Amsal · Proverbs

22:16
Dia yang menindas orang miskin untuk menambahkan kekayaannya, dan dia yang memberi kepada orang kaya, akan pasti beroleh kekurangan.

Di sini ada dua peraturan untuk kejayaan kewanganmu. Allah akan memberkati atau mengutukmu secara ekonomi bergantung kepada cara kamu melayani orang kaya dan orang miskin. Rahsia syurga dinyatakan di sini.

Jika kamu mengambil kesempatan atas orang miskin untuk membina kekayaanmu, Allah dan manusia akan membawamu kepada kemiskinan. Jika kamu mengganjari orang kaya untuk matlamat tamak yang sama, kamu akan juga berakhir dalam keadaan ketandusan. Orang baik memberi kepada orang miskin dan berurus secara adil dengan orang kaya, kerana ini benar dan wajar.

Allah mengharapkanmu untuk berbelas kasihan dan bermurah hati dengan orang yang kekurangan, terutamanya orang miskin dan orang yang keperluan seperti balu dan anak-anak mereka. Salomo menekankan peraturan ini kemudian dalam bab yang sama ini (Ams 22:22-23). Berapakah pentingnya peraturan hikmah ini? Pertimbangkan amaran tentang TUHAN berpihak kepada siapa dan apa yang akan Dia buat kepada orang yang menindas orang miskin. Allah dengan keras-keras menghakimi orang yang berbuat salah terhadap orang yang lemah dan yang keperluan (Ayb 20:15-29; Yes 5:8-10; Zak 7:8-14).

Orang yang salih memberkati dan membantu orang yang lebih rendah daripada mereka, sebab mereka tahu sepenuh-penuhnya bahawa apa pun perbezaan di kalangan manusia adalah melalui pilihan berdaulat Allah, dan bukan melalui kelayakan mereka (Rom 12:16; 1Kor 4:7). Mereka tahu bahawa Allah ada kesayangan yang istimewa dan berprihatin untuk balu dan anak-anak mereka, maka mereka sungguh berhati-hati dan bermurah hati dalam hal urusan kewangan dengan orang demikian (Ams 23:10-11; Maz 12:5; 68:5).

Menindas orang miskin untuk memajukan diri adalah berdosa, bodoh, dan menentang keberhasilan, sebab Allah akan membela mereka (Ams 28:16).Bayar harga yang penuh atau lebih bagi baranganmereka (Ams 20:14). Berilah sukatan atau kuantiti yang penuh bagi pembelian mereka (Ams 16:10). Kurangkan hargamu bagi pembelian mereka, meskipun kamu menguasai pasaran (Ams 11:26). Jadilah murah hati (Ula 15:7-11; Luk 6:38). Kamu tidak akan kerugian ketika memberi kepada orang miskin; Jadilah murah hati (Ula 15:7-11; Luk 6:38). Kamu tidak akan kerugian ketika memberi kepada orang miskin; Allah akan membayar balik (Ams 14:21,31; 19:17; 28:27).

Apakah jenis orang yang memberi kepada orang kaya dan bukan kepada orang miskin? Orang tamak yang hanya berfikir untuk membina suatu jaringan atau memperoleh keredaan untuk potensi keuntungan. Orang yang demikian akan mengisarkan orang miskin sementara memanjakan orang kaya. Agama Yesus Kristus adalah berbeza, sebab peraturanNya yang berilham adalah untuk tidak mempedulikan kawan-kawanmu dan mengundang orang yang tidak boleh bayar semula (Luk 14:12-14). Tiada kebaikan yang benar atau kewajaran yang ditunjukkan oleh kemurahan kepada keluarga atau kawan-kawan (Luk 6:32-36).

Keredaan kepada orang kaya, terutamanya ketika menyangkal bantuan kepada orang miskin, adalah cabul, dan ia akan membawa penghakiman Allah sepasti seperti mencuri daripada orang balu atau daripada anak yatim. Bencilah fikiran rasuah, atau apa pun bayaran yang berkaitan (Ams 15:27). Meskipun kamu berjaya menjamin orang kaya kekal sebagai kawanmu, mereka tidak akan menyelamatkanmu daripada Allah yang marah (Ams 11:21). Allah membenci orang kejam yang demikian (Maz 5:5; 11:5). Mereka secara am ialah musuh-musuh kebenaran dan agama (Yak 2:1-7; 5:1-9; Kis 13:50).

Pertimbangkan layanan Allah kepada orang pilihanNya. Yesus Kristus menjadi miskin supaya menjadikan mereka kaya (2Kor 8:9). Walaupun bercanggahan dengan fikiran manusia, transaksi rohani ini adalah melalui hikmah mulia Allah. Tetapi bagi orang yang mengabaikan rahmat yang diberiNya, Dia akan mengambil daripada orang miskin apa sedikit yang mereka fikir dimiliki mereka lalu memberinya kepada orang kaya (Luk 8:18; 19:24-26).