21:30
Tiada kebijaksanaan atau pemahaman atau pertimbangan yang dapat menentang TUHAN.
Jika kamu ragu-ragu akan kedaulatan Allah, kamu pasti tidak akan ragu-ragu selepas membaca dan merenungi amsal ini. Amin dan amin! Biarlah semua yang mengenal dan yang mengasihi TUHAN berkata, “Amin!” Bagi pernyataan-pernyataan kebenaran dan pengisytiharaan doktrin yang dokmatik, ini salah satunya amsal yang terbaik.
Dia satu-satunya Allah, dan tiada makhluk baik di syurga mahupun di bumi yang dapat menahan atau menyoal perbuatanNya. Kemuliaan bagi Allah! Dia melakukan kehendakNya sendiri di angkatan syurga dan di antara penghuni-penghuni bumi. Akuilah apapun pemberontakanmu. Rendahkanlah dirimu di kakiNya. Puji dan sembahNya selama-lamanya.
Dia menurunkan raja yang paling hebat di dalam sejarah dunia kepada seekor lembu jantan yang makan rumput, sehingga raja itu memuji dan menyembah Dia sebagai Raja syurga (Dan 4:1-37). Ini telah dicatatkan di dalam tawarikh-tawarikh Kerajaan Babel. Ia telah disebarkan ke seluruh dunia di dalam setiap bahasa kepada setiap bangsa yang dikenali. Raja yang kuat itu menulis:
“Dan pada penghujung hari-hari itu, aku, Nebukadnezar mengangkat mataku ke syurga, dan kewarasanku kembali kepadaku. Dan aku memuji yang Mahatinggi, dan aku memuji dan memuliakan dia yang hidup selama-lamanya, yang ketakhtaannya ialah ketakhtaan yang abadi, dan kerajaanNya adalah dari generasi ke generasi: Dan semua penghuni di bumi dianggap sebagai kosong; dan dia berbuat menurut kehendaknya terhadap angkatan di syurga, dan terhadap penghuni di bumi: dan tidak seorang pun yang dapat menahan tangannya, atau berkata kepadanya, Apakah yang engkau buat? - Maka sekarang aku, Nebukadnezar, memuji dan meninggikan dan memuliakan Raja syurga, iaitu dia yang segala pekerjaannya benar, dan jalan-jalannya adil: dan sesiapa yang berjalan di dalam keangkuhan dapat dia rendahkan.”
(Dan 4:34-35,37).
Di sinilah permulaan hikmah (Ams 1:7), mata air pemahaman (Ams 9:10), dan sumber pengetahuan (Ams 1:29). Kepercayaan sepenuhnya kepada kedaulatan TUHAN Jehovah adalah dasar yang diperlukan untuk fikiran yang wajar dan kehidupan yang wajar. Biarlah setiap pembaca berhati-hati mengendahkan ini.
Firaun yang kuat, raja mutlak dan allah Mesir, berkata kepada orang utusan Jehovah, yakni Musa, “Siapakah TUHAN, supaya aku harus mentaati suaraNya untuk melepaskan Israel? Aku tidak mengenal TUHAN, dan juga tidak akan melepaskan Israel” (Kel 5:2). Selepas meremuk Mesir dengan sepuluh azab, dan membunuh semua anak sulung bangsa itu, TUHAN mengeluarkan roda kereta kuda Firaun dan membiar dia memikir tentang lemas sebelum menyesakkan nafasnya di dalam air Laut Merah. Kemuliaan bagi Allah!
Benhadad, raja Siria [atau orang Aram], ingat bahawa Jehovah dan orang Israel hanya mampu berperang di atas bukit, tetapi Allah membinasakan tenteranya di dataran dan oleh tembok yang runtuh (1Raj 20:22-30). Raja Ahab ingat bahawa dia dapat menyamar diri di dalam medan peperangan dan mengubahkan nubuat TUHAN akan kematiannya, tetapi Jehovah menghantar suatu anak panah rambang yang menembusinya melalui sambungan baju zirahnya. Sanherib, raja Asyur, menyumpahi Jehovah dengan cabul sekali. Dia kehilangan seluruh angkatan tenteranya dalam satu malam kerana malaikat TUHAN, dan anak-anaknya sendiri membunuhnya sementara tengah-tengah bertanya kepada patung berhala mengapa dia ditewaskan dengan teruk sekali terhadap orang Israel (2Taw 32:21).
Herod yang Agung ingat bahawa dia dapat mengelak Raja kepunyaan Allah dengan membunuh anak-anak Betlehem, tetapi dia mati dengan menderita selepas beberapa bulan, sementara Yesus selamat di Mesir (Mat 2:1-20). Herod Agrippa I mengizinkan orang Tirus dan Sidon mengampunya sebagai tuhan sementara mereka mengingini keredaan politiknya, tetapi Allah membunuhnya dengan mengadakan dia dimakan cacing (KPR 12:20-23).
Orang Yahudi bersubahat untuk membunuh Yesus dan membasmikan Manusia yang benar ini daripada negara mereka, tetapi Dia kembali dengan angkatannya dan membunuh para pembunuh itu dengan teruk sekali lalu membakar kota mereka (Mat 22:1-7). Mereka menyahut, “Kami tidak mahu orang ini memerintah atas kami” (Lukas 19:14); mereka berkata, “Biar tumpahan darahnya ditanggung kami dan anak-anak kami” (Mat 27:25). Dan terjadilah demikian! Yesus bertakhta atas mereka dan membalas tumpahan darahNya pada tahun 70 dengan memakai tentera orang Rom.
TUHAN Jehovah ialah Raja diatas segala raja! Dia Tuhan segala tuhan! Perdana Menteri, Sultan-sultan, Parlimen, Mahkamah Tertinggi dan semua pegawai negara yang telah dipilih dan dilantik harus merendahkan diri mereka dihadapanNya. Apa-apapun undang-undang, penafsiran undang-undang, atau tindakan yang menentang kehendakNya di dalam Kitab Suci akan menerima hukuman yang teruk dan menakutkan tidak lama lagi. Amaran Mazmur 2 adalah supaya mereka mencium Anak supaya jangan Dia membinasakan mereka sama sekali.
Korah bersama konco-konconya ingat mereka boleh menyalak menentang Musa, jadi, TUHAN membuka bumi dan menelan mereka hidup-hidup dengan keluarga mereka (Bil 16:1-34). Ananias dan Safira ingat mereka dapat berbohong berkenaan jualan tanah dan pemberian mereka kepada gereja, tetapi TUHAN membunuh mereka (KPR 5:1-11). Hai pembaca, adakah kamu menghormati orang yang diutuskan Allah kepadamu?
Dia Tukang Periuk; manusia hanya tanah liat (Rom 9:21). Manusia tidak mempunyai sebarang hak untuk menyoalNya (Rom 9:20). Dia memilih sesetengah manusia yang tanah ini sebagai objek murka dan kuasa dengan membinasakan mereka, dan sesetengah lagi manusia yang tanah ini sebagai objek kemuliaanNya dan belas kasihanNya (Rom 9:22-24). Berilah kemuliaan kepada Allah. Rendahkanlah dirimu dihadapanNya. Rayulah kepadaNya untuk belas kasihan.
Orang yang percaya kepada evolusi menentang Pencipta, tetapi mereka tidak dapat mengevolusikan keluar maut dan temujanji mereka untuk berhadapan dengan TUHAN di mahkamah keadilanNya yang mengerikan (Ibr 9:27). Pembunuh diri ingat mereka boleh menamatkan rasa salah mereka dengan menamatkan nyawa mereka. Tetapi mereka bangun sejurus kemudian untuk menghadap kedahsyatan Yang Berdaulat di syurga yang mengisytiharkan hal membunuh layak menerima neraka yang kekal!
Adam dan Hawa ingat mereka dapat menutupi salah dan malu mereka dengan daun pokok ara dan bersembunyi di antara pokok-pokok Taman Jehovah, sama seperti orang yang ingin menutupi dosa-dosa mereka dan bersembunyi pada masa kini. Tetapi mereka telah didedahkan dan dikutuk! Yunus ingat bahawa dia dapat melepaskan diri daripada panggilan pelayanannya dengan melarikan diri ke Tarsis, tetapi TUHAN menghantar ikan paus untuk memperbetulkannya!
Tiada hikmah yang menentang hikmah TUHAN, jadi pilihlah hikmah (Maz 119:128; Yes 8:20). Tiada hikmah yang menentang takdir TUHAN, jadi terimalah keadaan kelilingmu dengan tenang dan dengan kepuasan (Fil 4:11; 1Tim 6:6). Tiada hikmah yang menentang penghakiman TUHAN, jadi taatilah Dia dengan hati yang girang (Bil 32:23). Tiada hikmah kecuali hikmah yang diberiNya dan yang dinyatakanNya kepada kita, maka, bermohon untuk itu dan bersyukur kepadaNya (Yak 1:5).
Tiada pengetahuan kecuali pengetahuan daripada Dia. Maka bersyukurlah kepadaNya bagi setiap ketul pengetahuan yang kamu terima, jikalau tidak Dia akan merampaskannya daripadamu dan merampas tambahan lagi (Maz 119:18; 2Tes 2:9-12). Mula dengan alam semulajadi (Rom 1:18-20), kemudian kepada sifat semulajadi (Rom 1:26-27), kemudian kepada hati nurani (Rom 2:13-15), dan kemudian kepada alkitab (2Tim 3:16-17). Rendahkanlah dirimu untuk menyembah Sang Pencipta dan menolak apapun persaingan; kekalkanNya di dalam pengetahuanmu. Kalau tidak … (Rom 1:28)!
Hamba-hamba Allah yang benar telah ditugaskan dan ditahbiskan untuk berperang menentang bayanganmu dan fikiranmu (2Kor 10:4-6). Tugas mereka adalah untuk mengkhutbahkan, “Beginilah firman TUHAN,” yang timbul 413 kali di dalam Alkitab, yang bermaksud mereka harus memberitakan fikiran Tuhan mengatasi dan menentang fikiranmu. Mereka juga tidak harus membuang masa mereka dengan soalan-soalanmu yang bebal (1Tim 4:7; 6:20-21; 2Tim 2:16,23; Tit 3:9-11). Jika pastor kamu tidak berkhutbah sedemikian, carilah pastor yang baru.
Jangan sesekali berangan-angan atau berfikir bahawa kamu boleh berdosa dan terlepas daripada pengetahuan Tuhan dan penghakiman dosamu. Janganlah memperdayakan dirimu dengan fikiran bahawa kamu boleh mengkompromikan peraturan-peraturan hikmahNya lalu beroleh kejayaan. Janganlah ingat adanya langkah-langkah pencegahan yang dapat kamu pakai untuk melepaskan diri daripada penghakimanNya. Janganlah kamu mengadakan bayangan bahawa kamu telah memperoleh hikmah yang lebih sempurna daripada AlkitabNya. Jangan menahan dan memberontak. Sebaliknya, bertaubatlah dan berubahlah. Mungkin Dia akan berbelas kasihan.
Bagaimanakah caranya untuk melepaskan diri daripada TUHAN? Apakah yang sedang dirancangkanmu untuk menentang firmanNya pada hari ini? Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu. Dapatkah kemunafikan dirimu memperdayakan TUHAN? Adakah ia dirimu yang menimbang-nimbang pekerjaan baikmu dihadapanNya? Dapatkah kamu mengerakkan emosi TUHAN pada hari penghakiman? Kamu memang orang bebal jika percaya kepada khayalan-khayalan sebegini. Rayulah kepadaNya untuk belas kasihan sekarang!
Kuda (Maz 33:17), kereta kuda (Maz 20:7), penguasa, atau manusia (Maz 146:3-4) sama sekali tidak dapat menyelamatkanmu. Kamu akan berdiri telanjang di hadapan takhta pengadilanNya, tergantung-gantung di sana hanya oleh kehendakNya, sebab syurga dan bumi telah melarikan diri dari hadiratNya, dan Dia akan menghakimi setiap perbuatanmu (Wah 20:11-15). Rendahkanlah dirimu di hadapanNya pada hari ini juga, percayalah FirmanNya, akuilah dosa-dosamu, dan rayulah kepadaNya untuk belas kasihan. Berdiri dalam kekaguman, dan janganlah berdosa (Maz 4:4). Bersiap untuk bertemu dengan Allahmu (Amo 4:12).