Amsal · Proverbs

14:23
Dalam semua jerih lelah adanya untung: tetapi percakapan bibir hanya cenderung kepada kemiskinan.

Melambung kentang goreng untuk upah yang minima lebih baik daripada mendengar suatu rancangan bisnes untuk menjadi jutawan. Jika kamu berasa geram dengan pernyataan ini, amsal ini berkenaan dengan kamu! Si pelamun dan si penjual mimpi berkhayal untuk berjaya; Orang yang tekun dan salih menetap pada tugas yang lama mereka dan mendapatkan kejayaan melalui kerja keras. Mereka tidak duduk beromong sesama orang yang mengagak (membuat spekulasi) dan mencartakan kekayaan yang diidami daripada niagakhayalan mereka. Rujukilah amsal yang lain (Ams 1:32; 12:11; 13:4; 13:11; 13:23; 14:4; 14:15; 27:23).

Sesetengah orang selalu bercakap akan niaga atau pelaburan yang baru. Mereka penuh dengan idea akan cara mencari wang dan ingat kejayaan mereka dekat-dekat sahaja. Salomo memberi amaran kepada anaknya akan peralihan perhatian dan kesesatan skim cepat kaya. Dia tahu akan “peluang niaga” yang mengujakan dan “rahsia pelaburan” orang bebal yang malas dan si penjual mimpi yang penipu. “Hai anakku, bekerja lebih masa (O.T.) dekat penggoreng lebih baik daripada mendengar cerita orang bodoh ini.”

Dalam semua jerih lelah adanya untung. Misalnya, pakai seorang lelaki muda yang bertekun dan tetap bekerja keras di restoran makanan segera dengan upahnya yang minima. Dalam satu tahun, dia akan menjadi penyelia syif (shift supervisor). Dalam setahun lagi, pengurus syif (shift manager). Sesudah dua tahun, dia akan menjadi pengurus stor. Selepas setia mengurus untuk setahun, dia akan mendapat sebahagian daripada untung restoran ini. Dalam lima tahun lagi, dia akan memiliki setengah daripada perniagaan itu. Dalam lima tahun lagi, dia akan membeli dan mengambil alih perniagaan ini daripada pemiliknya. Senang, pasti dan berjaya! Tidak ada idea yang lebih baik di sini – hanya ketekunan untuk bekerja keras! Kerja melambung kentang goreng ini boleh tahan kan?

Dalam semua jerih lelah adanya untung. Misalnya, pakai lagi seorang lelaki muda yang lain, yang bertekun dan tetap bekerja keras di kilang atau pejabat. Usaha-usaha sebegini akan menjadikan kenaikan gaji dan pangkatnya lebih baik daripada yang biasa. Menabung dan melabur sebahagian daripada gajinya akan mengumpulkan banyak wangbaginya dalam tempoh masa 40-50 tahun kerjayanya. Dia akan bersara pada waktunya yang wajar dengan banyak manfaat syarikatnya, keselamatan sosial (SOCSO) yang secukupnya dan hartanah yang cukup luas. Senang, pasti dan berjaya! Tidak ada idea yang lebih baik di sini – hanya ketekunan untuk bekerja keras! Kerja kilang atau kerja pejabat ini boleh tahan kan?

Dalam semua jerih lelah adanya untung. Seorang lelaki muda yang ketiga oleh nasihat yang berhikmah memantapkan diri di dalam bidang yang memerlukan ijazah sarjana. Amsal ini cukup elok untuk pendidikan vokasional atau ijazah PhD. Dia selesaikan pendidikannya dengan secepat semungkin dengan markah yang cemerlang dan dengan paling kurang hutang. Dia memasuki bidang profesional dengan kemahiran mudah alih, bekerja keras di dalamnya, dan akan memperoleh pendapatan yang melebihi dua contoh yang terdahulu, kalau semua hal yang lain adalah sama. Mudah, pasti, dan berjaya! Tiada gagasan yang lebih baik di sini – hanya kerja keras yang setia di dalam pendidikan akademik dahulu dan kemudian kerjaya! Penuntut sekolah boleh tahan kan?

Tetapi percakapan bibir hanya cenderung kepada kemiskinan. Perhatikanlah orang yang mendambakan gaya hidup orang yang kaya dan yang masyhur: dia membenci kerja gajinya yang menjemukan dan yang bekerja untuk orang lain. Kerja baginya adalah untuk memandu kereta Lexus, menyemak saham melalui telefon bimbit, dan menunjuk-nunjuk jam tangan Rolexnya di restoran-restoran mewah. Dia membaca dan mendengar setiap skim cepat kaya yang tidak tentu.Air liurnya meleleh ketika mendengar pulangan sebanyak 50%, dan dia melabur dengan cukup keras untuk “mengambil kesempatan” akan “maklumat orang dalam”! Skim Ponzi itu membawanya ke ambang kepapaan, dan kerajaan pula kena memberinya wang bantuan golongan B40 untuk membeli makanan!

Tetapi percakapan bibir hanya cenderung kepada kemiskinan. Perhatikanlah orang yang selalu tukar kerja dan selalu terlibat di dalam “peluang niaga” yang baru. Dia menghadiri mesyuarat ghairah yang ada orang-orang lawa dengan kereta pajak, skim piramid untuk perniagaan, dan dengan jam tangan Rolex palsu, yang memberitahunya bahawa dia boleh menjadi kaya – dengan senang sekali! Dia sungguh kagum. Dia bertekad supaya jangan lagi bekerja biasa, dan setiap “peluang niaga” baru dan pelaburan skim cepat kaya berpontensi menjadi penyelamat daripada kerja biasanya. Namun demikian, entah kenapa dia masih tidak pernah menemui kenyataan janji akan kekayaan besar ini.

Hai lelaki muda, lupakanlah impianmu apabila kamu berjaga pada waktu pagi dan basuhlah muka. Sekarang waktu untuk bekerja, bukan waktu untuk tidur dan berkhayal, atau berkhayal dan tidur. Berkhayal itu bukanlah cita-cita. Menjadi optimis (selalu mempunyai harapan yang baik) bukanlah cita-cita. Rancangan berniaga itu bukanlah cita-cita. Bekerja keras dan lebih rajin daripada semua orang lain ialah cita-cita. Lupakanlah fikiran yang bersikap loteri (judi). Kamu tidak akan menjadi bintang bola keranjang yang baru. Hari ini ialah suatu keistimewaan yang bahagia – pakai hari ini untuk berbuat lebih, dan berbuat itu dengan lebih baik, dengan hati yang riang, di dalam kerja yang benar, melebihi orang yang lain. Kamu pasti akan menang.

Di sinilah hikmah kewangan yang diilhamkan Allah daripada orang yang paling kaya dan yang paling berjaya di seluruh dunia. Menanti-nantikan impian adalah untuk orang yang gagal; hanya jerih-perih yang konsisten akan membawa hasil. Kekecualian ialah kebohongan dan ia tidak kekal juga (Ams 13:11). Percakapan adalah murah sahaja. Bercakap tentang wang dengan apa pun cara selain daripada bekerja keras dalam kerja yang bosan adalah mengelirukan, menyesatkan, mengalihkan perhatian, bodoh dan sia-sia. Ia akan merompak jiwamu daripada cita-cita yang diperlukan untuk berjaya.

Banyak syarikat membazirkan untungnya dengan mengambil lebih masa untuk berbincang tentang hal menyimpan wang dan cara menambahkan pendapatannya daripada benar-benar mengeluar dan menjualkan hasil atau perkhidmatannya. Kos sejam untuk mesyuarat peringkat tinggi dengan banyak peserta ini adalah sangat mahal. Syarikat itu lambat-laun mungkin mengisytiharkan kemuflisan supaya melindungi diri. Kerajaan negara pun berbuat perkara yang sama: menganalisis, memperbahaskan dan bermesyuarat dengan kurang usaha yang berhasil untuk betul-betul menangani masalah.

Upah yang minima itu bukanlah tidak baik. Kadar pendapatannya sejam adalah lebih daripada pendapatan sejam semua “pengedar-pengedar” multi-level marketing yang mendengar dan bercakap tentang cara menjadi kaya. Ia lebih daripada pendapatan “pelabur-pelabur” di dalam skim Ponzi (pelaburan kurang risiko dan tinggi pulangannya) dan semua skim pelaburan yang palsu yang mengosongkan wang orang bodoh setiap tahun dalam impian yang bodoh dan harapan yang sia-sia untuk mengelak kerja biasa. Di dalam semua jerih-lelah adanya untung, walaupun upahnya pada kadar minima.

Bukan semua perbincangan perniagaan membawa kepada kemiskinan, sebab adanya keselamatan di dalam penasihat-penasihat yang berhikmah (Ams 11:14). Tetapi penasihat-penasihat yang berhikmah bukanlah mereka yang selalu memancing undimu, menjual pelaburan kepadamu, menjual suatu produk kepadamu atau mempromosikan suatu “peluang”. Berhati-hati! Perbincangan yang dibenarkan amsal ini mestilah objektif (tidak melibatkan pendapat atau prasangka sendiri), hanya berasaskan fakta dan melibatkan orang yang tidak berkepentingan dalam hal perbincanganmu, pihak ketiga, orang yang kritis dan yang berjaya, orang yang bijak. Merekalah yang akan memberitahumu kebenaran, bukan apa yang kamu mahu dengar.

Bersyukurlah untuk kerjamu. Bersyukur untuk kemahiran-kemahiranmu. Bersyukur untuk peluang untuk bekerja keras. Pergilah dan bekerja sekarang! Masuk awal untuk bekerja, pulanglah lambat. Bekerja melebihi jangkaan tugasmu. Jadilah riang; jadilah terhormat. Bekerja dengan semangat kepada Tuhan. Bekerja dengan sabar dengan matamu memandang kepada anugerah syurga. Kamu pasti akan berjaya!

Menanti-nantikan impian ialah apa yang dilakukan budak bebal di atas paha Santa. Apa yang nampaknya terlalu baik untuk kenyataan adalah tidak benar! Ia kesia-siaan yang menyesatkanmu daripada pekerjaan yang benar. Bajaklah tanah kamu sendiri, dan tolaklah ilusi padang yang lebih indah di tempat yang lain (Ams 28:19). Elak dan jangan mempedulikan semua sumber “peluang perniagaan” yang janji lebih daripada pekerjaanmu. Jangan mendengarkan mereka. Jangan membaca promosi bohong mereka. Bertekun di dalam apa yang dihadapanmu.

Kamu juga harus sedar bahawa bercakap tentang perhubungan kamu dengan Tuhan bukan sama dengan ada perhubungan yang benar dengan Tuhan. Janganlah bercakap tentang betapa banyak kamu mengasihi Yesus atau mendengar orang yang ingin memberitahu itu kepadamu. Pergilah bekerja untuk mencari wajahNya dan turutilah perintah-perintahNya. Yohanes telah menulis, “Dia yang berkata, Aku mengenal dia, dan tidak berpegang kepada perintahnya, ialah pembohong, dan kebenaran tiada di dalamnya” (1 Yoh 2:4). Jadikanlah matlamatmu sehari-hari untuk mengutamakan firmanNya, sembahyangNya, dan umatNya. Kamu akan beruntung melalui itu.