Amsal · Proverbs

23:17
Jangan biar hatimu beriri-hati dengan para pendosa: tetapi biar dirimu berada dalam takut akan TUHAN sepanjang hari.

Dunia menyanjungi dan menggalakkan para pendosa. Gaya hidup bintang-bintang wayang, olahragawan, artis-artis hiburan, para hartawan perniagaan, kerabat diraja, ahli politik, dan para pendosa lain yang kaya dan terkenal diasakkan kepada perhatianmu setiap hari. Solomo, dengan kasih kebapaan yang berhikmah, memberi amaran kepada anaknya terhadap hal beriri-hati dengan para pendosa (Ams 24:1,19). Dia tahu takut akan Allah sebaliknya harus menjadi cita-citanya yang tunggal (Pkh 12:13-14).

Setiap generasi, dari setiap bangsa, sudah ada para pewiranya dan bintang-bintangnya; tetapi hanya baru-baru ini dapat gambar dan kata-kata para pendosa yang popular tersebut menimpa mindamu bertalu-talu. Jika amaran ini penting pada zaman Solomo, ia lebih penting pada zaman kini. Semua pendosa yang tersebut sedang jatuh, dan setiap orang Kristian harus percaya itu dan hidup sejajar dengan kepercayaan itu (Ams 23:18; Maz 37:1-3).

Ada 10,000 pendosa untuk diirihatikan di generasi yang ada di dunia ini. Setiap zaman, bagi kedua-duanya lelaki dan perempuan, dan bagi semua jenis pembawaan, adanya ditemui bagi mereka para pendosa yang menjadi godaan. Mereka membayangkan betapa indahnya kehidupan kalau mereka adanya bakat, penampilan, kejayaan, pasangan atau keadaan-keadaan orang yang diidam-idamkan mereka. Orang itu mungkin merupakan hasil Hollywood atau mungkin juga seorang rakan sekelas atau seorang jiran.

Takut akan Tuhan adalah jauh lebih baik. Setiap pendosa, tidak kira betapa kaya atau terkenal, akan mati dan masuk ke neraka (Maz 49:6-20). Maka takut akan Tuhan ialah tugas manusia sepenuh-penuhnya (Pkh 12:13-14). Dengan berkat Allah dan keredaanNya, kehidupan yang terpencil dan kepapaan pun lebih baik daripada kehidupan orang durjana yang disfungsi, tiada harapan dan diseksa selamanya di kekekalan (Ams 15:16; Maz 37:16). Percayalah itu, hai pembaca!

Musa tidak beriri-hati dengan Firaun atau para rakan sebayanya yang sedang naik pangkat; dia memilih keaiban Yesus Kristus dan menganggapnya lebih bernilai, sebab dia nampak masa depan di kekekalan bagi dirinya dan bagi mereka (Ibr 11:24-26). Asaf menjelaskan dengan istilah-istilah yang elok sekali tentang hikmah untuk melangkaui pandangan kehidupan yang mewah itu supaya memandang kepada kubur (Maz 73:1-28). Sementara Demas mengasihi dunia semasa ini, Paulus mengasihi dunia masa depan (2Tim 4:7-8,10).

Suatu rumah mayat mengajar tentang masa depan gadis-gadis yang glamor. Bidadari-bidadari yang dahulu sedang dijadikan makanan ulat pada hari ini. Tambahan pula, pergilah ke wad kanser di hospital. Sebelum mereka mereput di kubur, rupa paras mereka nampak cukup teruk. Dan kemudian datanglah neraka. Gadis-gadis yang beriri-hati dengan para peragawati memang sia-sia tetapi kalau wanita dewasa pula yang beriri-hati, itu dua kali ganda sia-sia. Tetapi perempuan yang berakhlak mulia, yang menolak godaan-godaan dunia ini untuk mencari Kristus, akan hidup dalam kesenangan keindahan untuk selamanya (Ams 23:18; 1Tim 2:15).

Mengapa kamu ingin membaca majalah-majalah yang menglamorkan para pendosa? Mengapa kamu menonton mereka di televisyen? Dunia hanya menunjukkan ciri-ciri yang menarik akan mereka: kamu tidak melihat mereka mabuk, bercerai, murung, sedang mati atau sudah mati. Mengapa kamu bermimpi tentang mereka? Hatimu yang memperdayakan diri itu sedang berdiam di dalam ciri-ciri mereka yang menggodakan: ia berbohong kepadamu tentang masalah-masalah semasa mereka dan penghakiman-penghakiman masa depan mereka, dan kamu percaya itu. Ia jauh lebih baik untuk beriri-hati dengan orang benar dan mendambakan akhlak dan reputasi mereka.

Fikiran yang harus selalu lekat kepadamu adalah untuk takut akan Allah, yang bermaksud untuk membenci kejahatan dan memegang perintah-perintahNya (Ams 8:13; 14:2; Maz 112:1; 128:1). Takut akan Tuhan bukanlah fikiran yang dipasang untuk saat teduh, untuk waktu masalah, untuk doa, untuk sembahyang Hari Ahad, atau untuk Perjamuan Tuhan – ia gaya hidup dan pandangan syurgawi yang orang Kristian benar ikut setiap minit sepanjang hari. Kamu tidak boleh sesaat pun membenarkan iri hati para pendosa bertapak di dalam hatimu atau jiwamu!