15:33
Takut akan TUHAN ialah arahan hikmah; dan yang mendahului kehormatan ialah kerendahan hati.
Berapa pentingnya takut akan TUHAN untuk memperoleh hikmah? Penting sama sekali! Kamu tidak akan mendekati hikmah tanpa takut akan Allah (Ayb 28:28). Berapa pentingnya kerendahan hati untuk memperoleh kehormatan? Penting sama sekali! Kamu tidak akan mendekati kehormatan benar tanpanya (Ams 11:2; 16:18; 18:12; 29:23). Jika kamu mengasihi hikmah dan mencari-cari keredaan Allah dan manusia, maka di sinilah peraturan untuk kehidupanmu: rendahkanlah dirimu di hadapan Allah dan manusia dalam takut akan Allah.
Apakah takut akan Tuhan? Ia kekaguman dengan rasa hormat bagiNya dan bagi kuasaNya, suatu hormat yang mendalam bagi perintah-perintahNya dan hukum-hukumNya, dan keseganan yang takut bagi hukuman yang dapat Dia bawa ke atas orang bebal. Ia bukanlah takut yang hamba abdi, yang mematahkan semangat atau yang menyebabkan kengerian atau keresahan. Ia merupakan keinginan yang membara dan yang kudus untuk menyenangkanNya dalam segala apa pun dan memenuhi keinginanNya bagi kehidupanmu sebanyak semungkin. Ia suatu kesedaran takzim bahawa Dia Allah dan kamu makhluk ciptaanNya semata-mata.
Apakah kerendahan hati? Ia pengetahuan bahawa kamu sungguh mudah salah, sangat bebal, dan amat lemah. Ia merupakan kerelaan untuk menolak fikiranmu dan pendapatmu sendiri supaya dapat diajar oleh Allah atau manusia yang lebih berhikmah daripada dirimu. Ia merupakan keupayaan untuk menerima pembetulan, mengakui kesalahanmu, dan mengubahkan jalanmu berasaskan arahan orang lain. Ia disiplin untuk menutupi mulutmu, mengelak percanggahan orang lain, dan mengampuni pelanggaran mereka terhadap dirimu.
Kepentingan dua syarat ini tidak dapat terlebih ditekankan. Musa mengajar takut akan Tuhan (Ula 10:12), dan demikian juga Yosua (Yos 24:14), Samuel (1Sam 12:14,20,24), Daud (Maz 34:9-11), dan Salomo (Pkh 12:13-14). Ia kesimpulan eksperimen Salomo yang merangkumi segalanya! Ia seluruh tugas manusia! Dasar hikmah mewajibkan takut akan Allah: tanpanya kamu tidak dapat bermula pun (Ams 1:7; 9:10; Maz 111:10).
Jalan yang paling terjamin dan yang paling berjarak pendek bagi kehormatan ialah pondok kerendahan hati! Rendahkanlah diri sebelum Allah dan manusia merendahkan dirimu! Jika kamu merendahkan diri, Allah dan manusia akan menaikkan dirimu! Pelajarannya terjamin; dan hukumnya tidak silap sedikit pun. Allah menentang orang angkuh, tetapi Dia membantu orang yang rendah hati. Ia jalan Allah Yang tidak dapat menahan bau busuk keyakinan kemanusiaan! Yusuf mencapai takhta melalui pasar hamba abdi dan penjara. Yesus mencapai takhta kemuliaan melalui kandang dan salib!
Musa dan Daud menjadi pastor suatu bangsa hanya sesudah menjadi pastor kambing biri-biri di tempat terpencil benar. Gideon dan Yefta kurang berbaka dan kurang berpangkat, tetapi Allah menaikkan pangkat mereka atas umatNya. Rahab dan Rut merupakan orang asing yang dipandang hina, salah seorang merupakan pelacur dan yang satu lagi seorang balu, tetapi kedua-duanya di dalam keturunan Yesus Kristus! Daniel dan Ester telah diyatimpiatukan pada umur muda dan dijadikan tawanan kerajaan-kerajaan pagan, tetapi kedua-dua mereka bangkit ke tahap kekuasaan sebelah tangan kanan! Abigail berkata bahawa dia tidak layak untuk membasuh kaki hamba-hamba Daud, tetapi Daud memilihnya untuk menjadi isterinya!
Ketika kamu takut akan Tuhan, kamu tidak takut akan manusia, yang merosakkan hati kebanyakan orang (Ams 29:25). Jika tekanan rakan sebaya tidak mempengaruhimu, dan jika ancaman tidak menakutkanmu, maka kamu akan dengan sekadar menjadi lebih berhikmah tanpa membazirkan usaha daya fikiranmu atau berkompromi secara moral menurut apa yang mungkin difikir atau dilakukan orang lain. Dapatkah kamu menanggapi hikmah ini?
Ketika kamu takut akan Tuhan, kamu ada pengetahuan, ketetapan-ketetapan, dan prinsip-prinsip yang indah, yang tidak dimiliki orang lain – kamu memiliki kata-kata Allah untuk memimpin fikiranmu dan tindak lakumu. Orang yang takut akan Tuhan gementar di hadapan firmanNya (Yes 66:2). Orang pagan pun dapat cam kelebihan besar Alkitab (Ula 4:5-8; Maz 19:7; 111:10; 119:98-100).
Ketika kamu takut akan Tuhan, kamu bertanggungjawab kepada Hakim yang lebih tinggi daripada mana-mana kekuasaan di bumi. Manusia berdosa dengan mudah kalau satu-satunya risiko merupakan ketidaksenangan atau hukuman manusia yang lain, tetapi takut akan Allah membawa dorongan yang paling besar untuk seseorang membuat pilihan-pilihan yang berhikmah dan yang wajr. Hakikat inilah yang telah menahan Yusuf daripada isteri Potifar dan Daud daripada membunuh Saulus.
Ketika kamu rendah hati, kamu berfikir sebelum kamu bercakap, dan kamu bertutur dengan lemah-lembut dan dengan murah hati, kerana kamu tahu kebebalan yang ada di dalam hatimu dan pada bibirmu. Sikap berjaga-jaga dan menguasai diri sendiri demikian membawa kehormatan dan kemuliaan, malah daripada raja pun (Ams 15:1; 16:13; 17:27-28; 22:11). Tanggapilah itu!
Ketika kamu rendah hati, kamu merendahkan diri di hadapan Allah dan manusia. Dalam kedudukan itu, Allah memberi rahmat dan hikmah. Dalam kedudukan itu, Allah membalas dendam bagi pihakmu kepada musuhmu. Dalam kedudukan itu, Dia menyanjungimu mengatasi orang lain, sebab Dia akan meremukkan orang angkuh dan mengangkat orang yang rendah hati. Dalam kedudukan itu, Dia tahu bahawa menyanjungimu tidak akan membawa keangkuhan dan sikap yakin akan diri sendiri.
Hai pembaca, kamu telah ditunjukkan jalan hikmah dan kemuliaan. Allah Yang Berbahagia di syurga telah mengilhamkan kata-kata ini melalui raja yang paling berhikmah dan yang paling mulia di sejarah. Adakah kamu mengasihi dan takut akan Allah syurga dengan segala hatimu, mindamu, jiwamu, dan kekuatanmu? Jika tidak, rendahkanlah dirimu sekarang dan bermula! Adakah kamu cukup memandang hina hatimu yang penuh perdayaan, bibir bebal, dan daging lemah, sehingga berseru kepada Allah bahawa kamu suatu orang bedebah yang tidak dapat diselamatkan? Jika tidak, akuilah keangkuhanmu sekarang dan bermula!