Amsal · Proverbs

2:21
Sebab yang jujur akan berdiam di tanah itu, dan yang sempurna akan tetap tinggal di dalamnya.

Orang yang baik hidup paling sempurna. Masa depanmu paling baik disertakan hikmah. Kepastian dan keyakinan adalah hasil daripada kehidupan yang salih. Mantapkan hidupmu atas gunung batu pada hari ini. Orang yang baik juga mati paling sempurna.

Amsal ini ialah sebahagian daripada suatu perenggan yang panjang (Ams 2:10-22). Seseorang yang mendapatkan hikmah dan pengetahuan (Ams 2:10) akan ada budi bicara dan pemahaman (Ams 2:11). Dasar inilah yang akan memeliharakannya daripada lelaki jahat (Ams 2:12-15) dan perempuan jahat (Ams 2:16-19), dan ia akan memimpin kepada gaya hidup orang yang baik (Ams 2:20), yang diberi ganjaran, tetapi yang jahat akan dihukum (Ams 2:21-22).

Hikmah ada ganjaran (Yes 58:1-11). Allah menjanjikan panjang umur, damai sejahtera, dan keselamatan kepada orang baik. Mereka akan dimantapkan dan hidup bahagia. Mereka akan menetap lama jauh melebihi mereka yang telah dicabutkan. Hasilnya sangat berbeza daripada cara orang jahat dihakimi (Ams 2:22). Dan kekekalan membesar-besarkan jurang perbezaan ini lagi dengan perbezaan antara syurga dan neraka.

Konteks nas ini memberi amaran tentang bahaya orang jahat (Ams 2:10-15) dan perempuan jalang (Ams 2:16-19). Solomo mengajar anaknya untuk menyelamatkannya daripada teman-teman jahat dan untuk memandukannya kepada jalan-jalan orang benar (Ams 2:20). Di dalam amsal ini yang kamu bacakan, ganjaran orang baik dijelaskan sebagai mendapat suatu masa depan yang terjamin, tetapi Allah akan membinasakan kehidupan orang jahat.

Jehovah menyelamatkan umat pilihanNya, iaitu Israel dari negara Mesir, dan Dia memberikan mereka tanah Kanaan sebagai warisan, dan mencabut semua musuh-musuh mereka dari tanah itu dihadapan mereka (Kej 15:18-21; Ula 7:1-3). Tetapi Tanah Perjanjian telah diberikan kepada mereka atas syarat ketaatan mereka. Pemberontakan dan dosa akan menyebabkan Dia mengambilnya kembali (Ima 26:1-46; Ula 28:1-68). Sesiapapun antara orang Israel memahami amsal ini secara sungguh mendalam dan sungguh hebat.

Panjang umur, damai sejahtera, kemakmuran, dan keselamatan adalah berkat-berkat Allah ke atas orang benar. Ganjaran-ganjaran ini telah disebut kerap kali di dalam Amsal oleh Solomo dan juga oleh Daud di dalam Mazmur (Ams 1:33; 3:2,13-18; 4:10; 9:11; 16:7; 28:2; Maz 37:3,9,11,22,29). Suatu kehidupan yang bahagia dengan hari-hari yang baik diperolehi dengan mentaati Tuhan, terutamanya dengan menguasai ucapan-ucapanmu dan melayani orang lain dengan baik (Maz 34:12-16; 1Pet 3:10-12). Kebenaran membawa banyak berkat (Yes 3:10)!

Pertimbangkan perintah Allah yang pertama kali disertai dengan janji. Dia menuntut supaya anak menghormati ibubapa, yang lebih luas daripada ketaatan semata-mata. Ini bermakna anak harus menyanjungi ibubapa dan melayani mereka dengan keseganan yang istimewa pada setiap masa, baik di dalam fikiran, ucapan, air muka, mahupun di dalam sokongan (Ams 20:20; 30:17; Ula 27:16; 1Tim 5:4,8). Tetapi lihatlah ganjaran untuk menghormati mereka – suatu hidup yang baik dan panjang umur (Efe 6:2-3)! Percayakanlah ini pada hari ini!

Cerita Ayub itu ialah sejarah yang diilhamkan Allah! Allah telah melingkupi Ayub dengan berkat bagi sesuatu yang dilakukannya, sebab dia seorang benar yang takut akan Allah (Ayub 1:1-5,10). Dan walaupun Allah mencubai Ayub dengan cukup hebat, Dia telah memberkatinya dengan lebih pada akhirnya – memang ada ganjaran bagi orang benar (Ayub 42:10-17; Yak 5:11).

Tetapi ganjaran yang paling besar adalah pada masa depan – iaitu hidup selama-lamanya bersama Allah, Yesus Kristus, malaikat yang terpilih, dan semua orang jujur yang telah masuk situ lebih awal (Ibr 11:8-16). Yesus Kristus meninggalkan lelaki jahat dan perempuan jahat sewaktu nyawanya di bumi, dan mengikuti jalan sempurna Allah di dalam setiap aspek kehidupan, dan sekarang Dia di atas takhta Allah selama-lamanya. Sudahkah kamu mengakuiNya sebagai Tuhan alam semesta dan mengesahkannya dengan pembaptisan dan perbuatan-perbuatan baik?