Amsal · Proverbs

22:13
Orang yang kekukangan berkata, Ada singa di luar, aku akan ditewaskan di jalan.

Orang malas selalu ada alasan! Mereka melihat kesukaran di dalam apa pun kerja. Mereka dengan angkuh menolak penjelasan-penjelasan baik orang yang berjaya bahawa suatu tugas boleh disiapkan (Ams 26:16). Mereka malas, dan mereka memakai fikiran angkuh mereka untuk menyakinkan diri dan orang lain untuk mengelak kerja itu.

Cabaran ialah kesempatan! Cabaran bermaksud bahawa orang malas tidak akan bertanding, maka ada lebih kesempatan bagi dirimu. Ia bermaksud bahawa upahnya atau untungnya lebih banyak. Ia bermaksud bahawa kemuliaan untuk menyiapkan tugas itu menjadi lebih tinggi. Ia bermaksud kemahiran dan pengalaman yang diperoleh lebih besar. Pertimbangkanlah itu!

Kesukaran ialah cabaran kepada orang yang tekun, tetapi alasan kepada orang yang kekukangan. Tekanan yang dibawa rintangan memberi maksud kepada orang tekun bahawa tugas itu memerlukan lebih usaha, tetapi itu dengan lekas menewaskan orang kekukangan. Apa pun kesukaran sudah cukupuntuk membatalkan rancangan-rancangannya dan berputus asa, sebab singa di jalan mungkin membunuh dia!

Dia mahu apa yang baik dalam kehidupan, tetapi tangannya menolak pekerjaan (Ams 19:24; 21:25), jadi dia mengusulkan alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk memperbenarkan dirinya sendiri. Dia lebih suka katilnya atau permainannya (Ams 6:9-10). Dia takut memikir hal mengerah tenaga, bercekal hati, atau kepedihan. Walaupun dia dan semua orang berhikmah tahu bahawa singa lebih suka berdiam di bukit dan di hutan, dia masih mengkhayalkan suatu pura-pura yang bodoh untuk mengelak kerja.

Inilah kata-kata orang yang malas. Dia tahu bahawa jalan-jalan kota tidak teruk seperti yang disebutkannya, tetapi dia memakai alasan yang rambang ini untuk memperbenarkan dirinya sendiri kepada orang lain. Alasan-alasan yang dipakai orang malas adalah sungguh Legion [banyak]. Selama si lamban wujud, singa dan binatang bahaya yang lain akan merayau di kota dan mengancam nyawa! Alasan-alasan demikian sebegitu tular, sehingga TUHAN memberi lagi sepatah amsal kembar untuk amsal ini (Ams 26:13)!

Tujuh orang yang berjaya mungkin dapat membuktikan bahawa tiada singa, tetapi orang yang membenci kerja akan masih menentang dan berkata adanya bahaya (Ams 26:16). Dia sudah menyakinkan dirinya sendiri akan kesukaran supaya menahan diri daripada mengerah tenaga dan berusaha; hujahan-hujahan orang tekun boleh dengan mudah diketepikan! Orang malas boleh memberi keterangan mengelak tanggungjawab mereka dengan seribu alasan yang tidak masuk akal.

Bohong orang yang malas itu mungkin dapat memuaskan dirinya, sebab orang yang kekukangan menjadi parah kalau diberi projek-projek yang mudah (Ams 15:19). Semakin orang yang kekukangan mempertimbangkan kesukaran sesuatu kerja semakin sukarnya tugas itu. Usaha-usaha yang separuh hati itu menjadikan busut nampak seperti gunung! Dia menuntut bahawa dia takut akan singa, tetapi melupa bahawa manusia ialah ketua kepada singa dan boleh memburu singa sebagai sukan.

Ada kata pepatah Bahasa Inggeris yang berbunyi, “When the going gets tough, the tough get going”, yang bermaksud, “Ketika jalan bertambah sukar, orang kuatlah yang maju berjalan”. Kata-kata ini tidak berasal daripada orang yang malas, sebab jalan yang sukar ialah alasan untuk berputus asa lalu mencari kerja yang lebih mudah. Orang yang tekun percaya dan mengamalkan kata-kata ini, dan mereka mencari ganjaran besar dalam jiwa sendiri dan daripada usaha-usaha mereka yang ghairah dan yang cekal hati dalam segala urusan (Ams 14:14; 22:29).

Sikap suka menangguh dan hipokondria [sikap bimbang kesihatan] ialah dosa. Ia merupakan alasan-alasan orang yang takut dan yang malas (Rom 12:11). Tanyalah orang malas mengapa dia tidak bahagia, dan dia akan memenuhi telingamu dengan kisah kesakitannya dan kepedihannya. Kamu akan fikir seakan-akan adanya Ayub wujud di setiap generasi! Tanyalah orang malas mengapa dia tidak menyiapkan tugasnya pada hari ini, dan dia akan memenuhi telingamu dengan cerita bagaimana esok adalah lebih baik dan lebih pasti. Masalahnya, dia akan mengatakan hal-hal yang serupa pada hari esok tentang hari kemudian!

Peralihan perhatian ialah dosa. Jika kamu ada kerja atau perniagaan, ketekunan ialah arahan Allah (Rom 12:11). Kesetiaan ialah nilai murni (Ams 13:17; 25:13; 28:20). Ia tugasmu yang dianugerah daripada Allah untuk memakai tenaga sebijak semungkin untuk menghasilkan sebanyak semungkin. Di Amerika, adakah gaji tahunanmu atau untung bersihmu dua kali ganda umurmu? Itulah yang menjadi suatu penanda. Jika kamu ketinggalan, mengapa? Apakah yang telah menjadikanmu teralih perhatian?

Keterbiaran ialah dosa. Meskipun kamu ada pasangan yang tekun dan yang setia, itu tidak membebaskanmu daripada tugas-tugasmu di hadapan Allah, kecuali ia mendapat persetujuan penuh selepas mencari nasihat firman Allah dan para penasihat yang berhikmah. Bangunlah dan keluar – tiada singa! Tetapi Singa Kaum Yehuda akan merayau mencari orang yang kekukangan, sebab hanya orang tekun yang berhasil berada di dalam kerajaanNya.

Apakah kesembuhan bagi ketakutan dan kekukangan? Keluar ke jalan! Perkuatkanlah tugas-tugasmu dengan keghairahan! Ia akan mengagumimu betapa kesunyian jalan-jalan itu kerana ketiadaan para pesaing, ketika kamu menyerang tugas-tugasmu. Pagi hanya gelap dan sejuk ketika kamu mengerekot di katil yang memanaskan tubuh selesa dengan lampu terpadam. Keluarlah katil dan pasanglah lampu, dan kamu akan terkejut bahawa hal-hal sudah semakin elok!

Sepuluh pengintip yang takut dan yang kekukangan melupakan karya-karya besar Allah dalam peristiwa menyelamatkan diri mereka dari Mesir lalu memberitahu Israel bahawa Kanaan terlalu sukar untuk ditakluki mereka (Bil 13:26-33). Daripada memakai alasan singa di jalan, mereka memakai alasan gergasi dan belalang. “Dan di sana kami nampak gergasi, bani Enak, yang berasal daripada gergasi: dan kami adalah seperti belalang di pandangan kami, dan demikian juga kami di pandangan mereka” (Bil 13:33). Kasihanlah budak-budak lelaki ini! Mereka mati seperti anjing di padang gurun kerana iman dan ketekunan mereka yang kekurangan untuk mengambil alih tanah janji!

Yesus memberi tabung yang berlainan nilainya kepada tiga orang (Mat 25:14-30). Dua orang di kalangan mereka membuat pelaburan dan memperoleh pulangan yang elok yang disambut dengan pujian tinggi daripada Tuan mereka. Yang satu orang lagi merupakan pengalah yang kekukangan, yang telah menguburkan talentanya di dalam tanah, kerana ketakutan dan kekukangan. Dia memakai alasan Tuannya terlalu keras dalam harapanNya. Kasihanlah budak lelaki ini! Talentanya dirampas lalu diberi kepada orang yang ada sepuluh talenta. Yang kaya menjadi lebih kaya, dan yang miskin menjadi lebih miskin di kerajaan Yesus Kristus.

Yesus Kristus telah memanggilmu untuk memikul salibmu setiap hari (Luk 9:23). Bagaimanakah akan kamu respon? Akankah kamu berasa amat berat hati untuk berusaha lalu mengecut daripada pengakuanmu supaya mengundur dengan badaniah (Flp 3:18-19; Ibr 10:38-39)? Atau akankah kamu mengira kos dan jerih lelah yang diperlukan untuk membayar dengan sepenuhnya kemuliaan Juruselamatmu yang tersayang (Luk 14:25-33)? Akankah kamu memikulnya pada hari ini, hai pembaca?

Jika kamu melihat singa di jalan, sama ada ia projek alamiah ataupun ia projek rohani, ingat janji yang berharga ini, “Kamu akan memijak singa dan ular kapak: singa muda dan naga akan kamu injak di bawah kaki” (Maz 91:13). Biar ia jangan disebut tentangmu, “Bani Efraim, sementara bersenjata, dan memikul anak-anak panah, telah berpaling pada hari pertempuran” (Maz 78:9).’’

Ketika berkenaan tugas-tugas rohani dan hal menyenangkan Allah di syurga, ada sememangnya seekor singa di jalan yang harap untuk membahammu – iblis (1Pet 5:8). Tetapi jika kamu menentang dia, maka dia akan lari daripadamu (Yak 4:7). Jika kamu bangun dari tidur dan memakai seluruh perlengkapan perisai Allah yang telah dibekalkanNya, maka kamu dapat bertahan menentang tipu daya iblis (Efe 6:10-18; 5:14-16; 4:27).

Janji-janji Allah diperoleh oleh orang yang ghairah bekerja, dan bukan orang yang kekukangan (Ibr 6:9-12). Yesus telah memperoleh mahkotaNya dengan menghadapi dan bertahan lasak menentang singa itu dalam beberapa pertembungan (Maz 22:11-21; Mat 4:1-11; Ibr 12:1-3). Bersukacitalah, hai pembaca, bahawa Yesus tidak menyembunyikan diri daripada singa di luar, sebab kalau demikian kamu akan mati di dalam dosa-dosamu. Pertimbangkan teladanNya yang kudus dan ikutilah itu dalam segala tugas-tugasmu!