Amsal · Proverbs

15:6
Di dalam rumah orang benar ada banyak harta berharga: tetapi dalam pendapatan orang durjana ada masalah.

Tempat berteduh dan harta bersertakan kasih dan damai sejahtera adalah lebih baik daripada pendapatan yang bertumbuh bersertakan kepedihan dan masalah. Orang benar akan menikmati kehidupan yang bahagia dan yang tenteram dengan lebih bekalan untuk keperluan tetapi orang durjana ada perseteruan dan penderitaan walaupun sedang bertumbuh secara kewangan. Amsal ini membandingkan kesan peribadi ragam hidup kebenaran dan ragam hidup kedurjanaan.

Kebanyakan amsal Solomo ada dua pernyataan yang menunjukkan perbandingan, dan maksudnya dan pelajarannya yang sebenar ditemui dengan membandingkan pernyataan-pernyataan itu dengan teliti. Dalam amsal ini kamu harus melihat: suatu rumah dibandingkan dengan pendapatan, orang benar dibandingkan dengan orang durjana, dan banyak harta berharga dibandingkan dengan masalah. Hidup yang benar sungguh menjadikan perbezaan ini ketara.

Solomo, raja dan ahli falsafah (Ams 1:1-6; Peng 1:1-3, 12-14), telah mengajar bahawa apa yang tidak dapat dipegang seperti kasih, damai sejahtera, dan kewajaran adalah lebih unggul berbanding dengan apa yang dapat dipegang seperti pendapatan, aset, makanan mewah, dsb. Dia kerap kali menyatakan keunggulannya dengan cukup jelas supaya kamu tidak ketinggalan dalam pengertiannya (Ams 15:16-17; 16:8; 17:1; 21:19; 28:6; Peng 2:26; 4:6; 7:1). Keutamaan-keutamaan ini untuk kehidupan adalah tidak ternilai.

Di sini dia telah mengajar pelajarannya secara samar-samar - lebih kurang seperti amsal yang sejati, atau kata pujangga orang yang berhikmah (Ams 1:6). Pelajarannya mudah sahaja. Orang benar mungkin kurang pendapatannya berbanding orang durjana, tetapi dia hidup di rumahnya dengan banyak harta yang orang durjana sendiri tidak boleh bayangkan - suatu hati nurani yang tiada kesalahan, hadirat Allah, kasih, damai sejahtera, ketenteraman, suatu warisan yang akan datang, dsb.

Orang durjana, betapa banyak kekayaan mereka pun, kerap kali ada persengketaan dan masalah dalam kehidupan mereka di bumi ini sehingga menjadikannya seperti neraka. Kedambaan dan ketamakan tidak membenarkan mereka untuk beristirahat. Takut pelbagai kerugian mengekalkan mereka dalam kegelisahan dan kerisauan. Para pendosa bagi keluarga dan sahabat tidak akan membekalkan kasih dan damai yang kekal dalam perhubungan. Kesingkatan hayat ini mengingatkan mereka bahawa mereka akan meninggalkan segala kepunyaan mereka kepada si bebal yang cepat membazirkannya.

Apakah pelajaran ini? Hidup dengan benar jauh lebih baik daripada hidup berdosa, walau berapa banyak pendapatan pun. Ada pelajaran yang lain tak? Kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan yang besar (Ams 30:8-9; 1Tim 6:6-10). Ada lagi pelajaran tak? Misteri dan hikmah tersembunyi injil ialah kebenaran bahawa orang benar memang sudah memiliki segalanya (Rom 8:17; 1Kor 3:21-23; 2Kor 6:10). Apakah ganjaran untuk kehidupan benar? Berkat-berkat yang tidak dapat dipegang daripada Allah, orang lain, dan keadaan hatimu pada masa kini, dan berkat-berkat yang dapat dipegang pada masa depan di syurga (Ams 14:14; Rom 8:18-23; 2Kor 4:17-18)!