Amsal · Proverbs

23:18
Sebab pasti ada pengakhirannya; dan harapanmu tidak akan diputuskan.

Di sinilah penawarnya terhadap hal beriri hati dengan para pendosa, dan di sinilah ganjarannya untuk takut kepada Tuhan (Ams 23:17). Kemakmuran para pendosa akan pasti berakhir, sebab Allah Yang Dahsyat akan menghakimi mereka sekarang dan/atau pada Hari Penghakiman. Harapan para percayawan juga pasti, sebab Allah Yang Berbahagia akan mengganjari mereka di kehidupan ini dan/atau pada Hari Penghakiman (Maz 37:28-38).

Orang yang paling baik pun boleh dikecewakan ketika melihat orang durjana makmur dalam pemberontakan dan dosa terhadap syurga. Daud punya pemimpin dan pengendali nyanyian, Asaf, sudah siap untuk menghentikan agama Jehovah, ketika dia mempertimbangkan kenikmatan dan kemakmura orang durjana berbanding kepada dukacitanya sendiri dan godaannya menolak dosa (Maz 73:1-15).

Tetapi ketika dia pergi ke rumah Allah untuk bersembahyang, dia diingati bahawa TUHAN akan tidak lama lagi menghakimi dengan teruk orang durjana (Maz 73:16-20). Allah akan pasti membuang mereka ke dalam pemusnahan dan kebinasaan, dan Dia akan menghanguskan mereka sepneuh-penuhnya dengan kengerian. Asaf bertaubat bagi fikirannya yang bebal, sementara tahu bahawa dia akan ada kemuliaan kekal (Maz 73:21-24).

Sudah pasti ada pengakhirannya. Orang durjana tidak akan terlepas daripada penghakiman Allah. Dia melihat segala dosa mereka, dan Dia akan menghukum itu dengan cukup keras. Satu-satunya kebaikan yang orang durjana rasa/kecapi ialah ilusi kemakmuran dan kejayaan dalam kehidupan ini (Maz 17:14; 49:6-20). Orang benar tidak akan meratap atau menderita untuk selamanya: mereka akan ada penamatan kepada kesengsaraan mereka, yang adalah kosong kalau dibandingkan kepada kemuliaan yang akan diberi kepada mereka di syurga (Rom 8:17-25; 2Kor 4:16-18).

Pengharapanmu tidak akan diputuskan. Orang benar ditakdirkan kepada kemuliaan kekal, dan mereka tidak akan tertinggal dalam temu janji itu. Tiada apa pun yang boleh memisahkan mereka daripada berkat yang mulia ini dan mengganjari Bapa syurgawi mereka (Rom 8:29-39; 1Pet 1:3-5). Oleh sebab itu, orang benar tahu bahawa usaha-usaha mereka dalam Tuhan bukanlah sia-sia; mereka tahu bahawa mereka akan diganjari dengan hidup kekal dan pujian Tuhan dan Juruselamat mereka (Mat 25:23; 1Kor 15:58).

Ada perbezaan besar di antara orang kaya dan Lazarus sebelum kematian, tetapi ada satu lagi perbezaan yang lebih besar selepas kematian. Orang kaya menjalani kehidupan dengan kemewahan setiap hari ketika dia hidup, tetapi orang miskin itu yang merupakan pengemis hanya ada anjing yang menjilat sebagai teman sementara dia mendambakan sisa-sisa sebagai makanan. Tetapi kemudian ada suatu pertukaran nasib yang cukup dramatik!

Orang kaya bangun terseksa di neraka dan ditelan oleh kengerian. Dia merayu untuk belas kasihan daripada Allah dan Lazarus, tetapi Abraham menjelaskan perubahan kekal ini. Dia berkata, “Hai anak, ingat bahawa kamu pada waktu hidup telah menerima banyak perkara yang baik, dan Lazarus pula menerima hal-hal yang celaka: tetapi sekarang dia dihiburkan, dan kamu diseksa” (Luk 16:25).

Hai pembaca Kristian, kamu ada warisan yang disimpan bagimu di syurga, dan ia sungguh berbeza daripada apa yang kamu pernah kenal – ia tidak boleh dibinasakan, tidak tercemar, dan ia tidak akan lenyap (1Pet 1:4). Suatu janji untuk $10,000 akan menaruh senyuman pada wajahmu, tetapi apakah yang dapat janji ini buat? Dengan hidup yang kekal oleh rahmat percuma Allah, kamu patut bersukacita dengan sukacita yang tidak terkatakan dan yang penuh kemuliaan, tidak kira keadaan-keadaanmu (1Pet 1:6-9).