Amsal · Proverbs

21:3
Melakukan keadilan dan penghakiman adalah lebih berkenan kepada TUHAN daripada korban.

Di sini salah satu amsal yang paling baik. Beri Allah kemuliaan! Ia mengajar peraturan yang salih bagi etika Kristian untuk membantu memandu kehidupanmu. Pakailah masa untuk belajar keutamaan hikmah ini, dan rendahkanlah dirimu kepada kewajarannya, supaya kamu dapat menyukakan Allah dan menemui damai sejahtera yang besar bagi dilema-dilema kehidupan.

Adakah kamu mendambakan hikmah? Belajarlah amsal ini, dan jangan melupakannya. Pelajaran ini lebih sukar daripada banyak yang lain dan memerlukan penjelasan, gambaran, dan contoh-contoh pemakaian, tetapi kamu akan ada jawapan-jawapan yang mudah bagi situasi yang orang lain fikir adalah sukar benar. Kamu akan menemui belas kasihan dan kebebasan bagi jiwamu sendiri dan jiwa orang lain. Terima kasih, Allah Yang Berbahagia, untuk hikmah.

Orang Farisi tidak dapat menanggap prinsip ini, jadi Yesus memakainya untuk menutupi mulut mereka lebih daripada sekali (Mat 9:13; 12:7). Walaupun orang Yahudi telah membacanya, menghafalnya, mengira abjad-abjadnya, mengikatnya pada dahi mereka, dan mencium tanda-tanda dakwatnya pada skrol (Mat 23:5; Yoh 5:39; Rom 2:17), mereka tidak pernah menghampiri pembelajaran semangat peraturan ini dari hati Allah.

“Keadilan dan penghakiman”, adalah untuk berbuat apa yang wajar secara moral. Terhadap Allah, ia merupakan hati suci yang mentaati kata-kataNya (1Sam 15:22-23; Maz 51:16-17). Terhadap manusia, ia merupakan sikap yang adil, benar, dan murah hati seperti yang ditakrif oleh Allah (Kel 18:21-22; Ula 1:16-17; 16:18-19; 2Sam 8:15; 15:4; Maz 82:1-4; Pkh 5:8; Yes 59:4,14; Yer 22:15-16; Yeh 45:9; Yoh 7:24). Ia menjaga dua perintah yang besar, yang adalah lebih besar daripada apa pun korban atau sembahyang luaran (Mar 12:33).

“Korban” adalah untuk menjaga ketetapan-ketetapan, ordinan-ordinan, dan layanan agama luaranAllah, yang keupacaraan, rasmi, memakai ritual, atau lahiriah dalam sifatnya. Ia juga mentaati surat perintah-perintah atau sembahyang Allah sementara mengabaikan atau melanggari semangat atau niat hukum-hukum itu atau hal belas kasihan peribadi. Meskipun Jehovah Sendiri yang memerintahkan itu bersama-sama butir-butirnya, ada waktunya dan caranya yang wajar dan yang tidak wajar untuk mengamalkannya dan untuk menguatkuasakannya.

Orang yang sempurna melakukan kedua-duanya, tetapi dia tahu bahawa agama moral hati lebih penting daripada sembahyang agama keupacaraan khalayak ramai atau daripada persepuluhan/persembahan (Mat 23:23; 1Sam 15:22-23; Mic 6:6-8). Daud dahaga akan Allah seperti yang tidak pernah orang lain dahagakan, tetapi dia juga yang menimbulkan akal dan menubuh dana bagi bait suci yang indah. Seperti ayahnya, Solomo juga mendambakan hikmah batiniah untuk menyenangkan Allah, tetapi dia juga mengatasi setiap raja lain dalam hal sembahyang khalayak ramai. Orang sempurna melakukan kedua-duanya.

Yesaya mengisytiharkan Israel menjadi seperti Sodom dan Gomorah kerana mengamalkan agama keupacaraan Allah tetapi mengabaikan kebaikan hati dan belas kasihan dalam urusan-urusan peribadi (Yes 1:10-20). Yesaya sekali lagi mengutuk penampilan luaran Israel bagi kewajaran melalui kebaktian rasmi kepada Allah sementara secara persendirian melanggari hak dan keperluan orang yang ada di sekeliling mereka, bahkan keluarga (Yes 58:1-10). Tanggapi dan kasihi perbezaan di antara agama keupacaraan dan kesalihan sejati gaya hidup.

Yesaya lagi lanjut menjelaskan bahawa Allah sebegitu besar sehingga Dia tidak memerlukan persembahan-persembahan awammu, dan apa pun dosa di dalam hatimu atau kehidupan peribadimu mencemarkan sembahyang yang kamu buat secara lahiriah, tidak kira betapa betulnya itu (Yes 66:1-4). Di sinilah hikmah: kewajaranmu yang batiniah dan yang peribadi menguduskan dan mengindahkan sembahyang luaran dan sembahyang di hadapan jemaah, tetapi sembahyang luaran dan sembahyang di hadapan jemaah tidak mampu dan tidak akan dapat menutupi hati atau kehidupan yang berdosa. (Ams 15:8; 28:9; Hag 2:10-14).

Ia tidak penting jika Allah telah memberi perintah. Ia tidak penting jika kamu mematuhi butir-butir itu dengan sempurna. Allah lebih menghargai layanan yang adil, yang wajar, dan yang berbelas kasihan daripada ketepatan upacara. Dia sangat mempeduli butir-butir kebaktianNya, tetapi tidak jika ia bercanggah dengan keperluan-keperluan sah orang. Pengenalpastian ini keilahian – dapatkah kamu menanggapinya? Kasih bersungguh-sungguh menang atas sembahyang yang tepat, ketika ia bercanggah.

Keadilan sejati menghargai keadilan dan belas kasihan lebih daripada pengamalan tegas surat hukum-hukum Allah. Penghakiman sejati menghargai kebajikan orang lebih daripada upacara-upacara Allah atau hukum-hukum yang diciptakan untuk kebajikan orang. Sebagai contoh, keadilan dan penghakiman salih tahu bila bohong dapat diterima, meskipun Allah dengan keras-keras melarang untuk berbohong (Kel 1:15-21; Hak 4:18-21; 1Sam 16:1-2; 21:1-2,10-15; 2Sam 15:31-37; 17:15-22; 1Raj 3:16-28; 2Raj 10:18-21; dsb.)

Sebagai lagi satu contoh, Hukum Musa mewajibkan rehat pada hari-hari Sabat. Orang yang tiada hikmah dan menyanjungi “korban” akan menuntut ketaatan Sabat sampai membebankan atau mengancam manusia, walaupun Hari Sabat itu diberi untuk rehat dan bantuan manusia (Kel 23:12). Pengamalan butir-butir agama yang sebegitu teliti selalunya lebih mudah daripada melakukan “keadilan dan penghakiman”, yang memerlukan hati yang jujur dan yang suci, usaha untuk berbelas kasihan, dan hikmah yang pandai menanggap untuk membahagi dengan betul.

Di sinilah hikmah yang berharga dan pelajarannya yang berilham: mengasihi Allah daripada hati dan berbuat apa yang betul, baik, dan berbelas kasihan kepada orang lain dan kepada dirimu sendiri menyenangkan Allah dengan lebih sempurna daripada mengamalkan ordinan-ordinan keupacaraanNya. Suatu hati yang suci dengan kasih yang sejati dan layanan baik kepada orang lain adalah lebih penting daripada butir-butir sembahyang yang rasmi. Tolaklah ajaran sesat bahawa menghadiri Misa dengan setia akan melindungi jiwamu tidak kira gaya hidupmu. Tanggapilah pengetahuan bahawa perintah-perintah yang spesifik pun boleh dilanggari untuk mengendalikan suatu situasi dengan wajar.

Peraturan ini tidak mengabaikan sembahyang yang rasmi, seperti yang Solomo sendiri ialah teladan yang baik bagi korban-korban yang mahal (1Raj 3:4; 8:64:66; 2Taw 7:5). Para penyembah yang sejati akan melakukan kedua-duanya (Mat 23:23). Tetapi waktu kamu menghadapi percanggahan di antara berbaik hati membantu orang dan tugas sembahyang yang tegas, utamakanlah belas kasihan dan simpati sebagai lebih penting. Kamu tidak harus menyanjungi upacara atau hukum mengatasi belas kasihan dan semangatnya. Kamu tidak menghakimi dengan memandai atau dengan sesuka hati, tetapi hanya ketika menghadapi percanggahan atau dilema di antara perintah rasmi dan membantu orang lain.

Amsal ini bukan hanya satu-satunya suara bagi peraturan ini di dalam Wasiat Lama. Ia ditemui di tempat yang lain juga (Mik 6:6-8). Yang telah dipetik oleh Yesus Kristus adalah dari Hosea 6:6,

Sebab aku mengingini belas kasihan, dan bukan korban; dan mengingini pengetahuan Allah lebih daripada persembahan-persembahan bakaran.

Alkitab menunjukkan peraturan ini dengan contoh-contoh. Yesus membidas orang Yahudi kerana lebih menyanjungi sunat dan Hari Sabat daripada menyembuh manusia (Yoh 7:21-24; 5:1-16). Ia “keadilan dan penghakiman” yang sejati untuk menyembuhkan orang, walaupun ia melanggari hukum Sabat. Meninggalkan orang kekal lumpuh, meskipun untuk tempoh sehari lagi, supaya dapat mematuhi Sabat, ialah “korban” yang durjana. Para iblis yang tidak berbelas kasihan ini akan memotong lelaki (sunat) pada Hari Sabat, tetapi mereka melarang Yesus untuk menyembuh orang pada Hari Sabat walaupun orang itu menderita kecacatan itu untuk 38 tahun.

Jika kamu berfikir bahawa orang yang durjana dan yang terhina sedemikian sudah lenyap, kamu sudah salah. Mereka masih wujud. Mereka ada fikiran yang suntuk dan hati yang lagi sempit. Kamuakan lebih suka bertemu dengan beruang betina yang kehilangan anak dariapda bertembung dengan salah satu daripada orang Farisi yang menganggap diri benar dan yang angkuh ini. Hati mereka yang hodoh terdedah ketika para pendosa yang tidak bertaubat dirayakan atau belas kasihan dicari bagi sesiapa pun menentang tradisi. Kamu patut bersukacita dengan cara Tuhan memandang hina, mengolok-olok, tidak mengendahkan, dan mengalahkan mereka.

Ketika Daud lapar, dia memakan roti sajian dari khemah suci yang hanya boleh dimakan para imam (1Sam 21:1-6). Orang Lewi pun tidak dapat memakan roti sajian. Daud melanggari perintah jelas Allah (Kel 29:32; Ima 24:9). Dan Yesus langsung melepaskannya daripada perbuatan sedemikian (Mat 12:3-4). Mengapakah orang yang mengejar hati Allah itu berbuat hal sedemikian? Bagaimanakah Daud memiliki keyakinan untuk makan roti suci orang imam? Apakah yang memberikannya kebebasan itu?

Dia tahu Allah telah menolak Kain dan sembahyangnya kerana tidak berbuat itu dengan betul (Kej 4:3-5), dan dia tahu bahawa Allah telah keras-keras menghukum Nadab dan Abihu (Ima 10:1-2), Musa (Bil 20:7-13), dan Saul (1Sam 13:8-14) kerana mengubahkan perintah-perintah Allah. Bagaimanakah Daud tahu bahawa Allah akan melepaskannya untuk melanggari hukum allah bagi sedikit kelaparan, sementara boleh memperoleh makanan dengan cara lain? Oleh keadilan, penghakiman, dan belas kasihan amsal ini! Amin!

Adakah hikmah Daud ini mengujakanmu? Tidak hairanlah Daud ialah orang yang mengejar hati Allah: dia berfikir seperti Allah berfikir. Dia tahu belas kasihan adalah lebih penting daripada roti sajian. Raja Saul sebaliknya dengan cabul fikir suatu korban daripada jarahan orang Amalek akan memperbenarkan pelanggaran perintah Allah untuk menghapuskan orang Amalek sepenuh-penuhnya (1Sam 15:1-29). Orang Farisi sedemikian akan berbunyi seperti sangat kudus sementara bercakap tentang mematuhi sembahyang Allah dengan cukup ghairah, sementara mereka tidak peduli bahawa Allah kira prinsip-prinsip benar lebih penting. Hai pembaca, jadilah seperti Daud, bukan Saul!

Ketika para rasul memetik buah jagung dan memakannya pada hari Sabat, orang Farisi mengutuk mereka kerana melanggari hukum (Mat 12:1-2). Tetapi Yesus mengingat para orang agama keultraundangan ini tentang kes Daud dan kerja yang dibuat para imam pada Hari Sabat (Mat 12:3-5). Kemudian Dia dengan berhikmah memakai prinsip belas kasihan untuk membela para rasul, dan Dia menegur orang Farisi kerana sebegitu jahil tentang Kitab Suci mereka (Mat 12:3,5,7). Adakah kamu lebih merupai Yesus atau orang Farisi?

Orang Farisi dengan mudah menyanjungi Korban – iaitu pemberian janji iman, iaitu aset-aset kepada bait suci – supaya mengelak menjaga ibubapa mereka yang sudah usang dan keperluan (Mat 15:3-6; Mar 7:9-13). Mereka menjadikan “korban” masa depan kepada penyelenggaraan bait suci lebih penting daripada melakukan “keadilan dan penghakiman” kepada ibubapa mereka sendiri. Sikap yang tidak berperikemanusiaan ini yang memakai perintah-perintah untuk menutupi kekurangan kasih dan belas kasihan ialah apa yang tepat-tepat dikutuk amsal ini. Yesus menyanjungi keadilan dan penghakiman, walaupun ia bermaksud seseorang harus melanggari hukum Allah tentang sembahyang luaran.

Sebagai contoh, Yesus menyembuhkan seorang perempuan pada Hari Sabat, yang telah dibongkokkan teruk oleh roh jahat untuk 18 tahun. Penguasa saumaah di sana menegur Yesus di hadapan orang ramai dan berkata kesembuhan harus dilakukan pada hari yang lain dalam seminggu. Dengarlah orang durjana ini mempertahankan surat hukum Allah. Haruskah kita menghargai pendiriannya untuk ketegasan sedemikian? Langsung tidak! Ini bukanlah satu-satunya peristiwa sedemikian dalam kisah Tuhan dalam kitab-kitab injil; ada banyak.

Yesus memanggil dia munafik, kerana dia memang munafik; dan Yesus memberitahu orang yang hadir bahawa setiap orang Farisi akan membantu lembu jantannya memperoleh air minuman padahari Sabat, dan kemudian Dia langsung memperbenar pelanggaran Hari Sabat demi perempuan itu (Luk 13:10-17). Hasilnya? Para musuhnya telah dimalukan, dan orang bersukacita bagi kerjaNya yang baik hati dan yang berbelas kasihan. Apakah hasil daripada pemakaian penghakiman ilahi yang berhikmah ini? Kebencian orang Farisi yang harap membunuhNya!

Orang Farisi berpura-pura mengasihi firman Allah, tetapi mereka hanya mengasihi cetakan peraturan yang memberi kemudahan. Mereka menolak konsep hikmah. (Tiada hikmah untuk mengamalkan cetakan peraturan, sebab itu hanya pematuhan yang dihafazkan.) Hikmah dengan betul memakai prinsip-prinsip Allah supaya ia dapat mengatasi hukum-hukum dan mempelajari keutamaan-keutamaan Allah dalam perintah-perintahNya. Orang Farisi menganggap diri benar bagi banyak hal, seperti yang diberi amaran oleh Solomo (Pkh 7:16). Yesus mengolok-olok persepuluhan mereka yang teliti bagi sayur-sayuran sementara melupakan hal yang lebih penting seperti belas kasihan (Mat 23:23).

Ketika Naaman kembali ke Siria selepas disembuhkan daripada penyakit kusta, tugas-tugasnya melibatkan perbuatan mengiring raja ke sembahyang orang pagan. Adat mewajibkannya untuk menunduk dengan tuannya di hadapan patung berhala Rimon. Apakah nasihat yang diberi Elisa kepada percayawan Jehovah ini, yang mungkin kena melibatkan diri dalam sembahyang berhala pagan sebagai sebahagian tugasnya (2Raj 5:18-19)? Pergilah dengan damai sejahtera! Jangan risau akan itu! Orang Farisi sudah mungkin akan mahu mati kalau mendengar hikmah yang sebegitu berbelas kasihan ini, kerana mereka tidak pernah belajar amsal yang ada di depan matamu ini.

Penceraian dan perkahwinan semula kerap kali merupakan isu yang paling sukar yang dihadapi pastor. Jika Alkitab hanya membenarkan perzinaan dan peninggalan sebagai dasar untuk penceraian dan perkahwinan semula (Mat 5:32; 19:9; 1Kor 7:12-16,27-28), ada banyak peluang bagi mereka untuk mengamalkan amsal ini. Ada kes-kes yang kurang sampai ke tahap perzinaan atau peninggalan, tetapi sama atau lebih teruk dalam sifatnya atau kesannya, yang penceraian diperbenarkan dengan peraturan ini dan peraturan yang serupa di Wasiat Baru (Mat 12:7). Seorang pastor yang berhikmah akan cukup menyanjungi prinsip-prinsip sedemikian. Adakah sesiapa pun yang serupa Daud untuk memakai prinsip ini dengan bersukacita?

Kebanyakan pastor yang konservatif akan takut memakai peraturan ini, sebab mereka telah dilatih untuk menjadi pelekat kepada surat hukum, dan untuk mengabaikan semangatnya. Mereka tidak memahami amsal ini atau peraturan yang serupa di Wasiat Baru. Mereka kena teguh berpegang kepada tradisi orang Farisi, kalau tidak, mereka akan dianggap sebagai orang yang berfahaman bebas oleh orang yang membenci belas kasihan. Semoga Allah membangunkan orang untuk menolak belenggu Kefarasian dan menggalakkan kebebasan Yesus Kristus, namun tanpa mengkompromikan hukum-hukum Allah untuk berbuat sesuka hati atau apa yang memudahkan. Tuhan, biar adanya lebih pastor seperti Daud.

Jika kamu lemah iman dan memerlukan lebih ketabahan, semoga Tuhan memberi lebih sokongan bagi pemakaian sedemikian bagi belas kasihan, sebab Dia juga membela para rasulNya yang memetik buah jagung pada hari Sabat dengan berkata, “Hari Sabat diadakan untuk manusia, bukan manusia untuk Sabat” (Mar 2:23-28). Apakah maksudNya? Dia bermaksud bahawa Hari Sabat ada tujuan dan niat yang mengatasi perintah Hari Sabat itu. Jika kamu dapat mengamalkan tujuan dan niat Hari Sabat, meskipun melanggari surat hukum Sabat yang tegas itu, kamu diperbenarkan dan digalakkan untuk berbuat demikian.

Kamu dapat dengan mudah menyimpulkan bahawa perkahwinan diadakan untuk manusia, dan bukan manusia untuk perkahwinan. Harus mengapakah kita memaksa perkahwinan untuk kekal bersama, jika tujuan perkahwinan sudah dibinasakan dengan ketiadaan harapan? Satu-satunya alasan ialah untuk menyanjungi “korban” mengatasi “keadilan dan penghakiman”, yang melanggari amsal ini dan menunjukkan mentaliti orang Farisi dalam hati. Peraturan untuk niat adalah bagi hikmahmu; inilah tujuan Amsal; inilah tujuan Amsal 21:3.

Hikmah menanggap niat suatu perintah supaya mengamalkan semangatnya sementara melanggari suratnya. Namun kebebasan ini hanya bagi orang yang berusaha mengekalkan perkahwinandengan sepenuh tenaga, sebab manusia tidak boleh dengan sikap perlekehan memisahkan apa yang Allah telah menggabungkan. Adakah percakapan ini mendua lidah? Adakah ini munafik kerana mengesahkan dua pendirian yang bertentangan? Tidak, ia bererti membahagikan firman kebenaran dengan betul dan menemui keseimbangan hikmah Allah. Amin!

Inilah hikmah yang tinggi, iaitu yang dimiliki Daud dan Yesus, tetapi ia juga siap diberi kepadamu, jika kamu percaya kepada firman Allah, seperti di dalam amsal ini. Yesus mengutuk orang yang menghakimi situasi-situasi oleh apa yang kelihatan daripada fakta-faktanya dan kesan-kesannya (Yoh 7:24). Dia tahu bahawa ada cara pandangan yang lain , dan itu dengan penelitian wajar segala aspek – penelitian yang berdasarkan keadilan dan penghakiman. Adakah kamu menghakimi secara pandir dan secara cetek dengan memandang kepada apa yang kelihatan dalam situasi, atau dapatkah kamu meneliti dengan wajar suatu situasi pada tahap yang lebih mendalam supaya sampai kepada balasan yang benar-benar berhikmah?

Ada keperluan besar untuk penghakiman yang berhikmah dan yang wajar di dalam banyak situasi. Sekali sekala adanya percanggahan, atau perselisihan yang ternyata, di antara peraturan dan ketetapan Allah. Yosafat telah mentahbiskan para hakim yang akan mampu menghakimi melebihi kontroversi-kontroversi yang kelihatan supaya dapat menentukan penyelesaian yang wajar, apa yang berdasarkan keadilan dan penghakiman. Pertanggungjawaban Yosafat kepada orang-orang itu tentang tugas mereka sungguh mengarahkan kita (2Taw 19:8-11).

Pertimbangkan salah satu lagi contoh. Jika perniagaan, kesihatan, atau percutian seseorang menahannya daripada perhimpunan jemaah, kamu boleh menerima keutamaan belas kasihan dengan amsal ini, walaupun kamu lebih menekankan kehadiran daripada kebanyakan orang (Ibr 10:23-25). Kamu tidak akan mengutuknya sebagai orang yang kurang Kristian; kamu akan menggalakkannya kerana menjadi orang yang berbelas kasihan dengan hikmah. Dan kamu tidak akan membantah atau mengelak untuk memakai prinsip ini kepada dirimu sendiri (Ams 11:17).

Amsal ini tidak boleh dipakai untuk mengabaikan atau melanggari perintah Allah dengan bebal. Kamu harus tahu apa yang terjadi kepada orang yang memandai memungut batang kayu pada hari Sabat (Bil 15:30-36) dan kepada Daud ketika dia mengalihkan tabut waad dengan tidak mengikut tata tertib (2Sam 6:1-11). Hanya apabila adanya percanggahan di antara perintah atau keperluan untuk belas kasihan timbulnya sebab untuk mempertimbangkan prinsip-prinsip hikmah seperti amsal ini.

Kamu patut menyanjungi semua ketetapan Allah sebagai betul (Maz 119:128), dan kamu harus tahu apa yang diajar Yesus tentang orang yang melanggari perintah yang paling kecil pun (Mat 5:19). Tetapi kamu tidak boleh takut atau mengecut untuk melanggari ordinan-ordinan upacara supaya dapat menunjukkan kasih dan belas kasihan ketika dalam situasi-situasi yang sukar atau yang pedih. Belas kasihan TUHAN kekal untuk selamanya!

Yesus mengajar belas kasihan yang tidak pernah dilihat Israel. Dia mengajar supaya tidak membalas kejahatan (Mat 5:38-42), mengasihi musuh (Mat 5:43-48), sukacita ke atas para pendosa yang bertaubat (Luk 15:1-32), dan belas kasihan yang berkelimpahan dengan luar biasa bagi orang yang berbelas kasihan (Luk 6:37-38). Tetapi peraturan telah diberi di dalam amsal ini. Akankah kamu mengambil kesempatan pemberian Allah dan belajar hikmah yang berharga ini daripada Allah di syurga melalui pena Solomo? Akankah kamu dapat menemui keseimbangan dan keutamaan Allah dan mendahului keadilan, belas kasihan, dan kerendahan hati (Mik 6:6-8)?