Amsal · Proverbs

14:25
Saksi yang benar menyelamatkan jiwa-jiwa: tetapi saksi yang memperdayakan mengucapkan bohong.

Bohong menyebabkan kehilangan nyawa orang; kebenaran menyebabkan keselamatan nyawa orang (Ams 18:21). Saksi-saksi harus memberitahu apa yang mereka tahu untuk menyelamatkan orang yang tidak bersalah (Ams 24:12; 31:8-9). Seseorang saksi dapat menyelamatkan orang daripada kesesakan dengan memberitahu kebenaran, atau seseorang saksi dapat menjahanamkan orang dengan memberi bohong tentangnya. Kuasa seorang saksi adalah besar, dan kamu ada peluang-peluang setiap hari untuk menjadi seorang saksi yang sejati atau seorang saksi yang memperdayakan. Ia sungguh penting untuk menetapkan hatimu dan mulutmu untuk selalu memberitahu kebenaran.

Amsal ini ialah pemerhatian yang sederhana tentang saksi-saksi. Pelajaran yang tersembunyi ialah kuasa kebenaran atau bohong di dalam mulut seorang saksi. Saksi yang sejati boleh menyelamatkan orang yang tidak bersalah daripada dicurigakan atau dilempar tuduhan-tuduhan yang palsu. Saksi yang berbohong secara licik boleh membinasakan orang yang tidak bersalah dengan menimbulkan curiga atau mengesahkan tuduhan-tuduhan yang palsu. Kebinasaan yang telah dilakukan oleh saksi-saksi sungguh besar, yang patut memprovokasimu untuk mengasihi kebenaran dan orang yang jujur dan untuk membenci bohong dan para pembohong.

Hukum-hukum Allah yang sempurna, yang mengatasi dan yang lebih cemerlang daripada undang-undang segala bangsa, memerlukan sekurang-kurangnya dua saksi sebelum suatu tuduhan dapat diusulkan dalam apa pun hal terhadap mana-mana orang (Bil 35:30; Ula 17:6; 19:15; Mat 18:15-16). Satu saksi belum cukup, kerana ia terlalu mudah bagi orang marah atau orang yang berdendam untuk merosakkan kehidupan orang lain dengan bercakap bohong dengan memperdayakan. Banyak kali kamu boleh membaca atau mendengar tentang nama baik atau hidup yang sedang dibinasakan atau dirosakkan oleh seorang pembohong.

Hukum-hukum Allah yang sempurna melindungi terhadap sumpah bohong atau bohong di mahkamah. Jika seorang saksi palsu ditemui, dia dihakimi dengan hukuman (Ula 19:16-21). Sebagai contoh, jika seseorang bersaksi dengan palsu di dalam sesuatu kes pembunuhan, tempat yang hukuman mati ialah undang-undang, maka saksi palsu itu boleh dihukum mati. Jika kes itu berkenaan mata, maka mata saksi palsu itu boleh dicungkil keluar. Bandingkan itu kepada hukuman ringan yang para pesumpah bohong dapat pada hari ini. Ada hikmah yang besar di dalam Alkitab, dan setiap kelas sains politik patut membacanya dan mengkajinya (Ula 4:5-8).

Hukum-hukum Allah yang sempurna juga mewajibkan sumpah sebelum mendengar seorang saksi, yang ada kesan yang sungguh hebat untuk membawa ketakutan Allah untuk dipakai dalam pertikaian itu (Ams 29:24; Ima 5:1). Sesudah seseorang bersumpah untuk memberitahu kebenaran dalam nama TUHAN Jehovah, apa pun fikiran untuk berbohong akan bersertakan fikiran pengutukan pasti oleh Allah. Yesus dari Nazaret pun akhirnya bercakap sesudah imam besar memakai sumpah untuk mengikat Yesus (Mat 26:63-64).

Pertimbangkan kerosakan yang dibuat oleh saksi-saksi yang palsu. Isteri Potifar telah menuduh Yusuf yang sempurna dengan tuduhan berusaha untuk merogolnya, dan itu telah menghilangkan jawatannya, reputasinya, dan kebebasannya (Kej 39:7-20). Tetapi dia bangkit untuk memerintah Mesir, dan isteri Potifar itu tidak pernah didengar lagi. Izebel yang durjana mengupah dua saksi palsu untuk berbohong tentang Nabot supaya dia dapat merampas ladang anggurnya bagi suaminya yang durjana, Raja Ahab (1Raj 21:7-14). Ahab telah dibunuh di dalam pertempuran, dan isterinya pula dimakan anjing.

Jika saksi yang sejati di mahkamah sebegitu penting, maka bagaimana pula dengan orang yang merupakan duta-duta Allah dan saksi-saksi Allah di mimbar? Biar setiap lelaki yang dipanggil Allah untuk mengkhutbahkan injilnya mengendahkan kesahihan doktrin yang diisytiharkannya (1Tim 4:16; Tit 1:9-11). Tetapi ada pada hari ini, seperti yang selalunya ada, guru-guru palsu yang mengucapkan bohong dalam nama Allah dan agamaNya (Yes 30:8-11; Yer 5:31; 2Kor 2:17). Sukatlah setiap hamba Allah dengan firman Allah (Kis 17:11).

Perbicaraan yang paling besar bagi sepanjang zaman sejak permulaan menjelang. Setiap orang akan memberi perhitungan akan kehidupan mereka kepada Allah (Rom 14:10-12; 2Kor 5:9-11). Tidak seorang pun akan bersembunyi daripada tembusan pandangan Allah Yang Maha Kudus dan Yang Maha Adil dengan tidak terhingga. Bagi orang pilihan Allah, yang telah diselamatkan oleh rahmatNya dan korban penggantian oleh Yesus Kristus bagi dosa-dosa mereka, akan adanya seorang pengantara dan pembela dengan nama Setia dan Saksi Benar (Wah 3:14; 19:11). Dia Tuhan Yesus Kristus, dan Dia akan dengan setia mengakui orang yang taat kepadaNya (Mat 7:21-27; Ibr 2:13; 5:9; Wah 3:5).