2:20
Supaya kamu dapat berjalan dalam jalan orang baik, dan berpegang kepada jalan-jalan orang benar.
Ada hanya dua jenis orang – orang baik dan orang jahat. Kedua-dua kumpulan ini hidup dengan sungguh berbeza: gaya hidup mereka dan prinsip mereka bertentangan dengan satu sama lain. Ibubapa yang mulia mengasihi anak-anak mereka, maka mereka mengajar anak hikmah untuk memilih jalan orang benar.
Orang yang baik dan yang benar menjalani kehidupan yang salih berdasarkan akhlak mulia dan integriti. Orang yang jahat dan yang durjana menjalani hidup yang sia-sia dan yang penuh perdayaan. Hanya orang berhikmah melihat perbezaan ini di kalangan mereka; hanya orang berhikmah memahami pilihan-pilihan yang membawa kepada kehidupan orang baik yang mulia dan yang berjaya.
Bab ini ada dua tujuan – untuk mengajarmu bagaimana memperoleh hikmah dan pemahaman (Ams 2:1-9) dan untuk mengajarmu ganjaran yang besar kerana memperolehnya (Ams 2:10-22). Ketika orang memperoleh hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman (Ams 2:10-11), dia akan diselamatkan daripada lelaki dan perempuan yang berbahaya yang berjalan di dalam jalan kedurjanaan (Ams 2:12-19). Daripada gaya hidup jahat lelaki dan perempuan duniawi inilah yang Raja Salomo cuba menyelamatkan anak lelakinya.
Salomo pertama-tama menjelaskan alasan yang negatif untuk memperoleh hikmah – untuk diselamatkan daripada pilihan-pilihan yang membinasakan dan tabiat-tabiat orang durjana (Ams 2:12-19). Dia bermula dari amsal ini untuk menjelaskan alasan yang positif untuk memperoleh hikmah – untuk mengikuti pilihan-pilihan dan tabiat-tabiat orang yang hebat (Ams 2:20). Perlindungan dan kemakmuran Allah hanya ada pada mereka (Ams 2:21-22).
Takrif akan baik dan jahat bukanlah ditentukan budaya, penafsiran, atau kesukaan. Sang Pencipta kita yang mulia telah menyelesaikan hal-hal yang sebegitu mudah di dalam Alkitab. Ia dengan terus terang mentakrifkan apa yang baik dan apa yang boleh diterima, dan apa yang jahat dan apa yang tidak boleh diterima. Tiada gaya hidup yang neutral. Kamu sama ada menjalani kehidupan yang baik ataupun kehidupan yang jahat, dan kamu akan diganjari atau dihukum bagi itu.
Alkitab bukan hanya mentakrifkan apa yang baik dan yang jahat; tetapi juga memberi contoh-contoh orang yang baik dan orang yang jahat. Ia membandingkan orang berhikmah dengan orang bebal, perempuan berakhlak mulia dengan perempuan jelek, orang kudus dengan para pendosa. Perbezaan ini dengan jelas dilihat di antara Habel dan Kain, Abraham dan Lot, Daud dan Saul, Abigail dan Mikhal, Petrus dan Yudas, Paulus dan Demas. Kamu patut mengenal ini dengan sebaik-baiknya.
Orang baik berdosa, tetapi mereka tidak mandi di kubang lumpur dosa mereka. Mereka mungkin jatuh tujuh kali, tetapi mereka akan bangkit; orang durjana jatuh dan kekal di sana (Ams 24:16). Daud dan Petrus pernah berdosa dengan teruk, tetapi mereka bertaubat dan menunjukkan keseluruhan akhlak yang jauh melebihi orang lain. Saul dan Yudas berdosa dengan teruk, dan kekal lanjut berdosa. Jalan mereka telah membawa pembinasaan yang muktamad dan yang menyeluruh.
Amsal ini memberimu pilihan (Mat 7:13-14). Akankah kamu memilih jalan yang popular untuk hidup, iaiatu jalan yang menuju kepada kebinasaan? Kebanyakan orang menjalani hidup sedemikian, dan ia mudah, kerana kamu boleh berbuat sewenang-wenangnya. Pilihan yang lain ialah jalan yang suntuk dan yang sempit yang membawa kepada kehidupan. Hanya segelintir orang hidup dengan demikian, dan ia sukar, kerana ia kehidupan menyangkal diri sendiri bagi Allah, Yesus Kristus, dan syurga. Satu perkara yang pasti – kamu membuat pilihan setiap hari pada hari ini dan pada setiap hari.
Hikmah ialah kunci untuk membuka pintu ke jalan orang baik dan ke jalan orang benar. Ia ditawarkan percuma di dalam Alkitab, dan terutamanya di dalam kitab Amsal ini. Jika ia memasuki hatimu dan menyukakan jiwamu, kamu akan mampu melihat dan mengikuti kehidupan lelaki hebat dan perempuan hebat yang menjadi teladan, Yesus Kristus ialah yang paling besar di kalangan semua.
Apakah yang dilakukanmu? Akankah kamu menaruh percaya kepada dunia untuk memberitahumu bagaimana kamu patut hidup? Atau akankah kamu percaya kepada Alkitab, yang menyuruhmu untuk hidup bertentangan dengan jalan gaya hidup dunia? Hollywood bukan sahaja bercanggahan dengan Alkitab dalam segalanya kepercayaan dan perilakunya, tetapi juga ternyata palsu dan berbahaya melalui kehidupan disfungsi para penerbit, para bintang, dan para mangsa mereka. Semoga Allah memberkatimu dengan keinsafan dan keghairahan untuk memilih jalan hidupNya.