21:1
Hati raja berada di dalam tangan TUHAN seperti aliran air sungai: dia mengalirkannya ke mana jua yang dikehendakinya.
Allah Yang Maha Kuasa ada kuasa yang mutlak ke atas hati manusia, termasuk hati para raja. Semudah seperti Dia mengarahkan sungai mengalir ke sana ke sini sementara membawa air ke arah laut, dan semudah seperti seorang petani mengalirkan air melalui saluran dan paip air bagi menyuburkan ladangnya, demikian juga Allah memalingkan hati para raja ke mana-mana pun arah yang diinginiNya untuk mencapai tujuan kudusNya. Biar TUHAN dibesar-besarkan!
Sementara mengenal fakta ini, kamu harus berdoa dengan yakin bagi para raja dan bagi semua pihak berkuasa, kerana tahu Allah mampu dan memang mengarahkan hati dan keputusan-keputusan mereka (1Tim 2:1-2; Yer 29:4-7). Ester tahu pengaruh paling berkuasa yang dimilikinya ke atas suaminya yang raja ialah doa (Est 4:16). Nehemia juga bersiap dengan doa sebelum mencari bantuan Raja Persia (Neh 1:4,11; 2:1-6).
Sementara mengenal fakta ini, kamu harus menunduk kepada hukum-hukum mereka, kerana tahu bahawa mereka dan keputusan-keputusan mereka sedang dikawal dan diarahkan oleh TUHAN bagi kemuliaanNya dan bagi manfaatmu (Rom 13:1-7; Yes 49:23). Seperti para penggubal undang-undang kerap kali menggubal undang-undang cukai untuk melaksanakan polisi atau memberi perkenan kepada golongan masyarakat tertentu di negara, Allah menggerakkan para penggubal undang-undang ini bagi kehendakNya dan bagi keuntunganmu.
Sementara mengenal fakta ini, kamu tidak harus hairan atau khuatir tentang para penguasa yang mencabuli penghakiman dan keadilan di negara. Walaupun para penguasa negara berada di kedudukan-kedudukan kekuasaan yang tinggi, Allah adalah lebih tinggi daripada mereka. Dia tahu dengan menentu apa yang sedang dilakukan mereka; Dia boleh mengubahkan pilihan-pilihan mereka dan kuasa mereka pada bila-bila masa; Dia akan menghakimi mereka (Pkh 5:8; Maz 82:1-8; Dan 2:21).
Sementara mengenal fakta ini, kamu patut memahami bahawa Dia mengawal sepenuh-penuhnya orang yang berpangkat lebih rendah dan situasi-situasi yang lebih sederhana. Jadi, percayalah kepadaNya sepenuhnya dan nantikanlah belas kasihanNya (Ams 16:9; Rut 2:3; Yak 4:13-15). Dia juga memerintah peristiwa-peristiwa nasib tanpa dipengaruhi kebarangkalian statistik (Ams 16:33). Tiada dalih bagimu untuk menjadi khuatir tentang bos atau ahli keluarga atau musuh, sebab Dia dengan mudah boleh mengubahkan hati sesiapa pun yang dapat mengubahkan situasi yang memedihkanmu.
Ketika Kerajaan Rom runtuh pada 476 Masihi, dan sepuluh bangsa lagi bangkit dari reruntuhannya (Dan 7:24; Wah 17:12-13), Allah menaruh ke dalam hati mereka untuk menggenapi kehendakNya dan mengarahkan negara-negara untuk menyokong paus dan membentuk Kerajaan Rom yang bangkit semula dari reruntuhan (Wah 17:17). Ia tidak penting apakah dorongan kepentingan diri sendiri atau dorongan ketakutan yang ada pada mereka sehingga menyokong cita-cita kepausan, sebab mereka melakukannya kerana Allah menaruh gagasan itu ke dalam hati mereka. Dan sesudah itu mencapai tujuan agungNya, Dia mengubahkan hati mereka sekali lagi (Wah 17:16). Babel jatuh, seperti yang dinubuatkan oleh TUHAN yang sama!
Kedaulatan kuasa sedemikian atas hati raja bukanlah sesuatu yang baru, sebab Dia telah melakukannya sejak permulaannya. Dia mengeraskan hati Firaun supaya mendapat kemuliaan menggulingkannya dan Mesir (Kel 4:21; 14:4,17). Apa lagi sebab di sebalik orang yang mahu membawa kereta kudanya ke dalam Lautan Merah setelah menyaksikan sepuluh azab ke atas tanah Mesir! Betapa bebalnya dia! Berhati-hati, hai pembaca, supaya tidak tinggi hati, tetapi jadilah takut.
Dia mengeraskan hati Sihon, raja orang Amori, supaya dapat membinasakannya dalam pertempuran (Ula 2:30). Dia mengeraskan hati Daud untuk membuat banci orang Israel dengan menyerahkannya ke Syaitan untuk sementara (2Sam 24:1; 1Taw 21:1). Dia mendedahkan hati Hizkia dengan meninggalkannya kepada keangkuhannya sendiri (2Taw 32:31). Dia main-main dengan Ahab dengan berbohong kepadanya melalui nabi Tuhan sendiri dan kemudian menyampaikan roh pembohong kepada para nabi Ahab (1Raj 22:15,22). Dan Raja Asyur tidak melebihi kapak atau gergaji di tangan TUHAN, walaupun dia tidak fikir sebegitu (Yes 10:5-15).
Allah Yang Maha Besar, tiga kali setahun, menghentikan nafsu para raja mengingini tanah Israel, ketika semua umat menghadiri tiga pesta ulang tahun (Kel 34:24). Tetapi dia juga mengeraskan hati para raja yang sama itu supaya dibinasakan di dalam pertempuran terhadap Israel (Yos 11:20). Dia memberi hati yang baru kepada Saul dan keluasan hati kepada Salomo untuk memperlengkapkan mereka untuk menjadi raja (1Sam 10:9; 1Raj 4:29). Tetapi Dia memberi Nebukadnezar hati binatang selama tujuh tahun supaya merendahkannya, dan izin pun tidak dimohon oleh Tuhan kepada raja yang kasihan itu (Dan 4:16-17).
Sama ada Adolph Hitler, Presiden Trump, atau Vladimir Putin, ia tidak penting – TUHAN mengawal hati mereka. Kamu harus berdoa untuk mereka. Jika di bawah pemerintahan mereka, kamu boleh menunduk kepada undang-undang mereka (kecuali melanggari hukum Allah). Kamu boleh berdiam di dalam dekapan lengan Allah syurgawi yang mengasihi tetapi juga yang kuat, kerana mereka tidak dapat menyentuhmu tanpa izinNya (Maz 105:14-15).
Hai pembaca, bersyukurlah bahawa TUHAN berdaulat atas hati manusia, kerana jika Dia tidak mengubahkan hatimu, kamu mungkin sedang memuja patung di sebuah tokong (Yes 44:9-20). Dia mengubahkan hati Lidia supaya mengambil perhatian yang teliti kepada khutbah Paulus (Kis 16:14). Beri kemuliaan kepada Allah, dan mintaNya untuk terus mengubahkan hatimu (1Raj 8:58; Maz 51:10; 119:32,36; 141:4; Yes 63:17; Flp 2:13; 2Tim 2:24-26; Ibr 13:21).