Amsal · Proverbs

14:16
Orang berhikmah takut, lalu meninggalkan kejahatan: tetapi orang bebal meradang, dan adalah yakin.

Di sini ada perbandingan orang berhikmah dan si bebal, dengan menunjukkan kedua-dua perangai dan perilaku mereka. Ikut dengan rapat untuk belajar pelajaran ini bagi kehidupanmu. Kamu patut melihat kedua-dua akhlak dan perangai manusian, dan kamu patut belajar dan mengingati perbezaannya dengan baik-baik. Ayub juga mengajar bahagian pertama pelajaran ini dengan kata-kata yang sama dalam karangannya tentang hikmah (Ayb 28:28).

Orang berhikmah ada ketakutan. Dia ada keseganan yang takut akan Allah, yang merupakan permulaan hikmah dan seluruh tugas manusia (Ams 9:10; Pkh 12:13; Maz 111:10). Dia takut akan hatinya sendiri, sebab dia tahu betapa durjana itu (Maz 19:12-13; 51:10; 119:36; Yer 17:9). Dia takut akan kekuasaan, sebab Allah telah menaruh orang lain mengatasinya (24:21 Pkh 8:1-5; Efe 6:1-3,5-8; 1Pet 3:1-2; Ibr 13:17).

Tetapi si bebal ada kemarahan yang gopoh. Dia marah terhadap Allah, sebab Allah tidak memberi dia segalanya yang dia mahu dan mengongkong kehidupannya (Ams 19:3; Maz 2:1-3; Luk 19:14). Dia marah terhadap orang benar, kerana menjalani hidup yang lebih kudus daripadanya (Mar 15:10; Pkh 4:4; Kis 13:45). Dia marah terhadap kekuasaan, sebab dia enggan mentaati orang lain (Ams 21:9; 2Pet 2:10-12; Ula 21:20).

Kain orang bebal; dia dengan gopoh beriri hati dengan Habel, kerana Allah menolak persembahan Kain (Kej 4:4-8). Uzia orang bebal; dia dengan marah memasuki bait suci, walaupun para imam memberi amaran kepadanya (2Taw 26:16-21). Herodias meradang terhadap Yohanes, kerana menegur perkahwinannya yang berzina Herodes (Mar 6:17-28). Ketiga-tiga orang dengan angkuh dan meradang menentang Allah dan hamba-hambanya.

Ketakutan orang berhikmah menyebabkannya untuk meninggalkan kejahatan (Ams 3:7; 14:27; 16:6). Dia nampak penghakiman datang, dan dia berpaling daripada kedurjanaannya dengan pertaubatan yang salih (Ams 16:17; 22:3). Ketika dia mendengar amaran daripada Tuhan, dia mendengarnya dan mentaatinya (Ams 17:10; Maz 19:11; Yeh 3:21).

Tetapi si bebal punya kemarahan yang gopoh menyebabkannya untuk menjadi yakin dalam perbuatan jahat. Dia percaya dia betul dan tidak ada apa-apa pun yang akan terjadi kepadanya (Ams 7:22; 14:12; 26:12). Tiada kemuliaan dalam keyakinan demikian – ia dosa yang teruk berdasarkan cemuhan, keangkuhan, kedegilan, dan pemberontakan.

Ketika Natan mencela Daud, Daud bertaubat (2Sam 12:13). Ketika Yunus memberi amaran kepada kota Ninewe, mereka bertaubat (Yun 3:5). Ahab pun bertaubat, ketika diberi amaran oleh Elia (1Raj 21:27-29). Semua orang ini menerima belas kasihan kerana takut dan meninggalkan kejahatan. Maka orang berhikmah menyelidiki dirinya sendiri dengan bantuan Allah untuk memastikan tiada kejahatan dalam hatinya (Maz 139:23-24).

Tetapi ketika Musa memberi amaran kepada Firaun, dia mengeraskan hatinya (Kel 8:32); dan ketika dia memberi amaran kepada Korah dan teman-temannya, mereka menyangkal dia (Bil 16:1-19). Ketika Hanani memberi amaran kepada Asa, Asa dengan marah melemparkannya ke dalam penjara (2Taw 16:7-14). Dan walaupun Tuhan kita Yang Berbahagia memberi amaran kepada generasiNya dengan berulang-ulang, mereka dengan meradang menyalibkanNya. Semua orang ini dihakimi secara keras-keras.

Tanpa belas kasihan Allah, tidak kira apa pun yang dilakukan seseorang, dia tidak dapat membantu si bebal (Ams 27:22; 29:9). Si bebal menentang dirinya dengan keradangan bebal dan keyakinan palsu, dan hanya Allah boleh memberinya pertaubatan untuk diselamatkan daripada si iblis (2Tim 2:24-26). Betapa teruknya keadaan mereka!

Allah dekat kepada orang yang takut akan Dia dan ada hati yang sesal (Maz 34:18; Yes 57:15; 66:2), tetapi Dia menentang orang durjana dan keangkuhan mereka (Ams 15:8,29; 1Pet 3:12). “Berbahagialah orang yang selalu takut: tetapi dia yang mengeraskan hatinya akan jatuh ke dalam kecelakaan” (Ams 28:14). Tuhan tidak akan diperolok-olokkan. Orang yang dengan yakin berdosa akan diremukkan.

Hai pembaca, rendahkanlah dirimu di hadapan Tuhan Allahmu dan jadilah gementar bagi dosa-dosamu. Bertaubat dan berpalinglah kepada Tuhan dengan hati yang takut. Jangan memandai lagi menentang Dia dengan keradangan yang bebal dan keyakinan yang palsu. Bertaubat, dan jadilah selamat daripada penghakiman yang menjelang.