Amsal · Proverbs

15:31
Telinga yang mendengar celaan kehidupan berdiam di kalangan orang berhikmah.

Amsal yang singkat ini adalah mudah tetapi sungguh dalam. Berapakah elok akan kamu dengar? Terutamanya kepada orang yang mencelamu? Kerelaan untuk dengan rendah hati menerima pembetulan dan arahan ialah syarat untuk hikmah. Jika kamu membenci ditegur, maka kamu menolak hikmah, yang adalah perlu untuk kehidupan yang berjaya. Jika kamu mahu menjadi orang yang berhikmah, maka kamu harus belajar untuk menerima celaan.

Salomo di dalam amsal yang kemudian menyatakannya dengan cara ini, “Dia yang menolak arahan membenci jiwanya sendiri: tetapi dia yang mendengar celaan mendapat pemahaman” (Ams 15:32). Jika kamu menolak pembetulan dan arahan, yang adalah perlu untuk kehidupan yang makmur dan yang berjaya, maka kamu harus membenci jiwamu sendiri, sebab kamu telah menolak satu-satunya jalan pemerolehan hikmah.

Peraturan yang utama bagi kehidupan ialah kepentingan memperoleh hikmah melalui pembetulan, arahan, teguran, celaan, dan amaran daripada orang lain. Orang berhikmah akan menyambutnya, mengasihimu kerana melakukannya, dan menjadi lebih berhikmah. Seorang pencemuh akan menolak pembetulan dan membencimu kerana itu (Ams 9:8). Salah satu bertumbuh dengan lebih keredaan bersama Allah dan manusia; dan yang satu lagi dibenci dan ditolak oleh kedua-dua pihak tersebut.

Apakah celaan? Celaan ialah situasi ketika adanya orang yang menyatakan ketidaksenangan akan perangaimu, perilakumu, kepercayaanmu, dsb.; apabila mereka menegur, menuduh, atau mencari salah denganmu kerana melakukan sesuatu dengan salah; apabila mereka mengecam, mengkritik, atau memberi amaran kepadamu bahawa hala tuju semasamu dalam kehidupan adalah bebal dan akan berakhir di dalam kepedihan atau dalam masalah.

Ia sukar untuk menerima dan menghargai kritikan. Mengapa? Kerana setiap jalan manusia adalah betuldi matanya sendiri (Ams 16:2,25; 20:6; 21:2). Sementara setiap orang memikir bahawa dia sendiri betul, dia akan membenci sesiapa pun yang menegur dan memberi amaran kepadanya tentang kebebalan pilihan-pilihannya, akhlaknya, atau perangainya. Jika kamu berhikmah, maka kamu akan meragu-ragukan gagasanmu dan pendapatmu bagi setiap subjek.

Ia sukar untuk menerima dan menghargai kritikan. Mengapa? Kerana sifat manusia lebih suka kenikmatan bebal daripada teguran daripada orang berhikmah (Pkh 7:5). Tetapi teguran terbuka oleh kawan yang setia, walaupun ia melukakan, adalah lebih baik daripada ciuman bohong dan kasih rahsia seorang kawan yang palsu (Ams 27:5-6). Hikmah adalah untuk mengasihi orang yang menegurmu (Maz 141:5).

Apakah celaan kehidupan? Ia pembetulan atau arahan daripada seseorang yang matlamatnya adalah untuk menghentikanmu daripada membunuh dirimu sendiri dengan berbilang cara, supaya membantumu menerima kehidupan yang makmur dan berjaya. Ia kritikan atau amaran untuk membantu mengarahkanmu kepada jalan yang betul untuk berkat Allah dan keredaan ke atas hidupmu. Ia celaan yang perlu bagi perlanjutan kehidupan yang baik.

Dari manakah datangnya celaan? Ia pertama-tama datang daripada ibubapa (Ams 6:20-23; 7:1-2; 15:5). Hikmah ibubapa hampir tidak terhingga berbanding dengan anak-anak mereka. Sementara jarak perbezaan ini semakin rapat dengan perlanjutan umur, kematangan, dan pengalaman, ia masih sebegitu jauh pada umur kebudakan dan kemudaan sehingga celaan ibubapa haruslah dianggap seperti hikmah dari syurga.

Celaan juga datang daripada guru-guru, pastor, majikan, suami, dan penguasa-penguasa lain dengan hikmah dan pengalaman. Mereka diikat oleh hukum Allah untuk menegur mana-mana dosa di dalam kehidupanmu supaya menunjukkan kasih mereka kepada dirimu dengan cara demikian (Ima 19:17). Adakah kamu membuktikan kasih dengan menegur? Adakah kamu menerima kasih yang ada dalam celaan? Ini ujian akhlak dan adalah perlu bagi kejayaanmu.

Kebanyakan celaan datangnya daripada Alkitab, yang merupakan firman Allah untuk mencela kehidupan yang bebal dan untuk mengajar kehidupan yang berhikmah (2Tim 3:16-17). Ia cahaya di dalam dunia yang gelap ini yang patut diendahkan dirimu dengan cukup banyak (2Pet 1:19). Ia membawa berkat kepada orang yang akan membacanya dan melakukannya (Yak 1:21-25). Berapakah elok pendengaranmu kepadanya? Berapakah banyak yang kamu mengasihinya? Berapakah elok ketaatanmu kepadanya?

Amsal ini merupakan salah satu amsal yang paling mudah, namun ia salah satu yang paling penting, dan ia diulangi dengan perkataan-perkataan lain menerusi kitab Amsal. Responmu kepada ulasan amsal ini menandakan sama ada kamu akan menyerah kepada pelajaran atau tidak. Daripada penjelasan ini, dapatkah kamu meneliti dirimu sendiri dan melihat penolakan bebalmu terhadap celaan? Lesapkannya pada hari ini juga!