Amsal · Proverbs

14:24
Mahkota orang berhikmah ialah kekayaan mereka: tetapi kebebalan orang bebal ialah kebebalan.

Hikmah berhasil! Orang berhikmah bekerja dengan tekun dan dengan berhemat; dia mengelak risiko-risiko yang tidak perlu dan juga skim cepat kaya; dia mencapai kejayaan ekonomi dan kemakmuran. Dia takut akan Allah dan mentaati perintah-perintahNya, yang membawa keredaan ilahi dan berkat-berkat kepada kehidupannya. Kemajuan kewangannya mengesahkan hikmah ini, menghormati usaha-usahanya, dan menunjukkan kelulusan Tuhan.

Kebebalan juga berhasil! Si bebal mungkin kekukangan atau suka membazir; dia mungkin dengan bergegas atau dengan jahil mengejar gagasan-gagasan yang sia-sia; dia selalu tidak mencapai banyak secara ekonomi; dia kekal miskin dan dipandanghina. Dia tidak takut akan Allah atau mengekalkan perintah-perintahNya, dan Tuhan meniup menentang segala usahanya yang lemah. Kebebalannya dan pilihannya yang bebal terang nyata kepada semua orang. Dia dikenali sebagai orang bebal.

Allah tidak menjanjikan kekayaan kepada semua anakNya. Hakikatnya, kebanyakan mereka miskin di dunia ini (1Kor 1:26-29; Yak 2:5). Dia menguji dan menyempurnakan banyak di antara mereka melalui kesesakan ekonomi. Walau bagaimanapun, kalau semua keadaan yang lain sama rata, hikmah akan akhirnya dan pastinya akan membawa kemajuan, kejayaan dan kemakmuran. Tetapi kebebalan akan demikian juga pasti membawa kemerosotan, kebinasaan, kemiskinan, dan masalah. Kedua-dua hikmah dan kebebalan mendapat hasil. Pilihlah hikmah!

Hikmah juga menunjuk arah. Orang berhikmah dengan kekayaan tahu bagaimana untuk memakai wangnya untuk manfaat orang lain dan untuk menghormati dirinya sendiri. Daud kaya, dan dia memahkotai dirinya dengan mulia dengan memakai kekayaannya untuk membayar bagi bait suci yang agung di Yerusalem. Ayub kaya, dan dia dihormati semua orang kerana kesetiaannya dan kemurahannya dalam hal menjaga orang miskin. Barnabas memakai hartanahnya untuk membawa bekalan bagi orang miskin di gereja di Yerusalem. Dan Filemon juga berbuat itu.

Kebebalan mengelirukan diri. Orang bebal yang kaya adalah lebih cenderung kepada kebebalan daripada orang bebal miskin yang kurang dapat menyara diri. Orang bebal yang kaya ada jauh lebih tinggi kejatuhannya dan lebih godaan untuk menjadi lebih bebal. Kemakmuran Nabal menyebabkan kebebalannya terpancar menentang Daud. Rehabeam sebegitu sombong oleh kekayaan sehingga dia kehilangan kuasa atas sepuluh suku kaum Israel. Belsyazar bermegah di dalam kekayaan lalu kehilangan kota yang tidak tercerobohkan dalam satu malam sahaja. Dan seorang penguasa muda yang kaya membuang peluang masuk kerajaan syurga hanya kerana kekayaannya.

Secara am, kalau semua keadaan yang lain sama rata, hikmah menghasilkan kejayaan kewangan, dan kebebalan menghasilkan kemiskinan. Lagi pula, kekayaan ialah kelebihan besar dan alat bagi tujuan kebaikan yang dipakai orang berhikmah, dan itu pula memahkotai akhlak mereka semula. Tetapi kekayaan memprovokasikan orang bebal kepada kebebalan yang lebih besar, sebab kedudukan dan kekayaan menambahkan keangkuhan mereka lalu membutakan daya penghakiman mereka. Hikmah lebih baik daripada kekayaan, membawa kepada kekayaan, dan tahu bagaimana untuk memakai kekayaan. Pilihlah hikmah!

Hikmah berhasil, dan hasil itu memahkotai sang pemiliknya dengan kehormatan. Hikmah juga membawa orang untuk memakai hasil untuk kemuliaan Allah dan manfaat manusia. Kebebalan mendedahkan orang bebal kepada malu akan kebebalannya sendiri, dan itu menyebabkan mereka untuk salah pakai apa pun kelebihan yang dimiliki mereka. Kamu boleh melihat hasil di dalam orang lain atau melihat hasil di dalam kehidupanmu sendiri. Pilihlah hikmah! Bencilah kebebalan!

Bagaimana pula dengan Yesus Kristus? Dia penuh hikmah dan memuaskan kehendak BapaNya dalam segala apa pun, termasuk hal menyerahkan nyawaNya bagi domba-dombaNya. Sesudah kenaikkanNya ke syurga, Allah memahkotaiNya dengan kemuliaan dan kehormatan dan kekayaan yang tidak terkatakan (Ibr 1:1-5; 2:5-9; Wah 5:1-14). Dia memerintah alam semesta pada hari ini, dan Dia akan datang tidak lama lagi bagi orang yang mengasihi dan mentaatiNya.