mulia kerana menyemak Alkitab untuk menguji sampai Paulus juga (Kis 17:11). Mereka tidak pandir. Mereka tidak percaya kerana terikut-ikut gerak hati; mereka membuktikan kata-kata Paulus. Janganlah menaruh percaya kepada setiap roh (1Yoh 4:1-6)!

Allah ialah kebenaran yang mutlak, dan firmanNya ialah kebenaran yang mutlak (Ula 32:4; Yoh 17:17). Syaitan ialah pembohong dan bapa segala bohong; dia ketandusan kebenaran dalam dirinya (Yoh 8:44). Dan semua orang saling mengikuti satu sama lain. Tiada tempat yang neutral (Gal 1:8-9; Efe 2:1-3; 1Tim 6:3-5). Melalui kelahiranmu yang pertama, kamu suka kepada bohong (Yoh 8:45). Tetapi sebagai anak-anak Allah, kamu boleh mengikuti kebenaran, jika kamu membuktikannya dan mengejarnya (Yoh 8:47; 1Kor 2:15; Yud 1:3). Biar Allah benar (Rom 3:4)!