Amsal · Proverbs

23:27
Sebab seorang pelacur ialah parit yang dalam; dan perempuan asing ialah liang yang sempit.

Ancaman yang paling besar bagi kaum lelaki, terutamanya lelaki muda, ialah pelacur dan penzina perempuan. Seorang perempuan yang menarik, berani, dan yang tidak bermoral ialah musuh mereka yang paling berbahaya. Salomo telah memohon untuk hati dan mata anak lelakinya, supaya dia dapat memberi amaran kepadanya untuk mengelak jerat maut para pembinasa yang seksual ini (Ams 23:26). Dengan adanya hati yang dingin dan yang menghitung seperti binatang pemangsa, mereka memakai apa pun godaan untuk memerangkap dan membinasa lelaki yang mulia (Ams 5:6; 6:26; 23:28).

Para pemburu dahulu memerangkap binatang-binatang liar dengan menutupi liang tanah dengan ranting-ranting yang halus dan dengan rumput; maka binatang akan jatuh melalui penutup yang memperdayakan itu lalu ditangkap (1Taw 11:22). Lubang atau parit itu sungguh dalam supaya mengelak binatang yang terperangkap itu lompat keluar, atau/dan ia sungguh sempit supaya menghimpit dan menghalang pergerakan. Perangkap itu dibentuk supaya mencegah pelepasan. Tangkapan atau maut adalah pasti.

Metafora-metafora ini sungguh berkuasa! Dosa-dosa seksual boleh membinasakanmu. Pelepasan daripada godaan, ketagihan, dan manipulasi perempuan itu sungguh jarang. Sesudah seseorang lelaki berserah kepada seorang perempuan, dia terjerat oleh nafsu-nafsunya, tuntutan-tuntutan perempuan yang mementing diri sendiri, dan/atau pembalasan daripada ayah yang marah, suami, isteri, orang ramai, atau majistret (Ams 22:14; 5:20-23; 7:25-27). Lelaki jarang dipulihkan.

Seorang pelacur ialah seorang perempuan yang rela untuk bersetubuh luar nikah, biasanya perempuan yang belum kahwin yang berseks rambang. Seorang perempuan asing ialah mana-mana perempuan yang tidak berkahwin denganmu, terutamanya seorang perempuan yang sudah kahwin yang rela untuk berbuat zina terhadap suaminya. Allah Yang Maha Kuasa di syurga, Yang telah mencipta dan membentuk seks, telah mengehadkan kenikmatannya kepada perkahwinan (Ibr 13:4).

Salomo telah membaca tentang masalah Yusuf dengan isteri Potifar dan kebinasaan Simson kerana Delila, dan dia telah jelas-jelas melihat kepedihan ayahnya kerana berzina dengan Batsyeba. Hanya Yusuf terlepas daripada perbuatan zina, dan dia telah dipenjarakan untuk banyak tahun kerana balas dendampenggodanya yang terkilan. Simson akhirnya dibinasakan, dan Daud menderita teruk untuk sepanjang umurnya.

Hai lelaki muda, elaklah mana-mana teman atau pergaulan dengan perempuan sundal. Tolaklah pendekatan-pendekatan mereka. Mereka pembohong. Kenikmatan singkat yang ditawarkan mereka tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan panjang di sini dan di akhirat. Mereka parit yang dalam dan liang yang sempit. Kamu harus berkahwin dengan seorang perempuan yang takut akan Tuhan dan menikmatinya dan anak-anak yang kamu dapat melaluinya (Ams 5:15-19; 1Kor 7:1-5).

Allah telah menamakan gereja yang popular sebagai pelacur besar dan ibu segala pelacur (Wah 17:1-6). Gereja Roma Katolik ialah ibu, dan gereja-gereja Protestan ialah anak-anak perempuannya – yang telah dilahirkan pada zaman Reformasi. Jika kamu menyertai mereka, kamu akan terjebak ke dalam parit yang dalam dan liang yang sempit. Carilah sebuah gereja Yesus Kristus yang setia yang mengikuti kesederhanaan injil, dan selamatkanlah dirimu daripada perzinaan rohani (2Kor 11:1-4; 1Tim 4:1-6; Yak 4:4).