Amsal · Proverbs

21:31
Kuda disediakan bagi hari pertempuran: tetapi keselamatan itu daripada TUHAN.

Adakah kamu mengunci pintu pada waktu malam? Adakah kamu memiliki sistem sekuriti? Sudahkah kamu mendaftarkan nombor telefon dan alamat dnegan pihak polis? Adakah kamu seorang yang tidur-tidur ayam? Keselamatanmu masih bergantung kepada TUHAN. Sebab jika dia tidak melindungimu, tiada apa pun tindakan yang kamu pakai yang dapat mengekalkan keselamatan dan sekuritimu.

Tahukah kamu caranya untuk percaya kepada TUHAN bagi keselamatan? Lanjutkan bacaanmu, dan serahkan dirimu kepada TUHAN. Dia akan menyelamatkan mereka yang menaruh percaya kepadaNya, meskipun harus menghadapi gergasi kuat dengan hanya satu tarbil dan sebiji batu yang licin, atau meskipun suatu angkatan askar mengelilingi mereka. Belajar untuk seimbangkan kemampuan manusia dan bantuan TUHAN dalam iman. Belajar hikmah pada hari ini.

Amsal yang sebelum ini mengajar bahawa tiada kejayaan tanpa Allah (Ams 21:30); amsal ini pula mengajar bahawa tiada kejayaan tanpa Allah. Beri kemuliaan kepada TUHAN, dan taruh segala kepercayaanmu kepadaNya. Dia dapat dan akan menyelamatkanmu daripada segala bahaya atau musuh yang dapat kamu fikirkan, baik siang mahupun malam, baik ancamannya dapat dilihat mahupun tidak. Bacalah Mazmur 91 dan tabahkan hati.

Daud menulis dalam suatu tempat yang lain, “Melainkan TUHAN membina rumah, mereka yang membinanya berjerih lelah dengan sia-sia: melainkan TUHAN memelihara kota, penjaga berjaga dengan sia-sia. Sia-sia bagi kalian untuk bangun awal-awal, untuk duduk sampai larut malam, untuk makan roti dukacita: sebab dia yang memberi kekasihnya itu tidur” (Maz 127:1-2). Usaha-usaha yang terlampau atau ekstrim untuk melindungi dirimu sendiri adalah sia-sia. Percayalah TUHAN, dan pergilah tidur. Bagaimana Daud pergi tidur? “Aku akan berbaring dalam damai sejahtera, dan tidur: sebab engkau, Tuhan, hanya menjadikanku untuk berdiam dalam keselamatan” (Maz 4:8).

TUHAN mahu kamu memakai jalan-jalan yang munasabah untuk melindungi dirimu sendiri, tetapi Dia akan menyelesaikan segala yang lain. Jika kamu melampaui jalan-jalan yang munasabah, maka kamu sedang percaya pada dirimu dan jalan-jalanmu, daripada percaya kepadaNya. Kadar keselamatanmu itu sudah turun! Berhati-hati, supaya jangan Dia mengutus seorang pencuri pada malam ini juga untuk membuktikan bahawa kamu perlu percaya kepadaNya. Kamu harus memakai langkah-langkah mencegah yang biasa, menyerah kekhuatiranmu kepadaNya, dan pergi tidur dengan damai sejahtera dan dengan selamat.

Para raja menyediakan kuda untuk peperangan, kerana Allah menciptakan kuda untuk menjadi suatu senjata peperangan yang berguna (Ayb 39:19-25). Kelajuan, kekuatan dan ketabahannya menambahkan kemampuan berperang bagi suatu angkatan di medan perang. Ini sebelum ciptaan kapal terbang, kereta kebal, dan kenderaan bersenjata yang lain. Kereta kuda yang ditarik kuda juga dipakai kerap kali (1Raj 4:26; 10:26). Suatu angkatan yang disertai pasukan askar berkuda jauh lebih berkesan daripada hanya infantri.

Tetapi Allah ingin kamu tahu bahawa tak kira apa pun usaha-usahamu untuk melindungi keluargamu, kamu sebenarnya kebergantungan kepadaNya bagi keselamatanmu. Kepercayaan kepada TUHAN lebih penting daripada apa pun yang lain, walaupun Dia mahu kamu mengambil langkah-langkah pencegahan biasa dalam hal keselamatan dan segala apa pun hal. Dia ingin kamu percaya bahawa dia akan melindungimu.

Ahab yang durjana, sementara sudah diberitahu bahawa TUHAN akan membunuhnya pada hari itu juga, pergi ke dalam pertempuran dengan samaran askar biasa untuk membuktikan bahawa TUHAN itu salah. Tetapi suatu anak panah yang rambang, yang ditembak tanpa apa pun sasaran yang diniatkan, menemui suatu lubang dicelah perisai tubuhnya lalu membunuhnya (1Raj 22:30-38). Percayalah kepada Tuhan, dan Dia akan melindungimu. Tolaklah Tuhan supaya dapat percaya kepada usaha-usahamu sendiri, dan Dia akan menghakimimu.

Panglima Pelindung England, Lord Oliver Cromwell, yang telah memimpin angkatan yang paling berjaya dalam sejarah England, sebelum masuk pertempuran dengan musuh yang lebih besar bilangannya, telah dikhabarkan menggesakan pasukan askarnya dengan kata-kata ini, “Taruhlah kepercayaanmu kepada Tuhan – dan biar serbuk senjata apimu kering!” Betul! Dalam kata-kata Cromwell ini, ada iman dan kehematan yang digabungkan dengan betul.

Berdasarkan kadar kamu percaya kuda (atau apa pun langkah perlindungan), kamu hilang berkat Allah ke atas usaha-usahamu. Taruhlah kepercayaanmu dalam TUHAN, dan kurangkan keyakinanmu pada langkah-langkah yang semulajadi sebanyak semungkin. Banyaknya nas Alkitab yang memandang rendah kekuatan kuda dan kereta kuda bagi mereka yang tidak percaya kepada TUHAN (Ula 17:16; 2Taw 16:7-12; Maz 147:10; Pkh 9:11; Yes 30:1-7,15-17; 31:1; 36:6-10; Yer 17:5; Yeh 17:15-19; Amo 5:4-8).

Ikuti Daud, yang telah menulis, “Sesetengah percaya kepada kereta kuda, dan sesetengah kepada kuda: tetapi kita akan mengingati nama TUHAN Allah kita” (Maz 20:7). Dan, “Tiada raja yang diselamatkan oleh bilangan besar angkatannya: orang gagah tidak diselamatkan oleh kekuatan yang besar. Seekor kuda ialah benda yang sia-sia bagi keselamatan: dan ia juga tidak akan menyelamatkan sesiapa pun oleh kekuatannya yang besar. Lihatlah, mata TUHAN tertuju kepada mereka yang takut akan dia, kepada mereka yang berharap dalam belas kasihannya” (Maz 33:16-18).

Belajarlah hikmah yang menyelamatkan ini yang diajar oleh Daud untuk hanya berusaha melakukan apa yang munasabah terbaik dan percaya kepada Tuhan untuk menyelesaikan yang lain (Maz 127:1-2). Ini juga dipakai bagi segi keselamtan dan apa pun usaha dalam kehidupanmu. Apakah yang kamu takut? Serahkannya kepada Tuhan selepas usaha yang munasabah dan pergi tidur dengan keyakinan dalam Allah. Jika kamu menenangkan mindamu dalam Allah Jehovah dan kemampuanNya, Dia akan memberimu damai sejahtera yang sempurna (Yes 26:3-4).

Hari pertempuran besar itu sedang menjelang, hai pembaca. Hari itu ialah hari yang kamu akan ditelanjangi daripada segala bantuan manusia di hadapan mata yang menghanguskan dan keadilan yang kudus oleh Yang Berbahagia dan Yang Satu-SatuNya Diraja. Pada hari itu, biar keyakinanmu itu hanya di dalam Tuhan Yesus Kristus. Jangan bersandar kepada imanmu atau kepercayaanmu. Jangan tuntut apa pun perbuatan baikmu yang telah kamu buat bagiNya. Jangan menawarkan kata-kata yang sia-sia kepadaNya. Rayu dan percaya kepadaNya untuk belas kasihan yang sepenuh-penuhnya. Kamu akan diselamatkan dengan keselamatan yang abadi, sebab KESELAMATAN ADALAH DARIPADA TUHAN (Yun 2:9).