15:4
Lidah yang sihat ialah pokok kehidupan: tetapi kebabilan di dalamnya ialah pematahan roh.
Adakah pertuturanmu menyuburkan orang lain atau menghiris hati mereka? Raja Solomo memuji nilai pertuturan yang sihat dan mengutuk luka akibat pertuturan babil. Jika kamu mendambakan hikmah untuk memberkati orang lain, Allah sudah menyampaikan pemahaman daripada syurga kepadamu. Pertuturan mulia itu menyuburkan kehidupan orang lain, tetapi pertuturan babil boleh mematahkan hati mereka. Melalui pertuturanmu, kamu sama ada menjadi suatu pokok kehidupan kepada mereka ataupun suatu pematahan roh.
Apakah yang difikirkan orang lain semasa kamu bercakap? Adakah mereka meyukainya dengan kesenangan hati dan memperolehi manfaat? Adakah kata-katamu itu membantu dengan kebenaran dan hikmah? Adakah kamu membina para pendengarmu dengan ucapan yang lemah-lembut dan menyegarkan? Adakah ahli-ahli keluarga dan kawan-kawanmu diperkuatkan dengan kata-kata yang baik budi? Adakah kamu mendorong orang lain kepada kesalihan dan kesungguhan? Adakah mereka bersyukur kerana kamu hadir? Adakah kamu ditanyakan nasihat daripada banyak pihak? Dapatkah kamu menyebabkan hati orang lain bernyanyi dengan girang?
Atau adakah pertuturanmu itu bertentangan, mengecewakan, dan menyinggung? Adakah orang lain pertimbangkan kamu sebagai jelek dan mengelakkanmu kerana mulutmu? Adakah ahli-ahli keluarga dan kawan-kawanmu dijemukan oleh borak bebalmu, gurauanmu, kritikanmu, atau rengekanmu? Adakah kamu menghiris hati para pendengarmu dengan kata-katamu yang penuh sindiran? Adakah kamu meninggalkan mereka terasa kalah oleh komen-komenmu yang negatif? Adakah orang lain marah terhadap kekerapanmu mengumpat dan membawa mulut? Adakah kamu dikenali sebagai orang yang kurang riang dan kurang berterima-kasih?
Kamu sama ada suatu pokok kehidupan kepada orang lain ataupun suatu pematahan roh kepada mereka.Kamu sama ada menyembuh dan membantu dengan perkataanmu ataupun kamu memilukan dan menyakiti hati. Sama ada kamu memberi arahan dan menyegarkan jiwa ataupun kamu merosakkan dan menyinggung. “Hidup dan mati berada di dalam kuasa lidah: dan mereka yang mengasihinya akan memakan buah daripadanya” (Ams 18:21). Kamu dapat menjadi pokok kehidupan yang membekalkan kata-kata yang berbudi baik dan berguna untuk membantu orang lain. Atau kamu dapat menyebabkan pematahan roh mereka, mengecewakan dan melukakan mereka.
Suatu lidah yang sihat ialah suatu metonim bagi ucapan yang baik dan berguna. Orang sedemikian berbicara dengan berhati-hati untuk menyukakan dan menguntungkan para pendengarnya. Dia memberi kesan kesihatan kepada mereka (Ams 12:18). Setiap orang dapat dimanfaatkan sementara mendengarkannya bercakap. Dia memilih kata-katanya secara teliti daripada hati yang suci, tidak terlebih berkata daripada apa yang diperlukan, dan harap untuk memajukan setiap orang yang berbual dengannya. Dia tidak akan membazirkan kata-katanya dengan gurau senda bebal atau memakaikannya untuk melukakan orang. Dia berlajar sebelum berjawab, dan dia tahu kata-kata benar yang pasti untuk dipakai sebagai jawapan (Ams 15:28; 22:17-21).
Dia pokok kehidupan. Disinilah suatu metafora yang sungguh berkuasa. Dia membekalkan buah hikmah dan pengetahuan kepada orang lain melalui kata-katanya (Ams 10:21; 11:30; 15:7). Orang berhikmah mengasihinya dengan kata-katanya (Ams 22:11; 24:26). Mereka tahu bahawa nasihatnya, arahannya, tegurannya, dan amarannya itu menjadikan diri mereka lebih baik. Dia memberi pengetahuan kepada banyak orang dan orang mendambakan perkataannya. Orang yang pandir mengejarkannya, sebab dia mengajar mereka hikmah; orang yang berhikmah pun mencarikannya sebab dia menjadikan mereka lebih berhikmah.
Tetapi suatu lidah yang babil menggambarkan pertuturan yang rosak dan jahat yang melukakan dan memilukan orang lain (Ams 12:18). Orang yang bersikap kritik, kenajisan, bebal, angkuh, atau suka merengek ini dianggap sebagai jelik bagi semua orang yang baik. Dia menjelekkan dan menyinggung para pendengar, sebab kata-katanya tidak dipilih dengan baik, waktunya tidak elok, niatnya mementingkan diri sendiri, isinya jahat, dan kesannya membinasakan. Namun, dia tetap ingin bercakap. Susah untuk menghentikannya. Dia menyampaikan jawapan yang bebal bagi soalan, menabur perpecahan di antara kawan, dan menyanjungi dosa di antara para pendengar (Ams 6:19; 15:2,28; 18:13).
Apakah kesan-kesan lidah yang babil? Daripada menjadi pokok kehidupan dengan memberi kesihatan dan hikmah kepada orang lain, ia menyebabkan pematahan roh melalui kata-kata yang rosak. Apakah itu pematahan roh? Suatu hati yang hancur, rosak, atau luka! Suatu lidah yang rosak mengerjakan kebinasaan (Ams 6:14; 12:18; 25:18,20; 26:28; 1Kor 15:33). Banyak isteri dan anak telah dilukakan dan dihiris hati oleh lidah yang kejam. Banyak orang lagi mendapat nama baik mereka dirosakkan, perhubungan baik menjadi renggang, hilang harapan, dan dirampaskan peluang hikmah kerana pertuturan babil.
Seseorang lelaki yang berkahwin dengan perempuan yang sedemikian berada di dalam celaka yang sungguh buruk (Ams 30:21-23). Dia disakiti dan didera di dalam rumahnya (Ams 19:13; 21:9,19; 25:24), dan dia dimalukan dan diaibkan di depan orang ramai (Ams 12:4; 25:15-16). Lebih baik bagi dia berdiam sendiri di dalam hutan daripada tersekat dengan isterinya yang kejam. Banyak lelaki sudah dibelantankan dengan perlahan sehingga mati di dalam roh mereka oleh seorang perempuan yang jelek, suka meleter, suka menyoal dan suka memberi cadangan. Tapak perkuburan, kelab memburu, kedai-kedai hobi, dan jadual overtime diisi penuh dengan lelaki sedemikian. Mereka mengelak rumah sebanyak semungkin!
Tetapi seorang perempuan yang berbudi baik, dengan mulut yang mencurahkan kelemah-lembutan dan hikmah, disanjungi dan disegani oleh semua (Ams 11:16; 31:26). Dia sungguh jarang, dan dicari-cari oleh semua lelaki yang berhikmah. Lelaki muda, ambil peduli, kamu sedang mempertaruhkan kebahagiaan atau kepiluan masa depanmu itu. Perempuan muda, roh suka menurut dan suka berdiam yang memimpin lidahmu itu yang paling mencantikkan (1Pet 3:3-4). Jangan berharap kepada glamor rambut, makeup, dan pakaian. Pupuklah roh ini yang berharga.
Ibubapa, kamu harus menunjukkan teladan, mengajar, dan menguatkuasakan lidah yang sihat di dalam anak-anakmu. Jika ini dilakukan, lagi banyak pokok kehidupan muncul. Kamu harus menghapuskan keangkuhan, gurau senda, kekotoran, sikap tidak hormat, dan sikap suka menyidir seperti di dalam gambar-gambar Hollywood. Tuntutilah anak-anakmu untuk bercakap kepadamu dengan penuh hormat dan kepada satu sama lain dengan kebaikan dan sikap suka membantu selalu. Di manakah emak yang dulu membasuh mulut anak-anaknya yang melanggari peraturan tersebut?
Sebelum kamu bermula mengajar dan menguatkuasakan pemakaian ucapan yang sihat kepada anak-anakmu, pastikan kamu menunjukkan mereka bagaimana melakukannya setiap hari dengan kata-katamu sendiri. Alkitab memberi amaran kepada bapa-bapa yang mematahkan semangat anak mereka,dan ucapan yang jelek, kritik, lekas marah, dan kasar daripada bapa itulah yang telah menghiris banyak anak (Kol 3:21). Pertimbangkan dengan teliti tentang boss atau musuhmu yang bercakap kepadamu dengan cara yang sama.
Bagaimanakah cara kamu bercakap dengan pasanganmu pada hari ini? Bagaimanakah kamu bertutur dengan orang bawahan, orang sebaya dan orang atasanmu di tempat kerjamu? Letaklah kekang pada mulutmu, dan jangan bercakap sehingga kamu ada sesuatu yang sihat untuk dinyatakan untuk memajukan para pendengarmu dengan apa yang mereka dengar daripadamu. Nama baikmu bergantung kepada apa yang kamu cakap pada hari ini. Adakah kamu pokok kehidupan atau pematah roh?