Amsal · Proverbs

22:12
Mata TUHAN mengekalkan pengetahuan, dan dia menunggangbalikkan kata-kata si pelanggar.

Pengetahuan sejati adalah kekal. Jehovah Allah Alkitab sudah memilikinya dari sejak permulaan (Ams 8:22-31). Dia akan mengekalkan segala pengetahuan untuk selamanya (Maz 119:152,160). Tetapi Dia memandang hina fikiran angkuh orang durjana (Maz 119:113). Dia akan membinasakan dan menghina mereka dengan mendedahkan kata-kata mereka sebagai bohong dan fikiran mereka sebagai khayalan-khayalan (1Kor 1:19-20; 3:19-20).

Mata TUHAN ialah metonim bagi penentuan nasib dalam hal-hal manusia. Mata dipakai untuk melambangkan penentuan nasibNya, kerana ia merupakan deria manusia yang menanggap dan memimpin, dan pemakaian kata itu dengan cara demikian dapat dengan mudah ditemui dalam Alkitab (2Taw 16:9; Maz 32:8; Zak 4:10). Allah syurgawi telah menyerah kerajaan alam semestaNya utnuk mengekalkan pengetahuan sejati dan mendedahkan itu kepada anak-anakNya. Kamu patut bersyukur kepadaNya dengan rasa terhutang budi.

Tetapi Allah yang menakutkan dan yang dahsyat setia untuk mendedahkan dan membinasakan fikiran dan kata-kata para pendosa. Dia setia untuk membuta, mengeliru, memperdaya, mengeras, dan melaknat orang yang menolak pengetahuan yang Dia tawar dalam ciptaan, penentuan nasib, hati nurani, dan Alkitab. Adakah kamu tahu Allah Alkitab? Kebanyakan pengkhutbah telah menggantikan doktrin yang sihat dengan kenikmatan dan dongeng untuk memuaskan gatal-gatal telinga orang Kristian badaniah (2Tim 4:1-4).

Kenalilah Allah Alkitab, Yang akan berbuat tepat-tepat apa yang telah dijelaskan di atas. Kenalilah Allah Alkitab dengan membaca mana-mana dua petikan ini: 1Raj 22:1-40; Ayb 5:8-14; 12:14-25; Maz 147:19-20; Yes 8:13-16; 19:11-17; 29:9-16; Yer 4:9-10; Yeh 14:1-11; mat 11:25-27; 13:10-15; 15:12-14; Yoh 12:37-41; Rom 1:18-32; 1Kor 1:17-24; 3:19-20; 2Tes 2:9-12; 1Pet 2:6-8. Memang adanya lebih lagi petikan yang dapat disebut, tetapi ini patut dapat menyampaikan isi penting ini kepada para pembaca yang mulia.

Firaun, penguasa yang paling besar di bumi, memberitahu Musa, “Siapakah TUHAN, sehingga aku patut mentaati suaranya untuk melepaskan Israel? Aku tidak mengenal TUHAN, dan juga tidak akan melepaskan Israel”. Inilah kata-kata terakhirnya yang terkenal! Selepas membinasakan Mesir, membunuh setiap anak sulung mereka, memberi kekayaan mereka kepada Israel, dan melemaskan Firaun dan angkatannya di dalam lautan Merah, dunia mengenal TUHAN. Allah telah memberkati kehidupan Firaun dan membangkitkan kepada kekuasaan hanya untuk peristiwa ini (Kel 9:16; Rom 9:17). Lagi pula, Dia memberitahu Musa sebelum itu tepat-tepat bagaimana peristiwa itu akan berlangsung (Kel 14:4,17; Rom 9:18).

Pada Mac 31, 1912, tempat pembuatan kapal Harland dan Wolff di England telah menyiapkan projek mereka yang paling megah. Dalam dua tahun sahaja, 1000 pekerja telah membina kapal yang paling besar dan yang paling megah. Para arkitek dan para pekerja sebegitu yakin sehingga sesetengah mereka mengisytiharkan kapal itu tidak dapat dikaramkan dan berkata, “Allah sendiri pun tidak dapat mengaramkan kapal ini”. Kata-kata terakhir yang terkenal! Dua minggu kemudian Titanic sudah terbelah dua dan karam di Lautan Atlantik Utara dengan kehilangan 1507 nyawa. Keyakinan manusia yang besar, orang kenamaan yang kaya, dan banyak kanak-kanak tidak mengharu hati Tuhan.

Allah telah menyimpan pengetahuan bagi DiriNya sendiri, yang merupakan rahsiaNya, tetapi Dia juga telah menyatakan banyak bagi umatNya untuk belajar dan untuk lakukan (Ula 29:29). Dia mengilhamkan manusia untuk menulis Alkitab, dan kemudian Dia mengekalkan salinannya dan terjemahannya supaya pengetahuanNya siap sedia bagi semua yang akan membacanya (Maz 12:6-7; 45:1; Yes 30:8; 2Tim 3:16-17; 1Pet 1:25; 2Pet 1:19-21). Dia menyiapkan lelaki untuk mengkhutbahkan firmanNya dan membentuk gereja, yang merupakan pertahanan dan sokongan pengetahuan di bumi (Yer 3:15; Efe 4:8-16; 1Tim 3:15; Yud 1:3).

Pendidikan boleh menjadi penghambat untuk mencari pengetahuan sejati (Mat 11:25-27; 1Kor 1:19-20; 3:19-20; 1Tim 6:3-5,20-21). Khayalan-khayalan orang yang terpelajar telah menciptakan banyak keganjilan. Di sinilah sesetengah daripadanya: seluruh alam semesta dan nyawa di dalamnya yang membiak adalah hasil daripada letupan yang huru-hara tenaga yang tidak bernyawa; manusia berevolusi daripada lumut, hukuman mati tidak berkesan untuk pencegahan jenayah, sodomi adalah biasa, lelaki dan perempuan adalah setaraf, kasih yang paling besar ialah kasih kepada diri sendiri, Picasso ialah seniman, perbelanjaan defisit [hutang] adalah baik, peperangan membantu ekonomi, hukuman rotan merosakkan kanak-kanak, ada nilai dalam pendapat murid-murid, dsb.

Walaupun usaha besar telah digiatkan oleh kuasa dunia sekular dan kuasa dunia agama untuk membinasakan agama Kristian Alkitabiah, ia masih diwakili dalam kebanyakan kota di setiap benua. Alkitab pernah dibakar, para hamba Allah dan para percayawan dipenjarakan atau dimatikan, ugutan diberi, doktrin-doktrin palsu direkakan, agama dipersendakan, dan godaan-godaan dunia ditawarkan. Tetapi mata TUHAN telah mengekalkan pengetahuanNya dan umatNya di bumi. Segala kemuliaan adalah bagi Allah!

Apakah pelajarannya? Ada hanya satu tempat untuk mendapatkan pengetahuan – Sang Pencipta Allah dan AlkitabNya. Segala apa pun fikiran ialah kegelapan yang gelap sepenuhnya (Yes 8:20; Maz 119:128).Letupan pengetahuan zaman kini tidak dapat membantu sedikitpun, sebab manusia selalu belajar tanpa apa pun kebenaran (2Tim 3:1-7). Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah syurga dan rayulah kepadaNya untuk mengajarmu pengetahuan yang sejati. Carilah pengkhutbah firman yang benar supaya kamu dapat bantuan dalam pembelajaran (Kis 8:30-35).