Amsal · Proverbs

22:15
Kebebalan tertambat pada hati seorang kanak-kanak; tetapi tongkat pembetulan akan mengusirkan itu jauh daripadanya.

Kanak-kanak memasuki dunia dengan program yang sudah mantap dalam hatinya. Mereka semula jadi cenderung kepada kebebalan. Itulah pilihan mereka yang asal. Tidak kira betapa tersayang mereka kepada ibu, hati mereka kekosongan hikmah dan penuh dengan kebebalan. Mereka tidak tahu atau mahu menjadi mulia atau wajar. Tetapi Allah dan orang yang paling berhikmah mengajar rawatannya yang pasti – pemakaian hukuman rotan.

Daud berbicara tentang hal dikandung dalam kedurjanaan (Maz 51:5), sebab sifatnya sejak kelahiran adalah rosak dan berpaling dari hikmah lalu menuju kepada kebebalan. Dia lebih lanjut menulis bahawa kanak-kanak berbohong saat dilahirkan (Maz 58:3). Ibubapa yang pandai menanggap akan memerhatikan bayi berdosa dengan jeritan marah (jauh melebihi tangisan biasa) dengan tiada apa pun alasan – mereka berbohong dan/atau menjadi marah untuk menuntut perhatian.

Kanak-kanak bersikap mementingkan diri sendiri, degil, tidak sabar, malas, tidak puas hati, pembohong,membongkak, pemberontak, dan sebagainya. Mereka tidak perlu diajar hal-hal tersebut, sebab mereka mengenalnya secara naluri sejak lahir. Skop dan sukatan pelajaran bagi apa pun institusi pendidikan tidak perlu memasukan hal kebebalan, kerana kanak-kanak secara semula jadi melakukannya tanpa arahan atau provokasi.

Tanpa didikan, kanak-kanak hanya tahu proses fikiran bebal dan reaksi kepada kehidupan. Jika naluri-naluri, tabiat-tabiat, atau kesukaan mereka ini tidak diperbetulkan, dan jika kanak-kanak tidak diajar hikmah, maka mereka akan mengejar kesalahan-kesalahan itu sampai menjadikan kehidupan mereka disfungsi dan awal-awal membinasakan diri sendiri. Dengan hikmah Salomo yang berilham ini, satu-satunya jalan yang paling baik untuk mendidik mereka adalah dengan pemakaian tongkat.

Tongkat ialah kayu atau rotan yang panjang dan nipis yang dipakai pada bahagian belakang budak dan menyebabkan kesakitan sederhana tanpa membahayakan tubuh. Ia menyengat lebih daripada menumbuk. Ia dipanggil tongkat pembetulan, sebab tujuannya adalah untuk memperbetulkan kecenderungan-kecenderungan bebal dalam setiap anak. Ia salah satu alat di rumah yang mudah namun yang paling berguna untuk tujuan mendidik anak menjadi berhikmah.

Para pendidik pada zaman dahulu, yang dengan berjaya mendidik banyak generasi budak untuk berakhlak dan berdisiplin, tidak pernah menyoal pengunaan tongkat. Mereka tahu pemakaiannya memainkan peranan yang penting untuk memalingkan budak nakal untuk menjadi orang dewasa yang berhasil. Pertimbangkan takrif daripada Ensiklopedia Britannica edisi yang ke-14:

SEBATAN adalah salah satu cara yang paling banyak dipakai sejagat untuk hukuman jenayah umum, dan juga cara yang dipakai untuk mengekalkan disiplin keluarga, domestik, tentera dan akademik.

Bob Dylan, seorang anak yang bebal dan yang memberontak, ada menulis (1964), “Zaman sedangberubah”. Ibubapa tidak merotan lagi; dan tentulah, kadar jenayah umum dan pemberontakan umum, terutamanya di kalangan pemuda, adalah lebih besar. Tetapi kebenaran tidak berubah. Raja Salomo mengajar hukuman rotan bagi budak 3000 tahun dahulu, dan ia sama perlu dan berkesan pada zaman ini untuk membangunkan orang dewasa yang berdisiplin dengan akhlak yang cemerlang.

Kebenarannya mudah sahaja. Tongkat pembetulan akan menyelamatkan budak dari neraka dalam kehidupan ini. Kita masih menjatuhkan hukuman mati kepada para penjenayah yang layak dan itu wajar; tetapi banyak orang mahu melarang pemakaian rotan, yang mungkin menyelamatkan orang bebal demikian daripada membunuh orang lain dan dengan demikian diri mereka sendiri (Ams 10:13; 13:24; 23:13-14; 26:3; 29:15). Kesakitan sedikit untuk hukuman rotan ketika anak masih muda akan menyelamatkan dia daripada menyebabkan kepedihan, dukacita, dan masalah kepada dirinya dan kepada banyak orang lain pada masa depan.

Hikmah amsal ini sebegitu benar sehingga Allah Sendiri menjelaskan tentang DiriNya memakai tongkat dan sesahan untuk mendisiplinkan anak-anakNya supaya menyempurnakan mereka bagi kemuliaanNya dan bagi keuntungan mereka (Ams 3:11-12; Ibr 12:5-11). Apakah yang dibuktikan pemakaian tongkat atau penyesah oleh Allah kepada orang? Ia membuktikan bahawa Allah mengasihi mereka! Ibubapa yang mengasihi sudah tentu akan memakai tongkat dan memakainya awal-awal (Ams 13:24).

Yesus telah dilahirkan tanpa kebebalan, dan tanpa sifat yang berdosa. Dia selalu mentaati ibubapaNya (Luk 2:51). Dia satu-satunya anak yang tidak pernah memerlukan pemakaian rotan oleh ibubapaNya. AkhlakNya berhikmah tanpa kebebalan sejak lahir. Bagi setiap pembaca yang sudah besar dan yang sudah melebihi waktu pembentukan dengan rotan ibubapa, ikutilah contoh Yesus yang sempurna itu.