15:5
Orang bebal memandang hina arahan ayahnya: tetapi dia yang mengendahkan teguran berhemat.
Hai anakku, berilah hatimu kepadaku (Ams 23:26). Amsal ini adalah untukmu. Biar ia membenam dalam ke sanubari jiwamu. Allah dalam hikmahnya yang tidak terhingga telah memberimu kepadaku untuk dididik menjadi hebat dalam kehidupan. Jika kamu menolak atau menghina arahanku, maka kamu orang bebal dan akan menderita kesan-kesan yang pedih. Jika kamu menerima dan mentaati pembetulanku dan teguranku, maka kamu orang yang berhikmah dan akan menjadi hebat. Aku berjanji. Aku mengasihimu.
Sepertimana benar juga dengan amsal-amsal yang lain, ada juga hikmah bagi perempuan dan bagi ibu di sini. Peraturan-peraturan ini sama rata dipakai kepada anak-anak perempuan dengan arahan dan teguran ayah mereka. Dan kaum ibu juga boleh memberi arahan dan teguran kepada anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan seperti kaum bapa (Ams 1:8; 6:20; 31:1). Pelajaran amsal ini adalah bahawa anak-anak yang berhikmah akan mendengar dan mentaati ibubapanya.
Hai anakku, Allah telah memberiku beberapa kelebihan untuk membantumu. Hanya anak-anak yang bebal dan yang liar akan menolak nasihat dan amaran ayah. Anak yang berhikmah akan mengambil kesempatan atas kelebihan-kelebihan ayahnya untuk menjadi lebih besar daripadanya. Dan inilah keinginanku yang kuat bagimu, hai anak, supaya kamu akan mengatasi dan melebihiku, tetapi kamu hanya dapat melakukannya dengan menerima pengalaman dan hikmahku. Adakah hatimu bersamaku?
Hai anakku, bagaimanakah kamu menerima arahan dan teguranku? Adakah kamu meremang mempertahankan diri? Adakah air mukamu dikerumuni dengan pemberontakan? Adakah kamu berbantah-bantahan? Adakah kamu berdendam di hatimu? Adakah kepahitan bertumbuh di hatimu? Adakah kamu mencari-cari jalan untuk mengingkari nasihat dan peraturanku? Adakah kamu mendengar senyap-senyap dengan niat untuk derhaka? Adakah kamu ingat bahawa aku jahil tentangmu? Adakah kamu ingat bahawa aku tidak mempedulikanmu? Inilah dosa-dosa yang berbohong yang berasal dari neraka; Ia akan menjatuhkanmu sampai binasa dan kesesakan. Wahai anakku, percayalahku!
Anak yang berhemat, yang berhikmah dan yang mengingini masa depan yang hebat akan mencari-cari nasihat ayahnya dan sungguh-sungguh mendengar akan apa jua nasihat yang dapat dikumpulkannya. Dia tidak akan tersinggung oleh pembetulan, sekatan, atau amaran yang berulang-ulang. Hai anak, bolehkah aku meyakinkanmu untuk percaya kepadaku? Ada alasan-alasan mengapa aku dapat menolongmu, dan aku ingin memberikannya kepadamu. Akankah kamu pertimbangkan mengapakah Allah memilihku untuk menjadi ayahmu?
Pertimbangkan umurku, wahai anakku. Aku sudah menghidupi kehidupanmu – dan jauh melebihi itu. Umurmu kurang daripada masaku sebagai seorang dewasa untuk merenung apa yang paling baik bagi dirimu. Lima tahun kemudian dalam kehidupanmu, yang kamu tidak dapat melihat, ialah pengalaman lama diriku. Aku pernah menghidupi dekad ini dan dekad kemudian kehidupanmu. Aku sudah tahu apa yang ada bagimu. Aku telah belajar apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan. Aku telah menderita, dan aku berjaya. Aku ingin kamu untuk lebih maju.
Pertimbangkan pandanganku, wahai anakku. Oleh sebab kesia-siaan keremajaan, kamu ada pandangankehidupan yang berjangka masa pendek. Kamu khuatir akan hari ini. Tetapi aku khuatir akan sekitar dua puluh lima tahun dari sekarang, waktu ketika kamu akan bersemuka dengan kesulitan dan tanggungjawab yang kamu sendiri tidak dapat bayangkan sekarang. Kamu tidak dapat memandang ke masa depan sepertimana aku memandang ke masa depan, hai anakku, sebab aku sudah berada di depan. Kamu sibuk dengan apa yang ada di depanmu. Aku melihat jauh melebihi itu. Seorang perempuan cantik menjadikanmu sungguh teruja, tetapi aku menyukat dengan teliti akhlak yang diperlukan untuk menyambut jubli perak [ulang tahun ke 25] yang bahagia.
Pertimbangkan kasih sayangku, wahai anakku. Aku mengasihimu sejak waktu pertama aku memandangmu. Umurku pada waktu itu sudah lebih tua daripada umurmu sekarang. Aku tidak ingin kamu terluka. Tidak kira sesiapapun yang kamu kahwin atau temu dalam kehidupan, mereka tidak akan mengasihimu seperti aku mengasihimu. Mereka tidak mungkin berbuat demikian. Kasih mereka akan dicampuri niat-niat yang mementingkan diri sendiri, bukan seperti aku. Seorang isteri yang hebat mungkin akan mengasihimu, tetapi dia tidak akan ada matlamat penyempurnaanmu di hadapan Allah dan manusia sebagai matlamatnya yang utama. Tetapi itulah satu-satunya matlamatku bagimu, hai anakku.
Pertimbangkan pengalamanku, wahai anakku. Adakah kamu sedang memikir untuk membeli kereta? Aku pernah beli dan jual kereta sebelum kamu dilahirkan. Adakah kamu memikir untuk memperoleh seorang isteri? Aku sudah kahwin lebih lama daripada jangka masa kamu bernafas. Adakah kamu memikir cara untuk berurus dengan musuh? Aku pernah menghadapi banyak musuh; Aku telah mengharunginya; Aku dapat membantumu. Aku sudah berbuat apa yang kamu tidak tahu buat. Percayalahku. Aku sudah mengalami kepedihan dan kesesakan, dan aku ingin menyelamatkanmu daripada segalanya.
Pertimbangkan pengetahuanku mengenaimu, wahai anakku. Aku menelitimu sebelum kamu sedar bahawa kamu sedang hidup. Aku memiliki ingatan akan tahun-tahun kehidupanmu yang kamu sendiri tidak dapat ingat. Aku tidak dipengaruhi nafsu-nafsu hati mudamu. Kamu sesat dalam banyak perkara sekarang kerana kemudaanmu, tetapi aku nampak terang-terang apa yang paling baik bagimu. Aku sudah nampak gerak-gerimu terhadap banyak situasi sejak kamu seorang budak, dan aku mengenalmu lebih daripada kamu mengenal dirimu sendiri. Biarlah aku membantumu, hai anak.
Pertimbangkan kesaksamaanku, wahai anakku. Aku tidak dibutakan, dan tidak terpengaruh dalam apa cara pun, oleh nafsu bagi seorang perempuan, kereta, permainan, atau kemahuan sia-sia lain yang menambat hatimu. Aku seorang pemerhati yang objektif. Aku seorang saksi yang bersungguh-sungguh, tetapi saksi ini mengasihimu dan mengingini yang terbaik bagimu. Nafsu dan tekanan rakan sebaya yang sesetengah kali menguasaimu itu tidak berada di dalam diriku. Aku hanya nampak fakta-fakta yang sebenar dan bagaimana ia akan memberi kesan kepadamu pada masa depan. Jika kamu ingin nasihatku yang objektif, percayalah nasihat dan arahanku.
Pertimbangkan asal-usulku, wahai anakku. Kamu tidak memilihku, dan aku tidak memilihmu. Bagaimanakah kita beroleh menjadi bapa dan anak? Allah telah memilihku daripada 3 billion orang lelaki untuk menjadi bapamu. Allah telah memilihmu untuk menjadi anakku. Jika kamu menolak aku, kamu menolak pilihan Tuhan Jehovah. Tiada apapun kebetulan dalam pengaturan ini. Allah Yang Berbahagia dan Yang bermurah hati tahu apa yang kamu perlukan untuk menjadi hebat, dan Dia membantuku belajar hal-hal itu supaya dapat membantumu sekarang. Allah telah menempatkan kita bersama, hai anak.
Pertimbangkan agamaku, wahai anakku. Aku bukan sahaja punca kehidupan kamu secara biologi. Aku anak Allah Yang Mahatinggi. Aku hamba kepada Tuhan Kristus. Aku terikat kepada takut akan Tuhan, kasih akan Kristus, dan kebenaran akan Kitab Suci untuk memimpinmu dalam hikmah syurgawi. Fikiran-fikiranku akanmu dan bagimu bertapak di atas Firman Allah. Doronganku terhadapmu dan isi nasihat-nasihatku berdasarkan hikmah yang diilhamkan Allah. Agamaku adalah satu-satunya agama yang benar, dan Allah menyukat segala perkataanku dan perbuatanku terhadapmu. Percayalah aku.
Hai kaum bapa, beritahulah anak-anakmu hal-hal tersebut dan bantulah mereka memahami diri mereka sendiri. Janganlah biar anakmu terus berpaling daripada teguran tanpa mengingatkannya pilihan yang sedang dilakukannya pada saat itu – sama ada pilihan yang berhikmah dan yang menghormati orang tua dengan mengasihi dan mentaatimu ataupun pilihan yang sejahat iblis dan yang menghina orang tua dengan menolak dirimu. Bentangkan kesan-kesan kepadanya.
Hai kaum bapa, adakah kamu sedang memberi arahan dan teguran? Ataupun anakmu sedang dibiar terumbang-ambing dalam kehidupan tanpa arahan bapa. Kamu patut menolongnya, kalau tidak kamulah orang yang lebih bebal, kerana mengorbankan nyawa yang berharga yang dipertanggungjawabkan kepadamu oleh TUHAN Jehovah. Laksanakan tugasmu!
Hanya ada satu Bapa yang sempurna. Bagi mereka yang benar-benar takut akan Allah dan yang percaya akan AnakNya Yesus Kristus, mereka harus berkata, “Terima kasih Allah Yang Berbahagia, kerana menjadi Bapaku! Ampunilah aku bagi setiap kali aku menghina dan tidak mengendahkan arahanmu dan teguranmu.”