23:19
Dengarlah, hai anakku, dan jadilah berhikmah, dan pandulah hatimu dalam jalan itu.
Di sinilah seruan seorang ayah yang berhikmah dan yang mengasihi anak lelakinya. Di sinilah seruan Allah yang berhikmah dan yang mengasihi anak-anakNya. Ada tiga langkah kepada kejayaan dan kemakmuran yang menyenangkan bapa alamiah dan Bapa di syurga. Kamu harus mendengar arahan kebenaran dan pengetahuan; kamu harus memilih hikmah itu untuk dijadikan sebagai hikmahmu sendiri; dan kamu harus menyalurkan kerinduanmu dan pilihan-pilihanmu ke arah yang sewajarnya. Jika kamu tidak pernah memiliki bapa di bumi yang sedemikian, kamu masih ada Bapa di syurga!
Kamu harus pertama-tama mendengar kebenaran dan hikmah. Kamu tiba di bumi dalam keadaan bebal, memerlukan bantuan, jahil, tidak bertanggungjawab, dan suka memberontak. Kamu memerlukan arahan yang berjumlah besar untuk mempelajari fakta-fakta yang paling kecil dan untuk melaksanakan fungsi yang paling asas pun. Potensi dalam kehidupan ada dan bergantung sepenuh-penuhnya kepada jumlah arahan yang sedia ada bagimu. Kebanyakan orang kekal sungguh jahil akan pengetahuan dan pemahaman asas. Mereka tiada guru yang baik.
Namun demikian, jika kamu sedang membaca Amsal ini dengan ulasannya, maka Allah sudah memberi kepadamu guru-guru sebelum saat ini dan seorang lagi pada saat ini juga. Masa depanmu sedang dipertaruhkan. Apakah yang akan kamu buat dengan arahan? Akankah kamu membaca kata-kata ini dengan sepintas lalu dalam beberapa saat lalu melupakannya? Atau akankah kamu membuat pertimbangan akannya? Amsal ini memohon supaya kamu mendengar apa yang sedang dinyatakan. Allah tidak meninggalkanmu tanpa guru-guru, sebab Dia telah mengutus para pengkhutbah untuk mengajarmu hikmah, sama seperti yang telah dijanjikanNya (Maz 68:11,18: Pkh 12:9-11; Yer 3:15; Efe 4:8-15; Rom 10:13-17).
Tetapi akankah kamu mendengar mereka? Akankah kamu membaca dengan teliti dan dengan hormat bagi arahan itu? Ia bukan di dalam sifat semula jadimu untuk berbuat demikian. Kamu fikir dirimu lebih pandai daripada guru-gurumu. Kamu menghargai pendapat-pendapatmu mengatasi yang lain. Kamu tidak suka diperbetulkan. Solomo memberi amaran di tempat lain bahawa manusia dengan bebal memandai memikir diri mereka betul lalu menolak arahan guru-guru mereka sampai membinasakan diri sendiri (Ams 16:2,25; 21:2; 26:12). Hai anak-anak lelaki! Dengarlah suara ayahmu dan Bapamu di syurga.
Ada banyak suara untuk mengalihkan perhatianmu. Saluran berita TV, saluran muzik TV, saluran sukan TV dan yang lain-lain mahu diberi perhatian – bebelan yang sia-sia dan yang cabul. Internet mengesahkan ledakan maklumat generasi informasi, tetapi mereka juga tiada kebenaran (2Tim 3:6-7). Orang Kristian yang berkompromi dan yang duniawi telah melonggokkan guru-guru untuk memuaskan gatal-gatal telinga mereka untuk nafsu mereka (2Tim 4:3-4). Tetapi ada satu-satunya sumber untuk kebenaran dan hikmah yang murni – firman Allah yang berilham dalam Alkitab (2Tim 3:14-17; 4:1-2). Kamu harus mencarinya dan mendengarnya.
Kamu kemudian haruslah menyambut arahan. Pengetahuan haruslah memasuki mindamu dan jiwamu; ia akan masuk ketika kamu menerima apa yang telah disebut dan memeluk itu sebagai milikmu sendiri (Ams 2:10; 24:14; Kis 17:11). Kebanyakan orang lebih suka bercakap tentang fikiran mereka yang bebal daripada mendengar kata-kata hikmah (Ams 18:1-2). Mereka akan lebih suka mengajar daripada diajar. Mereka ada beban berucap dalam bibir mereka, sementara beban mendengar itulah yang sepatutnya berada pada telinga mereka! Walaupun mereka ada dua telinga, mulutlah yang memerintah!
Sesudah kamu memeluk nasihat dan arahan berhikmah sebagai kepunyaanmu sendiri, sesudah kamu menyerahkan dirimu kepada pengetahuan yang telah diberimu menerusi telingamu, maka kamu akan menjadi berhikmah. Kamu ada satu minda, jiwa, dan roh yang memahami dan mengenal kebenaran alam semesta, perananmu di dalamnya, dan apa yang harus kamu buat dalam kebanyakan situasi. Kamu telah memperoleh kehematan dan pemahaman, tetapi kamu belum lagi mencapai objektifmu.
Kamu harus menghala hatimu – kerinduanmu, emosimu, dan kesukaanmu – kepada hal-hal kebenaran dan hikmah. Kasih bukan suatu kuasa di luar mindamu atau tubuhmu yang mempengaruhimu. Dewa asmara yang menembak anak panah cinta ke dalam hatimu adalah kedua-duanya kafir dan bodoh; kerinduan demikian hanya untuk nafsu orang bebal. Kasih sejati ialah niat hatimu untuk sesuatu, dan mindamu harus mengarahkan kasihmu kepada apa yang berhikmah dan apa yang baik, seperti mengasihi Allah Bapamu.
Allah sudah mentakrifkan cara kamu patut hidup dalam Alkitab (Maz 119:128). Dia sudah menjelaskan kepentingan yang sangat besar akan syurga dan hal-hal di atas (Pkh 12:13-14; 2Kor 4:18). Hikmah dalam mindamu harus mengarahkan hatimu untuk mengasihi Allah, syurga, dan jalan yang telah Dia pilih bagimu (Kol 3:2; Maz 119:36,112; Rom 12:1-2; 1Yoh 2:15; Yud 1:21). Inilah Allah yang sejati, agama sejati, dan hikmah sejati. Dan ia semua bermula dengan pendengaran! Apakah yang akan kamu buat?
Carilah bagi dirimu sendiri seorang guru yang akan memberimu kata-kata kebenaran yang pasti, yang dengan itu kamu dapat memperoleh hikmah (Ams 22:17-21; 1Pet 2:1-3). Dengarlah dia! Terimalah dan peluklah sebagai kepunyaanmu sendiri hikmah yang dia beri kepadamu daripada firman Allah. Kemudian arahkan kerinduanmu dan kesukaanmu menjauhi kebebalan dan dunia ini lalu menghala kepada kesalihan dan syurga. Kamu akan menyenangkan Bapamu dan mengelak segala apa pun di luar jalanNya yang siap untuk membinasakanmu (Ams 23:15-18,20-35).