Amsal · Proverbs

15:32
Dia yang menolak arahan membenci jiwanya sendiri: tetapi dia yang mendengar teguran mendapat pemahaman.

Di sini sekali lagi ialah peraturan yang umum bagi Amsal. Orang berhikmah akan dengan gembira mendengar arahan dan dengan sikap suka menunduk akan menerima teguran, tetapi orang yang bebal dan durjana akan menahan kedua-duanya. Orang berhikmah akan mendapat pemahaman dengan menerima pembetulan, tetapi orang durjana yang menolak amaran membenci jiwanya sendiri, sebab dia sedang menjamin kerosakannya pada akhirnya.

Menahan arahan dan pembetulan menandakan seseorang sebagai orang bebal. Pada hakikatnya, inilah cara yang paling pasti untuk menyukat manusia – berapa baik dia mendengar teguran, berapa kesungguhannya untuk diajar, dan berapa banyak kesyukuran dia ada untuk orang yang menegurnya. Orang bebal tidak suka untuk diperbetulkan, dan pencemuh benci untuk diperbetulkan; orang bebal tidak menghargai orang yang menegur, dan pencemuh membenci orang yang menegur.

Setiap orang memulai kehidupan tanpa mengenal apa pun. Satu-satunya jalan supaya dia dapat belajar apa pun adalah untuk mendengar mereka yang telah dilahirkan sebelumnya dan yang ada hikmah daripada Firman Allah dan /atau ada pengalaman. Ibubapa, termasuk ibubapa yang lemah, ada kepandaian dan pengalaman yang lebih daripada anak-anak mereka, jadi anak-anak yang berhikmah akan mendengar teguran mereka. Apabila Allah mengutus orang berhikmah kepadamu dalam perjalanan hayatmu ini, sayangilah orang itu, tunduk kepada pembetulannya, dan belajar daripadanya.

Orang yang mulia di mata Allah adalah mereka yang hatinya sudah bersiap sedia untuk menerima arahan firman Allah (Kis 17:11). Mereka mendengar dengan keinginan yang penuh kesungguhan untuk belajar daripada hamba Allah. Mereka tidak menganggap sesiapa pun sebagai langsung tidak mungkin salah, jadi mereka menyelami Alkitab untuk mengesahkan apa yang didengarkan mereka, tetapi mereka melakukan ini dengan hati yang terbuka, dan bukan dengan suatu hati yang ingin berbalah.

Ia sungguh mudah untuk mengenalpastikan orang bebal yang berani. Kamu akan rasa sungguh sukar untuk mengucapkan sepatah kata pun dalam perbualan kerana mereka ingin terus bercakap. Bagi setiap cadangan, pembetulan, atau amaran yang diberi, mereka ada perkataan, “tetapi.” Mereka akan memandang ke tempat lain, memandang rendah dirimu, dan tidak akan menghormatimu. Sementara kamu bercakap, kamu dapat melihat minda mereka yang pandir itu mula memikirkan apa yang ingin dikatakan kemudian.

Ia juga sungguh mudah untuk mengesan orang bebal yang kurang bercakap. Mereka akan merenung kosong kepadamu, dan mungkin juga bersetuju dengan mengangguk kepala dari semasa ke semasa, dan mereka mungkin juga bersopan seakan-akan mereka telah dengar dan bersetuju. Tetapi mereka tidak akan merendahkan diri mereka untuk menyatakan bahawa kamu betul dan mereka salah. Kamu hanya perlu memerhatikan kehidupan mereka, kerana ia tidak akan ada apa perubahan, pertaubatan dan perubahan yang sungguh-sungguh. Mereka lebih suka suatu pemberontakan pasif dan membenci pembetulan sebanyak seperti seorang bebal yang berani.

Pemahaman mewajibkan banyak penambahan pengetahuan dan budi bicara kepada dirimu, yang hanya dapat diperoleh daripada teguran kepada kebebalan dan kesalahan dirimu. Tidak seorang pun yang suka pembetulan, kerana manusia adalah angkuh dan sombong dalam sifat berdosa yang diwarisi daripada Adam. Tetapi orang berhikmah dan yang telah dilahirkan Allah, akan membuang sifat ini dan merendahkan dirinya di hadapan sesiapa pun yang datang untuk mengarahkannya.

Bagaimanakah orang menolak arahan? Mereka mengelak gereja yang ada pastor sejati; mereka menyingkirkan apa pun ajaran yang menyinggung hati; mereka memikirkan alasan bagi perangai mereka yang berdosa itu; mereka cuba memujuk orang yang sedang memperbetulkan mereka; mereka cuba mengetepikan orang yang ada apa pun pendirian; mereka memakai kata-kata arahan itu kepada orang yang lebih buruk daripada dirinya sendiri; mereka cuba mencari kelemahan dalam guru itu untuk menangkis kekuatan kata-katanya; mereka menuduh niatnya ada udang di sebalik batu.

Hari ini ialah hari pertama untuk kesemua baki hayatmu. Mulai memandang kepada sesiapa yang cuba untuk mengajarmu, memperbetulkanmu, atau memberi amaran kepadamu. Ia mungkin seorang ibubapa, seorang pastor, seorang rakan sekerja, atau sesiapa pun. Dengar dengan teliti kata-kata mereka, dan pakai nasihat mereka yang baik hati itu kepada kehidupanmu. Hancurkan apa pun keangkuhan atau kedegilan di dalam dirimu yang menahan nasihat atau membenci orang utusan itu. Cari satu gereja yang mengkhutbahkan Alkitab dan belajar segala yang kamu dapat belajar daripada pengkhutbah yang diutus Allah itu.