14:26
Dalam takut akan TUHAN terdapat keyakinan yang kuat: dan anak-anaknya akan mendapat tempat perlindungan.
Lelaki dan perempuan yang paling kuat di bumi ialah orang yang takut akan TUHAN, dan mereka juga merupakan lelaki dan perempuan yang paling terjamin selamat di dunia. Mereka taat dan bersembahyang kepada TUHAN Jehovah, dan mereka tahu Dia selalu berada bersama mereka. Mereka dapat dan akan melakukan berbuat karya yang besar, sebab mereka tidak takut akan tugas, manusia, ataupun maut. Mereka berada dalam keadaan damai sejahtera yang berterusan, sebab mereka percaya di dalam kekuatanNya yang abadi.
Orang lemah, yang tidak mahu menghadapi atau yang tidak menggenapi tugas-tugas mereka, yang ditakuti cabaran, yang tidak dapat menguasai roh sendiri, dan yang tergendala oleh halangan-halangan kecil, menunjukkan bahawa kepercayaan mereka ada pada diri mereka sendiri. Mereka tidak dapat mengurus keluarga sendiri, sebab pemakaian kepimpinan salih yang sabar di dalam peranan yang mudah ini terlampau hebat bagi jiwa mereka yang mudah takut.
Raja Saul dari Israel, walaupun lebih tujuh kaki tinggi dan sungguh berbakat secara fizikal (1Sam 9:1-2), takut dikenali orang ramai, maka dia bersembunyi di belakang barang-barang (1Sam 10:17-26). Ketika Goliat mencabar Israel, dia bersembunyi di khemahnya dan memberi galakan hadiah kepada yang lain (1Sam 17:1-11,25-30), dan ketika Israel menyanyi puji-pujian Daud, dia cuba membunuhnya kerana iri hati yang ketakutan (1Sam 18:6-11).
Sebaliknya, Daud, meskipun seorang gembala yang muda, langsung tidak mempertimbangkan Goliat (1Sam 17:23-30). Sementara menolak perisai, dia berlari untuk menemui gergasi dengan ketabahan yang tidak ketakutan (1Sam 17:38-48). Kemudian, ketika diberi dua peluang untuk membunuh seterunya lalu merebut takhta, dia meninggalkan masa depannya di tangan Allah dan sayang untuk mengambil nyawa seterunya. Sementara disesak dari segala arah melebihi orang yang lain, dia telah menulis tentang damai dan keterjaminan di dalam TUHAN dan tulisannya itu tidak terbandingkan.
Amsal ini ada kata ganti nama di dalam klausa yang kedua. Sesetengah orang melihat kata ganti nama “nya” dan menganggap ini merupakan orang yang takut akan TUHAN yang merujuk kepada ungkapan pertama. Tetapi kamu harus memahaminya untuk merujuk kepada TUHAN Sendiri. Anak-anakNya, anak-anak Allah, yang percaya di dalamNya, ada tempat perlindungan. Pelajarannya bukan untuk anak-anak orang benar, tetapi bagi orang benar itu sendiri. Pakailah tafsiran yang paling langsung dan yang paling mudah, kerana tiada jaminan bahawa anak-anak orang beanr akan takut akan TUHAN. Pertimbangkan Daud dan anak-anaknya bagi tafsiran ini.
Ketakutan dan keyakinan biasanya dianggap sebagai bertentangan. Tetapi takut akan TUHAN, yang adalah untuk mengasihi dan mentaati Allah, ialah sumber keyakinan untuk menghadapi ketidaktentuan kehidupan di dunia ini. Orang yang mengenal Allah mereka menjadi kuat dan melakukan tindakan yang gagah berani (Dan 11:32), dan mereka akan dipelihara di dalam damai yang sempurna (Yes 26:3-4). Hai pembaca, berpeganglah kepada ini. Nyawamu bergantung kepadanya.
Ketakutan apa yang dapat menggoncangkan orang yang bersandar kepada Yesus untuk istirahat (Ams 3:25-26)? Dengan malaikat TUHAN berdiri bersampingan, orang itu akan selalu dilepaskan daripada kesesakan (Ams 34:7-11). Dengan keyakinannya kepada TUHAN, hatinya kukuh dan dimantapkan (Maz 112:6-8). Takut akan manusia membawa ketakutan dan kekhuatiran, tetapi takut akan Allah menjadikan orang berani (Ibr 13:5-6).
Tiga orang Ibrani di Babel takut akan TUHAN, tetapi bukan takut kepada Nebukadnezar atau perapian yang bernyala-nyala (Dan 3:16-18). Mereka dengan berani menjawab bahawa mereka tidak akan menyembah patung emasnya tidak kira apa pun yang Nebukadnezar mahu buat kepada mereka. Dan sahabat mereka Daniel terus berdoa tiga kali sehari setiap hari walaupun hukum-hukum telah digubal untuk menjadikan itu jenayah yang layak hukuman mati (Dan 6:6-10).
Tetapi siapa yang lebih tabah hati daripada rasul Paulus? Dia menghadapi kebencian orang Yahudi dan orang bukan Yahudi tanpa ketakutan. Ketika Allah memberi amaran kepadanya akan bahaya di Yerusalem, Paulus berkata, “tidak sebarang itu pun menggerakkan diriku” (Kis 20:20-22). Dan hanya ruang sahaja yang mengehadkan nota ulasan ini akan para martir yang tidak terbilang, yang telah mengikut Paulus dengan keyakinan yang kuat di dalam Allah.
Hai para pembaca, kamu boleh mendapat hati nurani suci yang menjadikan manusia tabah hati (Ams 28:1), dan kamu dapat memiliki keyakinan kuat yang hanya segelintir orang benar dapat peroleh. Dan pada waktu kesesakan, kamu dapat melarikan diri ke astakaNya, di mana Dia akan melindungimu di tempat rahsiaNya (Maz 27:5; 91:1). Biar Mazmur 18, 27, dn 46 menguatkan keyakinanmu di dalam Allah pada hari ini juga.
Paulus memang berani, tetapi dia tidak dapat menandingi Tuhan Yesus Kristus, yang telah mengharungi kengerian fizikal, rohaniah, dan seksaan-seksaan lain di salib dengan rela, bagi dosa-dosa musuh-musuhNya. Dan di manakah Yesus Kristus menemui keyakinanNya? Di dalam takut akan TUHAN (Ibr 5:7-9)! Dan Dia sekarang duduk sebagai Raja di tempat perlindungan yang paling selamat di seluruh alam semesta – di sebelah tangan kanan Allah.