21:2
Setiap jalan seseorang dianggapnya betul di matanya sendiri: tetapi TUHAN merenungi hati.
Sudah tentulah kamu fikir kamu betul! Kamu selalu fikir kamu betul. Kamu juga fikir kamu betul ketika orang lain menyatakan kamu salah. Tetapi apakah yang TUHAN Allah di syurga fikir tentang jalan-jalanmu? Dia tahu segala fikiran mindamu dan niat hatimu.
Satu kutuk besar ke atas umat manusia ialah keyakinan angkuhnya bagi pendapatnya sendiri. Hanya segelintir orang yang belajar untuk tidak mempercayai gagasan-gagasan sendiri, dan mereka itulah yang hebat dan berhikmah di bumi ini. Ia suatu kecacatan yang teruk bagi seseorang untuk mengizinkan pendapatnya dan fikirannya kekal tidak teruji dalam fikirannya. Dia akan membuat kesilapan yang besar dalam kehidupan dan akhirnya dibinasakan.
TUHAN Jehovah, Sang Pencipta syurga dan bumi, melihat dan menimbang setiap hati manusia dari segi dorongan mereka, kerendahan hati mereka, ketakutan mereka akan Dia, keseganan mereka bagi FirmanNya, dan bagi pemakaian para penasihat dan guru. Dia tidak mempedulikan pendapat sesiapa pun, sebab Dia tahu bahawa segala fikiran manusia adalah bebal dan sia-sia (Maz 94:11; 1Kor 3:18-20).
Dari seorang remaja bebal yang memandu melanggari had laju jalan raya kepada setiausaha yang suka persetubuhan rambang, setiap orang memikir bahawa dirinya betul dan tidak perlu menderita kesan-kesan perilakunya. Mereka membabi buta dalam kebebalan angkuh sampai mencapai kebinasaan mereka sendiri. Hanya rahmat Allah itulah yang dapat mengawal aspek kejahatan kerosakan mutlak manusia ini supaya jangan menghanguskan dan membinasakan setiap orang.
Orang dengan fikiran yang kejam atau yang sia-sia memperbenarkan dirinya dan mengutuk orang lain, kerana dia memandai dan memikir dirinya betul. Betapa degil dan cabul kesalahan itu! Betapa teruknya perdayaan kepada diri sendiri! Perempuan dengan mulut yang celupar tidak dapat berhenti bercakap, sebab dia dengan angkuh menganggap orang lain akan menghargai bebelannya yang jelek. Lelaki yang suka berbuat jahat juga menganggap diri sendiri betul.
Manusia mendekati Alkitab dengan keangkuhan yang sama. Walaupun belum umur setahun jagung dan masih belum disapih susu, mereka memandai dengan degil dalam hal kebenaran yang sudah kekal. Mereka berputus bahawa hukuman mati adalah kejam, pemilihan Allah ialah doktrin yang buruk, memakai rotan kepada anak ialah penderaan, pemercikan bayi ialah pembaptisan yang sama baiknya dengan merendam para percayawan, dan pokok Baal pada solstis musim sejuk oleh arahan Paus dapat memuliakan Yesus. Tetapi TUHAN Jehovah merenungi hati mereka yang durjana.
Adakah mereka fikir bahawa Dia tidak dapat melihat? Dia mengisi syurga dan bumi (Yer 23:23-24)! Dia tahu fikiran dan niat setiap hati: segalanya telanjang dan terbuka kepada mataNya yang kudus (Ibr 4:12-13). Khayalan-khayalan yang paling intim dan yang paling rahsia terdedah (Ams 5:20-21; Pkh 12:14). Orang Yahudi mendapati lebih daripada sekali bahawa tanggapan Yesus adalah luar biasa (Mat 9:3-4; 12:25).
Sembuhkanlah penyakitmu. Tamatkanlah kutukmu. Rendahkanlah hatimu, dan bersembahyanglah kepada Penciptamu (Ams 9:10). Fikir dan berdoa seperti Salomo, yang telah memberitahu Allah bahawa dia hanya seorang anak kecil dan tidak tahu bagaimana untuk memerintah Israel (1Raj 3:5-9). Tuhan syurga dan bumi menyembunyikan kebenaran dan hikmah daripada orang yang memikir diri sendiri berhikmah dan sebaliknya menyatakan kebenaran dan hikmah kepada bayi (Mat 11:25-27).
Bencilah fikiran yang sia-sia, malah fikiranmu sendiri (Maz 119:113; 101:2). Mintalah Allah untuk menyelami hatimu (Maz 139:23-24). Sanjungilah firman mengatasi segala pengetahuan, dan bencilah setiap gagasan yang bercanggah dengannya (Maz 119:128). Untuk keputusan-keputusan yang besar, pakailah keramaian para penasihat (Ams 15:22). “Janganlah menganggap dirimu pandai dalam pandanganmu sendiri: takut akan TUHAN, dan jauhilah kejahatan” (Ams 3:7).